Saturday 10 December 2011

ASAL BUKAN UMNO Vs AKU BUKAN MURUT!



Saudara Pengarang,

JIKA di Semenanjung semakin heboh mahu rakyat menolak UMNO sehingga menubuhkan Gerakan ‘Asal Bukan UMNO’ (ABU), tetapi di Tenom, Sabah rakyat mula memperkatakan isu calon ‘Winnable Candidate’ yang diwar-warkan akan menggantikan Ahli Parlimen Tenom atau ADUN Kemabong di kalangan pemimpin UMNO yang sebelum ini mengaku ‘Aku Bukan Murut’ (ABM).

Sindrom ‘ABM’ yang melanda Tenom sejak 1985 berubah sebaik sahaja UMNO bertapak di Sabah pada 1991 kerana jika sebelum ini tidak ramai pemimpin yang mahu mengaku berketurunan ‘Murut’ kerana geli dengan cogankata Mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, “Murut senang diurut”.

Salah seorang ‘pemimpin’ UMNO yang sebelum ini mengaku ‘Aku Bukan Murut’ ialah Jamawi Jaafar yang kini Ketua Pemuda UMNO Tenom dan Exco Pemuda UMNO Pusat.

Ketika menjadi Pegawai Pertanian Tenom, Jamawi jarang bergaul dengan masyarakat Murut disebabkan tanggapan beliau bahawa ‘Murut’ adalah kasta paling rendah dalam etnik Kadazan Dusun.

Walaupun bapanya daripada keturunan Murut Tagol, tetapi enggan mengaku berketurunan Murut setelah bernikah dengan ibunya, Dusun Tambunan; mungkin disebabkan ketika itu semua Murut yang memeluk Islam ‘jijik dan jelik’ dengan kehidupan Murut sehingga sanggup membuang bangsa dan keturunan.

Namun setelah menyertai politik, Jamawi tersepit dengan kebangkitan nasionalisme kaum Murut yang mendominasi pola pengundian di Tenom terpaksa kembali menyusur jejak bangsa dan mula mengaku berketurunan Murut.

Hati kami bukanlah plastik dan telah lama terluka sejak Jamawi ‘menghina’ kaum kami dan membuang keturunannya. Adalah sukar bagi kami untuk menerima beliau kembali sebagai pemimpin Murut kerana beliau kini dianggap sebagai ‘Orang Suruhan’ kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kami bukan cemburu dengan kekayaan yang beliau miliki selepas bergiat dalam politik dan makan gaji sebagai ‘Pegawai Khas’ kepada Menteri KKLW; tetapi kami tidak dapat memaafkan beliau sebagai ‘Anak Derhaka’ yang membuang bangsa dan keturunannya.

Jika kami menerima beliau sebagai pemimpin ‘Murut Celup’, apakah suatu ketika nanti beliau tidak membuang ‘bangsa dan keturunan’ sebagaimana yang beliau dan keluarganya lakukan di masa lalu.

Kami semakin keliru kerana sejak akhir-akhir ini, Jamawi tampil mendakwa beliau adalah ‘Murut Asli’ dan layak menggantikan Presiden Persatuan Murut Sabah, Datuk Rubin Balang dan Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi.

Kami bukan penyokong tegar Datuk Rubin atau Datuk Raime, tetapi kami menerima hakikat bahawa mereka adalah ‘darah daging’ kami kerana walaupun Jamawi menganggap ‘Murut’ sebagai ‘Daki Dunia’; tetapi kami menumpang kasih agar Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Sabah dapat memberikan mereka potfolio setelah berkhidmat cemerlang selama beberapa penggal sebagai ‘Pemain Simpanan’.

Murut kini semakin maju, malah lebih maju daripada kaum lain di Sabah, tetapi sentiasa dibayangi oleh ‘Otak Kotor’ pemimpin UMNO Pusat yang memperlekehkan pemimpin Murut dengan membiarkan Tenom terus mundur dan tersepit oleh karenah birokrasi.

Jika Jamawi mendapat pengaruh politik berdasarkan ‘Karisma’ tidak mengapa, tetapi kami kesal kerana Jamawi menjual ‘bangsa dan keturunannya’ untuk mendapat kekayaan dan harta.

Harta dan kekayaan yang diperolehi melalui jalan songsang itu digunakan untuk membeli kesetiaan dan ketaatan ahli UMNO Murut yang terpesong dengan ‘ajaran sesat’ Jamawi yang membawa misi Shafie Apdal untuk merampas kuasa Ketua Menteri melalui jalan belakang; iaitu merasuah AJK Bahagian UMNO, Pergerakan Wanita UMNO, Pemuda dan Puteri melalui projek kecil; malah memujuk kesemua yang mendapat projek termasuk Pengerusi JKKK agar menandatangani petisyen atau menyuarakan bantahan terbuka terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah.

Kami tidak heran dengan kehidupannya yang bermewah-mewah kerana beliau mempunyai tiga buah restoran, motel, rumah mewah, ladang kelapa sawit dan beberapa kereta mewah (termasuk di Kuala Lumpur); tetapi kami hairan bagaimana ‘Pegawai Khas’ yang kerjanya memburu projek boleh mengalahkan pendapatan Menteri Kabinet Sabah.

Walaupun Jamawi adalah ‘Hero’ dan diberi publisiti meluas mengalahkan Ahli Parlimen Tenom dan Ketua Menteri Sabah di dalam Sabahkini.net, tetapi berilah peluang kepada kami untuk bersuara dengan menyiarkan surat terbuka ini tanpa tapisan agar Perdana Menteri dan Pemimpin UMNO Pusat tahu siapa Jamawi; yang bukan sahaja ‘Murut Palsu’ malah membudayakan rasuah di peringkat akar umbi.

Jamawi adalah contoh pemimpin UMNO yang tidak jujur kerana menggunakan UMNO sebagai ‘Rumah Pelacuran’ untuk mendapatkan hasil yang berbentuk pengaruh politik, kekayaan dan kuasa untuk memerintah ‘Kaum Murut’ yang dihinanya sebelum ini.

Jika Ketua Cabang PKR Tenom, Datuk Halik Zaman turut mengaku sebagai ‘Murut’; tidak hairan esok lusa Yong Teck Lee atau Chin Su Phin juga mengaku sebagai Murut semata-mata untuk meraih simpati kaum Murut. Palis-Palis.

Salam Hormat,

KETUA KAUM MURUT TIMUGON

No comments:

Post a Comment