Wednesday 5 January 2011

PAS BATU SAPI UNTUK SEMUA



INVOIS…Mariayee menerima invois yang mengesahkan permohonan pengeluaran caruman menantu beliau melalui Hamzah (Maaf gambar kurang jelas).

Oleh: MEDIA PAS

PAS Kawasan Batu Sapi terus menerima kunjungan masyarakat di sekitarnya dalam mencari penyelesaian kepada masaalah dan isu yang bersangkutan dengan kehidupan harian mereka.

Seorang ibu mertua kepada mendiang Manokaran a/l Subramaniam, Puan Mariayee a/p Periannen, yang beragama Hindu, adalah antara mereka yang mengunjungi pusat khidmat masyarakat PAS Kawasan Batu Sapi.

Puan Mariayee menzahirkan perasaan terima kasihnya kepada YDP PAS Kawasan Batu Sapi, Hj. Hamzah Abdullah kerana telah bersusah payah menyelesaikan tuntutan pampasan dan membantu mendapatkan wang simpanan mendiang menantunya dari sebuah badan GLC.

Puan Mariayee menyatakan bahawa masaalah tersebut telah lama diusahakan beliau melalui beberapa pihak tetapi tiada kesudahannya.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Hamzah kerana berjaya menyelesaikan masaalah yang cukup lama saya usahakan," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment