Sunday 18 September 2011

LAHAD DATU SEMAKIN TIDAK SELAMAT?



KLIP VIDEO HEBAT

Oleh : CITRA MASADI

BERAPA ramaikah lagi mangsa yang harus menjadi korban untuk membuktikan Lahad Datu tidak selamat kerana dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) dan Ketua Polis Daerah gagal mengambil langkah berjaga-jaga setelah insiden seorang remaja dibunuh di bawah Pusat Hiburan setelah gagal mendapat bantuan daripada Pondok Polis yang tidak beroperasi?

Ketika untuk berhenti rehat di Lahad Datu selepas mengikuti Konvensyen Pakatan Rakyat di Kota Kinabalu, saya dikejutkan dengan berita seorang Pegawai Majlis Daerah Lahad Datu, Ali Jamal, mati ditikam berdekatan Public Bank Lahad Datu pada jam 4.30 pagi, hampir sama dengan masa kejadian remaja anak seorang bekas Pegawai MDLD.

Saya tidak hairan jika Lahad Datu pernah diserang Lanun pada siang hari pada 1989 kerana kawalan keselamatan Lahad Datu ketika itu terlalu longgar, sekalipun lanun mendarat berhampiran dengan Pangkalan Polis Marin.

Tetapi setelah banyak kejadian bunuh yang berlaku, sewajarnya Ketua Polis Daerah Lahad Datu mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memastikan Ops Payung dan segala Ops yang dijalankan bukan sekadar menunjuk-nunjuk; sebaliknya untuk memastikan mereka bertindak segera bagi mencegah jenayah dan memastikan Lahad Datu bebas daripada penjenayah.

Dengan demografi Lahad Datu yang didominasi PATI, sewajarnya Polis memasang CCTV di kawasan penting terutama di hadapan lokasi tumpuan awam dan kemungkinan berlaku jenayah seperti di Bank, Pasar Rakyat dan Jalan Sunyi.

Nampaknya polis Lahad Datu tidak banyak berubah dan menjadikan kematian sebagai ‘Pesta Memburu’ kerana hanya selepas ada mangsa terbunuh atau dibunuh, polis akan mengadakan sekatan jalan sama ada melalui Ops Tutup atau Ops Sekat; tetapi hanya mereka yang bersubahat diberkas, tetapi penjenayah lepas lari.

Saya simpati dengan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsuddin Mat yang sepatutnya sudah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Kontingen Polis Sabah, tetapi bernasib malang kerana banyak kejadian jenayah berlaku di daerahnya sehingga KPInya boleh dipertikaikan.

Menurut Laporan Polis LDD/RPT/7513/2011 yang dibuat oleh pengadu, Mohd Rusdi Tatan, 34, seorang lelaki Idahan oleh pada jam 05.15 pagi; bapa saudara beliau, Ali Jamal, 47, telah dipukul oleh 14 lelaki dan ditikam oleh seorang lelaki tidak dikenali dengan menggunakan pisau dan luka di bahagian perut pada jam 4.30 pagi di hadapan Public Bank (20 meter daripada tempat serangan lanun 1989).

Menurut saksi, penjenayah berkenaan melarikan diri menggunakan van Nissan Vanette berwarna biru bernombor SA6950H. Namun Ali yang dihantar ke hospital sejurus selepas kejadian telah meninggal dunia pada jam 06.30 pagi.

Mohd Rusdi memaklumkan bahawa punca kejadian dipercayai akibat mangsa menegur kumpulan lelaki berkenaan yang telah melanggar papan tanda dan tembok tepi jalan; lalu mereka bertindak berang menyerang Ali secara berkumpulan.

Seramai empat orang saksi yang nampak kejadian berkenaan dan berjaya mengecam salah seorang penyerang daripadanya bernama BUDI. Setakat ini polis telah berjaya memberkas tiga orang penyerang dan masih memburu 11 lagi yang masih bebas.

Tindakan polis menjalankan Ops Tutup menyebabkan jalanraya di Lahad Datu sesak sekalipun hujung minggu kerana ramai yang ingin mendapat maklumat tentang kejadian.

Desas desus yang giat disebarkan bahawa serangan berkenaan disebabkan tindakan balas dendam kerana MDLD bertindak kejam merampas sayuran penjaja haram dan pilih kasih dalam pemberian gerai menjual pakaian rombengan di bekas Dataran Palma. Namun belum dapat dipastikan sejauh mana benar dakwaan tersebut.

Apakah serangan terhadap Ali akan melibatkan lebih ramai lagi pegawai MDLD termasuk Pengerusi MDLD; yang dianggap sebagai punca penyebab mereka kehilangan pendapatan ekoran Skandal Pasar Rombengan (kain terpakai) kerana hanya segelintir yang mendapat tempat sedangkan terdapat lebih 500 penjual rombengan di daerah ini!

4 comments:

  1. Lahad Datu memang tak selamat pasal ramai PTI berlegar di kawasan bandar. Polis sepatutnya agresif dengan membina pondok2 polis dikawasan-kawasan selalu berlaku jenayah. Jika mereka kekurangan tenaga mereka boleh meminta bantuan Polis PGA. Atau Tentera sekiranya perlu. Tahan semua PTI tanpa mengira masa ada operasi. Dalam setahun ada 325 hari..berapa hari sahaja operasi pembersihan PTI dilakukan. Ini bukti jelas Pihak perbandaran Lahad Datu, Polis dan Imegresen TIDAK BERKERJA bersungguh2. Apapun kakitangan bawahan dan polis biasa tak salah kerana mereka hanya menunggu arahan ketua mereka. Tiada arahan mereka pun tak boleh bertindak juga.

    ReplyDelete
  2. cakap senanglah...pandai komplen saja....

    ReplyDelete
  3. In shaa Allah suatu hari nanti lahad datu ditimpa bala..yang mengejutkan 1 dunia...Aamiin..

    ReplyDelete