Saturday 1 January 2011

PAS KAWASAN BATU SAPI TERUS BANTU RAKYAT



SERAH…. Hj. Hamzah Abdullah menyerahkan sijil tersebut kepada ayah Cynthia Lee (Maaf kerana gambar kurang memuaskan).

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PAS Kawasan Batu Sapi terus santuni masyarakat yang memerlukan tunjuk ajar serta bimbingan untuk memajukan diri dan ahli keluarga mereka.

Baru-baru ini berlangsung satu penyerahan sijil kelakuan baik (Certificate of Good Conduct) yang disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Batu Sapi, Hj. Hamzah Abdullah kepada ayah seorang pelajar berketurunan Tionghua, Cynthia Lee Ying Kuan, yang berhasrat memohon kerakyatan penduduk tetap (PR) Australia.

YDP PAS Batu Sapi, Hj. Hamzah Abdullah telah berusaha bagi pihak keluarga Cynthia menyelesaikan proses mendapatkan Sijil Kelakuan Baik tersebut daripada Wisma Putra, yang merupakan pra-syarat bagi dipertimbangkan untuk kelulusan permohonan PR oleh kerajaan Australia.

No comments:

Post a Comment