Tuesday 16 August 2011

LINDA LESTARI BUDAYA MASYARAKAT



SUMBANGAN.... Timbalan Pengerusi Sabah Cheshire Home, Peter Chong menerima Chek RM1,000 daripada Linda.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto :OLEH SAFFIE S JUMADI

SETIAP perayaan utama, seperti Hari Raya Aidilftri, Krismas, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Pesta Kaamatan pasti disambut secara muhibbah di kalangan rakyat Malaysia dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

“Inilah keunikannya sambutan perayaan di Sabah berbanding di negeri-negeri lain di Tanah Melayu kerana Konsep 1 Malaysia memang sudah lama diamalkan; malah Sabah merupakan contoh terbaik pelaksanaan konsep 1 Malaysia,” kata Ahli Parlimen Malaysia (Batu Sapi), Datin Linda Tsen Tau Lin semasa berucap di majlis penyampaian Sumbangan Raya dan Berbuka puasa bersama-sama Pengerusi-Pengerusi Masjid, Surau dan Pengerusi-Pengerusi NGO di Dewan Masyarakat Sandakan di sini, semalam.

Sebagai rakyat Malaysia, kata Linda, sewajarnya bersyukur dan menghargai nikmat persaudaraan sesama kita, digabungkan dengan pelbagai suku kaum, budaya dan agama; tetapi masih bersatu padu dalam kepelbagaian tradisi.

“Dalam hubungan ini, saya menyeru agar kita terus melestarikan budaya bermasyarakat yang murni ini demi menjalinkan hubungan intim di kalangan rakyat majmuk,” tegasnya.

Seramai 27 Pengerusi Masjid dan Surau di Parlimen Batu Sapi masing-masing menerima sumbangan wang tunai RM1,000 dan termasuk satu gulung permaidani atau sejadah.

Sementara 4 buah NGO antaranya AGAPE, Sabah Cheshire Home Sandakan, Rumah Warga Tua Sri Hrapan dan HOSPIS mereka juga masing-masing menerima sumbangan berupa wang tunai bernilai RM1,000.

Majlis yang dilangsungkan di Dewan Masyarakat Sandakan telah dihadiri lebih 200 orang terdiri daripada ahli-ahli jawatanbkuasa Masjid dan Surau.

No comments:

Post a Comment