Oleh : KK TT
SUBANG JAYA : Tindakan
seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf
di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan tersangkut dan
gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital.
Difahamkan, sebaik saja bola
golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya, lelaki terbabit berusaha
mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi tidak berjaya.
Kejadian malang itu berlaku
Selasa lalu, apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan
intim tetapi ditolak kerana keletihan.
Namun, tindakan suami
menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah nyenyak tidur.
Sumber berkata, wanita
berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari
perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam
kemaluannya.
Apabila tersedar, wanita
berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola
golf yang tersangkut dalam kemaluannya.
Bagaimanapun, pada awalnya
wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya kerana suaminya
enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital, katanya.
Wanita itu dihantar ke
Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit
selepas mendapatkan rawatan di situ.
Wanita berkenaan hanya
mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya
mengeluarkannya, katanya.
Sumber itu berkata, mangsa
yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama
selepas itu.
Menurut sumber itu, wanita
berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk tindakan
susulan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd
Fuad Talib, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
ya allah sampai sebegini perlakuan seorang suami...
ReplyDelete