Tuesday 11 January 2011

SPRM WAJAR SIASAT MKN



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disarankan menjalankan siasatan rapi berhubung kuota pendaratan penyelam di Pulau Sipadan yang dimonopoli oleh pihak tertentu dan menjual kuota berkenaan dengan harga yang mahal kepada subkontraktor untuk mengambil keuntungan segera.

Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan ketika menghubungi Sabahkini.net mendedahkan bahawa Majlis Keselamatan Negara telah mengagehkan 140 kuota sehari kepada sepuluh buah syarikat untuk membawa pelancong menyelam di Pulau Sipadan.

“Namun kita terima aduan bahawa Celebes Sea Explorer telah menjual kuota mereka kepada Global Sdn. Bhd dan Uncle Chang Sdn.Bhd dengan harga RM530 setiap satu sehingga meningkatkan kos untuk menyelam di Sipadan,” ujar Zainuddin yang kesal kerana ada pihak yang mengambil untung dan memperolehi rasuah dengan jumlah yang besar.

Tegasnya, jika RM530 satu kepala, maka syarikat berkenaan memperolehi RM74,200 sehari atau RM27.083 juta setahun hanya dengan menjual kuota.

“Pemberian kuota yang tidak adil ini menyebabkan ramai pengusaha pelancongan tempatan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membeli kuota berkenaan dengan harga yang mahal. Kita harap agar dikaji semula dan bukannya diberikan kepada orang tengah atau secara monopoli,” ujar Zainuddin yang turut mendesak agar Kementerian Pelancongan campurtangan bagi mengelakkan isu ini dimanipulasi oleh pihak luar untuk mensabotaj ekonomi Negara.

No comments:

Post a Comment