Monday 3 January 2011

PBS HARGAI KERJASAMA KOMPONEN BN



HADIR…Kelihatan Bonney dan sebahagian Ahli PBS yang hadir di majlis tersebut.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

MAJLIS Doa Selamat Kesyukuran bagi menyambut Tahun Baru 2011 anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Sekong yang diadakan secara sederhana di Pejabat Bahagian di sini baru-baru ini, membawa pengertian besar bukan saja kepada ahli-ahli PBS sendiri bahkan kepada rakan-rakan dalam komponen BN di kawasan Batu Sapi.

Bonney P Juanico @ Mohd Yusop selaku Ketua Bahagian PBS Sekong dalam ucapannya ringkasnya di majlis itu antara lain menjelaskan, tujuan majlis doa selamat ini diadakan, satu daripadanya ialah untuk menyambut Tahun Baru 2011 dan satu rahmat serta yukur kepada Allah kerana selepas saja pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi; hubungan antara PBS Sekong dengan UMNO Batu Sapi semakin bertambah erat.

Kata Bonney lagi, sebagai rakan parti komponen BN, pihaknya akan terus bekerjasama antara PBS dan UMNO dalam mempertingkatkan perjuangan BN di kawasan Batu Sapi dan Sekong.

“Saya juga berterima kasih kepada Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, Datuk Haji Samsudin Yahya dan seluruh ahli-ahlinya kerana telah memberi komitmen yang jitu membantu calon BN semasa pilihan raya lalu semoga kerjasama yang akrab ini antara PBS dan UMNO akan berkekalan selama-lamanya” ujar Boney.

Sepanjang 2010 tambah Bonney, banyak peristiwa manis dan pahit telah lalui dan semua itu dijadikan kenang-kenangan dan berharap agar tahun 2011 ini masing-masing mempunyai azam untuk mempertingkatkan perjuangan dalam BN Batu Sapi agar lebih mantap.

“Kita juga berharap agar Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen tidak melupakan janji-janjinya kepada para pengundi di kawasan Batu sapi dalam meningkatkan pelbagai kemudahan yang masih banyak diperlukan di beberapa kawasan terpencil khususnya kampung-kampung di kawasan kepulauan,” ujar Bonney lagi.

Turut hadir pada majlis itu daripada UMNO ialah Penyelia Kemajuan Masyarakat Sekong Jefri Hj Ambo dan rakan komponen BN lain.

No comments:

Post a Comment