Tuesday 13 December 2011

PL TUTUP PERDANA CINEPLEX?


Saudara Pengarang,

PADA 12 Disember 2011, lebih kurang jam 10 malam, panggung wayang saya, Perdana Cineplex 2 telah diberi notis sekali lagi oleh Perbadanan Labuan agar berenti beroperasi dalam tempoh tujuh hari oleh tiga pegawai penguatkuasanya.

Kami sudah menghantar plan ubahsuai ke Bahagian Perancangan bulan lepas dan entahlah apa lagi masalah sehingga Ketua Pegawai Perundangan yang mengarah Bahagian Penguatkuasa mengeluarkan surat amaran terakhir kepada saya untuk memberhentikan perniagaan saya dalam tempoh tujuh hari.

Saya rasa Mungkin Bahagian Perundangan Perbadanan Labuan malu kerana salah seorang ‘office boy’ dari unit mereka telah ditangkap oleh SPRM kerana terlibat rasuah dengan kes panggung wayang saya beberapa bulan yang lepas.

Panggong wayang saya hanya 98 kerusi sahaja dan tidak boleh merokok. Saya telah beroperasi selama tujuh bulan dan beribu orang sudah masuk ke dalam panggung saya. Jika panggung wayang saya tidak selamat, adakah orang mau masuk ke dalam?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiddin Yassin akan melawat ke Labuan pada 19 Disember 2011 dan saya berharap TPM akan mengarah pemandunya pusing ke Pekan Jati dan lihat dengan mata sendiri adakah bangunan panggung wayang saya berbahaya kepada penonton atau perniagaan saya ini tidak halal?

Jika TMP rasa bangunan panggung wayang saya selamat bererti pihak berkuasa tempatan menyalahguna kuasa dan rasuah.

Untuk tindakan pertama sebelum saya menutup panggung saya. Saya berharap semua penonton yang berugama Islam akan datang ke panggung saya (masa dan tarikh akan saya bagitahu di Facebook, perdanacineplex@yahoo.com).

Saya akan minta kawan Melayu saya mengadakan sembayang hajat di panggung saya. Saya berharap semua penonton yang saya hormati akan datang pada masa itu untuk bersama kawan saya bersembayang hajat. Tindakan kedua akan saya bagitahu kepada semua penonton di Facebook selepas sembayang hajat.

Saya bersedia berjudi dengan Iblis yang cuma menyusahkan panggung wayang saya selama ini. Saya akan judi ‘Big or Small’. Kalau buka, BIG, saya menang dan kalau ‘SMALL’ bereti saya kalah dan tutup kedai. Saya rasa tidak akan kalah habis kerana saya sudah minta CCTV tuhan dibuka sehingga kes saya selesai.

Akan disambung di bahagian kedua...

Salam hormat.

PENGURUS PERDANA CINEPLEX 2

No comments:

Post a Comment