Thursday 18 August 2011

IMPIKAN KERAKYATAN MALAYSIA SEJAK 45 TAHUN


ANTIK....V.K.Liew menunjukkan Resit Permohonan Warganegara Chong yang hampir menjadi barangan antik?

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

PENANTIAN pengiktirafan sebagai Warganegara Malaysia daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) merupakan satu cabaran bagi Warga Emas, Chong Kong Wah, 72, setelah menunggu selama 45 tahun.

Kata Chong lagi, sejak daripada tahun 1966 lagi beliau sudah memohon untuk mendapatkan taraf kewarnegaraan Malaysia, tetapi tidak pernah diluluskan atas yang tidak diketahuinya.

Chong yang pergi ke Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara dengan ditemani Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong dan telah bersemuka dengan Ketua Pejabat JPN Sandakan, Samsul Mohd Ali; bagi membincangkan kes permohonan Chong yang tergendala begitu lama.

BERBINCANG....Kelihatan Liew dan Samsul sedang membincangkan sesuatu.

SESAK....Suasana sesak di Pejabat JPN Sandakan memerlukan penyelesaian segera.

Dalam perbincangan lebih setengah jam itu, Samsul mengesahkan Chong layak memohon Sijil Warga Negara Malaysia dan beliau berjanji akan membantu mempercepatkan proses permohonan Chong.

Sementara itu, V.K.Liew mengucapkan terima kasih kepada JPN Sandakan, terutama Samsul kerana ikhlas untuk membantu Chong membuat permohonan semula taraf Warganegara.

V.K.Liew sempat meninjau ruang pejabat JPN Sandakan yang terlalu sempit dan penuh sesak kerana dikunjungi tidak kurang 700 pelanggan setiap hari sehingga menyukarkan orang ramai berurusan.

Sehubungan itu, V.K.Liew menggesa agar Samsul menulis surat rasmi kepada Pengarah JPN Sabah dan beliau sedia membantu membincangkan isu ini dengan Menteri Dalam Negeri.

No comments:

Post a Comment