Friday 7 January 2011

PECAT KETUA KAMPUNG, SIRNAKAN PELUANG BN?



KESAL……James kesal dengan pemecatan ketua kampung di Beluran dan menggesa campurtangan segera Ketua Menteri Sabah.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

TINDAKAN Wakil Rakyat kawasan Labuk, Datuk Michael Asang yang memecat dua orang Ketua Kampung Kepurun, Yutakim dan Ketua Kampung Lumau, Yulit tanpa sebarang notis telah dikutuk secara habis-habisan oleh 70 peratus penyokong Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO dan PBS di kawasan itu.

Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Beluran yang juga selaku Bendahari Jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Labuk Sugut, James Miki (gambar sisipan) yang menerima aduan daripada kedua-dua mangsa tersebut mendakwa, mereka berdua dipecat daripada jawatan tersebut tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Dalam hal ini, kata James, Michael hendaklah menjelaskan kepada rakyat dan pengundi di kawasan Labuk mengenai pemecatan mereka berdua.

James berpendapat, ekoran tindakan Ketua Bahagian PBS itu membuang kedua-dua pemimpin masyarakat kampung yang berpengaruh di kampung mereka, sedikit sebanyak telah mencemarkan reputasi BN dan UMNO terutama sekali mengguris hati ahli-ahli UMNO di kawasan Beluran.

Sepatutnya tambah James, Michael tidak boleh bertindak terburu-buru memecat kedua-dua ketua kampung itu kerana pilihanraya umum yang ketiga belas (PRU ke 13) sudah semakin hampir.

“Perbuatan buang membuang Ketua Kampung adalah tidak tidak berperikemanusiaan dan barbarian walaupun mereka melakukan sebarang kesalahan. Mereka hendaklah diberikan surat tunjuk sebab kerana mereka tidak boleh dipecat dan bukannya pecat dahulu baru disiasat,” ujar James yang kesal kerana sukar untuk memujuk kembali rakyat yang terguris hati kerana kedua mereka telah banyak jasa kepada kampung masing-masing.

Tambah James lagi, memandangkan kes ini bukan merupakan kes terpencil, maka beliau meminta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan supaya campur tangan dan menasihati ADUN itu agar jangan mengikut perasaan dan sewenang-wenangnya melakukan pembuangan ketua-ketua kampung di musim ini bagaikan membuang sampah sarap kerana ini akan menjadi punca kemarahan para penyokong BN/PBS dan UMNO di Beluran.

Sementara Ketua Kampung Kepurun, Yutakim yang dihubungi oleh wartawan kanan Sabahkini.Net antara lain menjelaskan, sekiranya pucuk pimpinan Barisan Nasional Negeri khususnya, Ketua Menteri Sabah masih mengekalkan Datuk Ronald Kiandee dan Datuk Micahel Asang pada pilihanraya umum akan datang, kedua-dua mereka akan tewas dengan mudah, bukan kerana kekuatan Pakatan Rakyat tetapi kerana kekejam BN.

Kata Yutakin lagi, Pengerusi Barisan Nasional Sabah sewajarnya akur dengan calon yang dicadangkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Labuk-Sugut, merangkap Ketua Bahagian UMNO Beluran sekiranya BN ingin mengekalkan kedua-dua kerusi berkenaan.

Sabahkini.net akan berusaha untuk mendapatkan pandangan Ketua UMNO Bahagian Beluran, James Ratib untuk mengulas kenyataan James Miki berhubung kes pembuangan Ketua Kampung baru-baru ini dan seorang Ketua kampung serta dua orang Wakil Ketua Anak Negeri yang bakal dipecat dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment