Tuesday, 20 December 2011

DUA JAMBATAN DIPERBAIKI UNTUK PETANI

UZUR.... Jake melihat keadaan uzur sebuah jambatan yang menghubungkan para petani kg Toboh Baru ke sawah mereka.

Oleh : KENINGAU PRESS

DUA BUAH jambatan yang menghubungkan petani ke kawasan sawah mereka di Keningau akan diperbaiki secara bergotong-royong kerana keadaan kedua buah jambatan itu telah uzur dan perlu diperbaiki bagi memudahkan para petani mengangkat hasil tani mereka.

Ketua Bahagian PBRS N.34 Liawan, Datuk Jake Nointien berkata, pihaknya akan memberikan peralatan berupa papan dan kayu untuk memperbaiki jambatan itu.

“Memandangkan musim menuai padi tidak lama lagi, kita akan membantu memperbaiki jambatan ini untuk kemudahan para petani,” kata Jake, beliau berkata demikian di majlis gotong-royong membuat pagar di tanah perkuburan Kg.Toboh Baru.

“Sementara kita menunggu kelulusan projek dua buah jambatan ini, kerana kita sudah sedia maklum bahawa ia mengambil sedikit masa. Inilah alternatif yang kita lakukan iaitu gotong royong memperbaiki dan mengantikan kayu,” kata Jake.

KERJASAMA.....Jake bersama sebahagian dari penduduk yang mengadakan gotong royong membuat pagar di perkampungan dan tanah perkuburan kampung.

Turut hadir sama Ketua Wanita Bahagian, Paula Joseph dan Kapitan Lee Teck Soon.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatan Kuasa dan Keselamatan Kampung, Connie Anjumin berkata, permohonan untuk dua buah jambatan itu telah dikemukakan kepada pejabat wakil rakyat di kawasan itu untuk diambil tindakan.

No comments:

Post a Comment