Saturday, 10 December 2011

SCORPENE RM 1.5 BILLION SELAM 30 METER SAHAJA?



Oleh : AZMAN ARIFFIN

TIDAK ada apa yang hebat dengan kebolehan kapal selam negara KD Tun Abd Razak semalam. Ini seperti yang diakui sendiri kepada penulis oleh sumber terdekat dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan dua Timbalannya yang diberi peluang untuk menaiki salah satu daripada dua kapal selam kelas Perdana Menteri semalam.

Untuk sebuah kapal selam dengan kos perolehan sahaja melebihi RM 1.5 billion setiap satu ia ternyata satu pembaziran yang nyata apabila kapal tersebut hanya mampu menyelam sedalam 30 meter sahaja, menurut sumber itu lagi. Ya, 30 meter, itulah kedalaman KD Tun Abd Razak yang dibanggakan sangat oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Malah Ketua Menteri sendiri pun ada menyebut tentang perkara itu dalam sidang medianya selepas demonstrasi tersebut.

Memang kita akui perairan Selat Melaka tempat di mana demonstrasi selaman ditunjukkan semalam cetek tapi dengan kedalaman 30 meter itu, kapal selam tersebut mudah sahaja dikesan oleh mana-mana pesawat pemburu kapal selam (Submarine hunter) yang dihantar untuk menjejakinya dalam senario peperangan.

Tambahan lagi pengkalan kapal selam tersebut terletak di Teluk Sepanggar Sabah yang berhadapan dengan Laut Sulu yang jauh lebih dalam dari Selat Melaka!

Sebagai perbandingan, RSS Challenger milik Tentera Laut Singapura itupun boleh menyelam sehingga 150 meter! Ini kita bercakap tentang kapal selam terpakai yang telah pun berusia lebih 40 tahun. Bagaimana senarionya dalam peperangan laut dalam kalau kapal selam kita hanya mampu menyelam sedalam itu?

Itu belum lagi bercakap tentang kapal-kapal selam terbaru milik tentera laut negara tersebut dalam kelas Vastergotland yang dilengkapi dengan sistem AIP yang membolehkannya menyelam lebih lama dan lebih dalam.

Tidak cukup dengan kedalaman yang tidak berapa dalam, negara kita juga dihambat dengan kos selenggaraan kapal selam tersebut yang mencecah ratusan juta ringgit setahun. Untuk tahun 2011 sahaja, kementerian Pertahanan telah memohon wang tambahan sebanyak RM 500 juta dengan sebahagian besarnya untuk menampung kos selenggaraan kapal selam tersebut.

Di mana kewajarannya membeli kapal selam yang serba kekurangan dari segala tektikal peperangan dan keupayaan yang boleh dipertikaikan? Ini langsung tidak berpadanan dengan kos selenggaraan tinggi yang dikeluarkan kerajaan setiap tahun.

Walaupun Ketua Menteri tidak menyatakannya secara langsung tapi beliau membayangkan keadaan kapal tersebut yang sempit dan kurang selesa untuk 32 orang krew yang bertugas di dalamnya. Tidak hairan kenapa Zahid sendiri enggan menyertai demonstrasi selaman bersama Ketua Menteri kerana dia tahu akan keadaan tidak selesa dalam kapal tersebut.

Penulis yakin Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan akan membawa perkara ini (keselesaan krew dan kelemahan-kelamahan lain) dalam sesi parlimen yang akan datang.

Sama ada sedar atau tidak, dari segi politiknya, BN/UMNO membuat kesilapan terbesar dengan membawa pemimpin Pakatan Rakyat menaiki kapal selam tersebut. Mungkin Najib Tun Razak akan menyesal kerana memberi kebenaran kepada Zahid Hamidi menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menaiki kapal selam tersebut.

Penulis juga mendapat khabar bahawa ini baru permulaan, akan ada banyak lagi pendedahan yang akan dibuat mengenai keadaan sebenar kapal selam tersebut yang diselindungkan dari pengetahuan umum.

Apa pun kita ucapkan terima kasih kerana memberi peluang ini. Sekarang Pakatan Rakyat bukan setakat membuat pendedahan dari luar, malah juga dari dalam!

1 comment:

  1. get ur facts right .. test depth is >300 meter and NOT 30 meter .. the first sub laid in 1999 by the Chilean Navy. How can it be a 40 years old sub? Nak menipu pun.. buat la bijak sikit.

    ReplyDelete