Sunday 23 January 2011

SANDIWARA KETUA PENGARAH KASTAM TERBONGKAR?


Saudara Pengarang,

PENDUDUK W.P Labuan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang berjaya menangkap sebuah kapal kayu menyeludup 960 kotak rokok jenama ‘Premium’ di perairan Kudat dengan jumlah RM1.96 juta yang disiarkan di sebuah suratkhabar tempatan pada 21 Januari 2011.

Atas arahan Ketua Pengarah Kastam untuk menjalankan ‘Ops Pagar’ W.P Labuan mulai julai 2010 sehingga kini, kami ingin tahu adakah tangkapan barang rampasan di Labuan cukup menutup kos operasi perbelanjaan Pegawai Kastam dari Kuala Lumpur dan Sarawak tidak termasuk Sabah?

Kami penduduk Labuan, meminta Ketua Pengarah Kastam memberi penjelasan kerana beliau telah memburukkan imej Labuan, seolah-olah semua barang tidak bercukai di seludup ke Sabah dan Sarawak dari Labuan.

Kini terbukti bahawa tangkapan oleh Pasukan Marin Polis (PMP) dan APPM di perairan Kudat dengan jumlah rampasan rokok lebih kurang RM2 juta bukan dari Labuan tapi daripada negara jiran.

Kami rasa Ketua Pengarah Kastam cuma membazir wang rakyat kerana menjaga Labuan. Nasib baik ada APPM dan PMP yang mencekup penyeludup besar dan kami percaya sindiket rokok ini adalah kroni Ketua Pengarah Kastam. Lakonan Ketua Pengarah Kastam akhirnya pun terbongkar juga oleh pegawainya sendiri.

Ketua Pengarah Kastam patut diganti oleh ‘First Admiral’ Captain Mohd.Taha Ibrahim dari APMM kerana tangkapan pasukan APPM lebih hebat daripada Kastam. Sekali tangkap sahaja, sudah lebih daripada sejuta RM.

Sebaiknya, APMM diberi kuasa untuk menangkap dan mendakwa penyeludup rokok di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam kerana jika diserahkan kepada Kastam, nescaya penjenayah akan dibebaskan seperti kes Bintulu yang dideklarasi sebagai ‘NFA’.

Siapa yang menolong Kes Goh Tai Seng di Bintulu? Pada masa itu siapa Pengarah Kastam Sarawak? Siapa itu Mr Thomas? Kalau diri sudah kaya raya, janganlah malu untuk pencen awal. Bukankah beliau takut pengarah dan pegawai bawahan akan lebih kaya daripada beliau? Insaflah. Sudahlah. Tidak payah mahu tunjuk kepada Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri bahawa anda sahaja yang betul bekerja dan tidak melakukan korupsi.

Inilah masanya untuk cermin diri dan kalau tiada cermin di rumah, tunggu terang bulan dan lihat wajah sendiri di kolam mandi dan tanya diri sendiri adakah saya KORUPSI?

Seorang pegawai Kastam berketurunan Dusun bernama George Kinajil yang bertugas di cawangan pencegah di Labuan dipercayai kuncu KPK. Cuba lihat rumah George di sebelah Kedai Kian Yap di Ranca-Ranca, Labuan.

Setiap bulan siapa kutip wang daripada penyeludup dan tidak pandai puas hati sehingga rumah pegawai Kanan Kastam atau Pengarah Negeri pun kalah dengan rumah George Kinajil. Bukankah beliau mungkin orang KPK atau tukang kutip di Labuan?

Sesiapa tidak percaya boleh ke sebelah Taman Kian Yap dan tengok sebuah rumah bangalow yang besar itu dan depan rumah ada letak berapa kereta mewah di hadapan dan balconi ‘hand rail’ pun dibuat daripada ‘stainless steel.’ Tanya dia sama ada beliau bersih atau melakukan korupsi? Tanya dia sebagaimana kami tanya Ketua Pengarah Kastam.

Dalam hal ini, SPRM harus membuka semula Kes Bintulu yang ditulis oleh Pegawai Kastam Pencen dan sila pantau dan siasat George Kinajil yang curang dan tidak pandai puas ‘memotong leher’ penyeludup.

Salam hormat.

ANTI RASUAH (Labuan)

No comments:

Post a Comment