Tuesday 20 December 2011

MALAM MESRA V.K LIEW KATALIS PERPADUAN

Oleh: SAFFIE S JUMADI Foto: SUKRIEYANA S JUMADI

MALAM Mesra Bersama Datuk Liew Vui Kiong Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri anjuran bersama Jawatankuasa Kebajikan Penghuni Blok 17 Taman Mesra dan Band of The Melody Group yang diadakan di perkarangan Blok 17 di Sandakan, baru-baru ini mendapat sambutan di luar jangkaan.

Program yang julung kalinya diadakan di Taman Mesra ini dengan mensajikan pelbagai persembahan antaranya tarian-tarian tradisional dan persembahan nyanyian oleh 15 penyanyi berbakat terpendam daripada Taman Mesra dengan iringan Live Band of The Melody Group di bawah pimpinan Shaimon S Jumadi telah dibanjiri lebih 600 orang penduduk setempat.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dalam ucapan perasmiannya antara lain menjelaskan program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Penghuni Blok 17, Taman Mesra dan Band of The Melody Group; merupakan satu aktiviti yang harus disokong oleh semua penduduk di Taman Perumahan ini kerana secara tidak langsung menjurus kepada mewujudkan perpaduan yang erat dan siratulrahim di kalangan penduduk setempat.

“Sebagai Ahli Parlimen Sandakan saya menyokong apa juga aktiviti-aktiviti kemasyarakatan contohnya seperti program malam ini kerana boleh dijadikan contoh dan teladan oleh ketua-ketua blok lainnya di Taman ini agar dapat mengikut jejak penghuni blok 17 yang berjaya mengadakan program ini.”

Liew juga berjanji bahawa program sebegini akan diadakan pada tahun hadapan bersama-sama Band of The Melody Group yang ini sedang meningkat namanya di persada muzik di daerah Sandakan.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi Induk Malam Mesra Bersama Datuk VK Liew yang juga Ketua Blok 17, Shaimon S Jumadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada beliau untuk menganjurkan program seumpama itu.

“Saya pada mulanya kurang yakin bahawa program ini boleh sukses, tetapi dengan adanya berkat kerjasama yang begitu komited yang disumbangkan oleh para penghuni Blok 17, daripada awal sehingga ke akhir rancangan; tanpa mengenal erti letih dan penat akhir berjaya juga program sebegini. Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini,” Jelas Shaimon.

Sementara itu, seramai 15 orang yang turut mempersembahkan nyanyian mereka di majlis tersebut hanya 2 orang sahaja yang terpilih untuk ditawarkan sebagai vocalist tetap kepada Band of The Melody Group ialah Norimah Awang Damit dari Blok 2 dan Kaharrudin Sarifuddin dari Blok 23 dan mereka akan mengikuti latihan muzik pada Sabtu depan.

No comments:

Post a Comment