Friday, 21 June 2013

TINGGALKAN BN DEMI KEDAULATAN SABAH






TUMBANG.......Tanpa sokongan dari Sabah, BN akan tumbang dan kehilangan kuasa pemerintahan di Putrajaya, kata Jeffrey Kitingan.

Oleh : PERCY GOLIU

KOTA KINABALU: Datuk Dr Jeffrey Kitingan merayu, memujuk dan membodek wakil-wakil rakyat daripada komponen Barisan Nasional (BN) Sabah supaya bersatu meninggalkan parti itu beramai-ramai.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Reformasi Sabah (STAR) berkata wakil rakyat BN negeri harus bergabung untuk membentuk satu kuasa besar untuk menundukkan kuasa Kuala Lumpur demi kedaulatan Sabah sebagai sebuah negeri yang merdeka dan kuat.

“Siapa bilang kita tidak boleh melakukannya. Sebab sekarang ini, tanpa disedari, kuasa adalah ditangan kita di Sabah. Tanpa sokongan dari Sabah, BN akan tumbang dan kehilangan kuasa pemerintahan di Putrajaya,” katanya.

Jeffrey berkata demikian dalam ucapan sulung ketika membahaskan ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin dua hari yang lalu di sidang Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) di sini.

Persidangan DUN itu adalah yang pertama selepas BN menguasai semula Sabah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, lebih 40 hari yang lalu.

Kemunculan Jeffrey di DUN kali ini menyemarakkan lagi suasana dan boleh menyebabkan sesetengah wakil rakyat BN merasa kecut perut dengan hentaman dan bantahan yang bakal diluahkannya. Kali ini jumlah pembangkang lebih ramai iaitu 12 orang berbanding hanya tiga pada penggal yang lalu.

Masih bertaring, Jeffrey mengingatkan wakil rakyat dengan nada serius tetapi diselitkan dengan lawak jenaka bahawa sekarang Sabah adalah kuasa penentu siapa yang akan menerajui Putrajaya.

Peras ugut

“Sabah dan Sarawak kini tidak lagi bergantung kepada Umno atau Kuala Lumpur untuk memegang kuasa memerintah seperti dulu.

“Fahamilah bahawa Kuala Lumpur dan Umno tidak lagi dapat memeras ugut kita seperti dulu. Sebenarnya, keadaan sekarang sudah terbalik. Umno dan Kuala Lumpur memerlukan kamu dan kita,” katanya.

Wakil Rakyat dari Bingkor di kawasan pedalaman Sabah itu kemudian menggambarkan Sabah umpama seorang gadis jelita yang dipinang oleh dua lelaki bangsawan – Najib (Tun Razak) dan Anwar (Ibrahim).

Najib katanya, memerlukan Sabah untuk meneruskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan hanya boleh berjaya jika BN Sabah menyokongnya.

Anwar pula mengidam tempat Najib sebagai PM tetapi beliau juga akan hanya boleh berjaya jika mendapat sokongan di Sabah. Ini dengan jelas menunjukkan betapa kuatnya YB-YB BN Sabah sekarang selepas PRU-13.

Maka itu katanya, wakil rakyat Sabah perlu mengakui kuasa dan kekuatan itu dan perlu mengambil peluang dan kesempatan ini demi manfaat Sabah di masa depan.

“Situasi unik ini mungkin tidak akan timbul lagi jika peluang ini tidak direbut. Malah inilah juga masa untuk menunjukkan dan membuktikan komitmen sebenar kamu untuk memperjuangkan pemulihan hak-hak, hak kemerdekaan dan autonomi di bawah 20-Perkara yang kini sudah hilang dan pada masa yang sama menuntut balik hasil-hasil lain dan hasil minyak kita,” katanya.

Jajahan Malaya

Dalam ucapannya itu juga, Jeffrey mencabar wakil-wakil rakyat BN untuk membuktikan yang mereka berkhidmat demi memulihkan keadilan dan kepentingan Sabah dan bukan kerana ‘bos-bos kamu’ di Kuala Lumpur.

“Buktikan yang kamu sebagai YB-YB kerajaan menghormati dan memperjuangkan hak-hak dan keistimewaan Sabah di bawah 20-Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963. Buktikan yang Sabah bukannya negeri yang tunduk kepada Kuala Lumpur dan bukannya sebuah negeri jajahan Malaya,” katanya.

Mengulas Ucapan Dasar Kerajaan itu Jeffrey berkata, beliau tidak melihat apa-apa yang baru dan menganggapnya sebagai “biasa” selain daripada isu keselamatan dan kenyataan bahawa kadar kemiskinan sudah turun kononnya daripada 19.7% pada 2009 kepada 8.1% pada 2012.

“Yang pasti ini masih menjadi pengakuan jelas bahawa Sabah negeri termiskin di Malaysia.

Beliau berharap Dasar Kerajaan akan menyentuh sedikit sebanyak mengenai Manifesto BN dan sejauh mana kerajaan melaksanakan serta menepati janji-janji manifesto pilihan rayanya pada penggal ini tetapi berasa kecewa kerana ianya tidak disentuh sama sekali.

Sebagai pemerhati politik katanya, jika kerajaan meneruskan sikap dan pendekatan yang sama seperti dulu tanpa perubahan dan wawasan baru atau tindakan yang berani, Sabah akan terus mengalami prestasi sejarah selama 50 tahun lalu iaitu “iri om iri” dalam Bahasa Dusun yang bermakna “tiada perubahan”.

Untuk maju dengan lebih mantap dan secara “leaps and bounds”, kerajaan dan pemimpin katanya, perlu membuat beberapa perubahan.

“Sebenarnya punca utama masalah kita di Sabah adalah masalah kehilangan kuasa kemerdekaan Sabah mengakibatkan kita terus bersandar dan bergantung kepada kekuasaan Malaya atas nama Kerajaan Pusat Malaysia.

“Mereka semakin kukuh dengan kemasukan dan penguasaan parti-parti mereka di Sabah.

“Selain itu, jabatan, agensi dan jentera-jentera Kerajaan Pusat juga  mengembangkan sayap di Sabah secara besar-besaran dengan kakitangan dari seberang mendominasi fungsi pentadbiran di Sabah hingga berlaku pertindihan kuasa kerajaan di Sabah,” katanya menambah ia menjadi persaingan yang tidak sihat.

Menurut Jeffrey, jika ini dibenarkan terus berlaku tanpa kawalan, suatu hari nanti kuasa Kerajaan Sabah akan lenyap di tangan Kerajaan Pusat. Akhirnya, kemerdekaan Sabah tiada erti lagi, tiada guna dan sia-sia sahaja.

Sebelum terlambat katanya, Kerajaan Sabah dan pemimpinnya harus sedar dan faham mengenai perkara ini dan bertindak sebelum terlambat demi menyelamatkan Sabah.

43 comments:

  1. Tilikan pawang politik bahawa Pakatan Rakyat di Sabah bakal berpecah dan punah semakin menjadi realiti yang pahit bagi pembangkang. Ini berikutan beberapa perkembangan terbaru berhubung kedudukan politik pembangkang di Sabah yang bercita-cita untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu..

    ReplyDelete
  2. Pertama adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengesahkan Pakatan Rakyat telah menutup pintu perbincangan pengagihan kerusi dengan Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee. Ini kerana Pakatan Rakyat mendakwa SAPP bersikap keras kepala untuk membolot majoriti kerusi Parlimen dan DUN dan tidak mahu bertolak ansur dengan PKR, Dap dan Pas.

    ReplyDelete
  3. Sikap parochial dan kenegerian ini menambahkan pening kepala Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim apabila pendirian ‘Sabah Untuk Sabah’ ini disokong pula oleh Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang diketuai oleh Dr Jeffrey Kitingan.

    ReplyDelete
  4. Dr Jeffrey yang dikenali sebagai salah satu ‘raja lompat parti’ di Sabah pernah menjadi Naib Pengerusi PKR satu ketika dulu. Beliau meninggalkan PKR setelah bertelagah dengan Anwar yang menyisihkannya daripada jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah lalu menubuhkan STAR.

    ReplyDelete
  5. Anwar beranggapan rakyat sabah mudah digula-gulakan dengan pelbagai dakyah dan isu yang ditimbulkan terhadap BN. Pembangkang gagal melihat realiti bahawa negeri itu mempunyaim keinginan serta harapan yang tinggi untuk sama-sama maju setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.

    ReplyDelete
  6. Hanya BN yang berjaya memenuhi kehendak pembangunan rakyat Sabah selama 50 tahun bersama dalam Persekutuan Malaysia. Pembangkang hanya bermodalkan air liur dan jentera fitnah yang sentiasa bergerak meracuni fikiran rakyat tetapi gagal untuk menunjukkan kemampuan mentadbir atau membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  7. Nasib negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang diperintah pembangkang sudah cukup menjadi bukti kepalsuan janji-janji manis mereka. Tidak perlu lagi menipu rakyat Sabah atau Sarawak dengan manifesto yang mengandungi kata-kata kosong yang tidak bernilai dan membawa apa-apa erti.

    ReplyDelete
  8. sapp dan star juga patut berhenti dari terus mendendangkan agenda kenegerian.. jika BN yang banyak membantu dalam pembangunan negara dikatanya bahawa untuk rakyat sabah, bagaimana pula dengan parti2 tempatan yang diketuai oleh Raja Katak dan tidak mempunyai rekod pentadbiran yang baik??

    ReplyDelete
  9. KALAU bercakap soal pemimpin Katak,pasti ramai yang merujuk pemimpin Sabah. Beberapa bulan lalu, Dr Jeffery Kitingan pernah berkata, tiada seorangpun pemimpin Sabah yang bukan pemimpin katak.

    ReplyDelete
  10. Terus terang, hanya mungkin "pemimpin Usno" yang bukan katak, kerana para pemimpinnya bukan melompat, tetapi Parti Usno itu sendiri dibubarkan dan secara enblok-semua ahli dan pemimpinnya masuk Umno.

    ReplyDelete
  11. Pada masa ini, mereka yang yang tergolong bukan pemimpin katak, adalah mereka yang hanya menjadi ahli sesebuah parti, dan tidak pernah bertukar parti.

    ReplyDelete
  12. Rakyat Sabah benar-benar tahu siapa-siapa pemimpin katak. Sudah tiba masanya semua pemimpin katak ini dihapuskan, kerana bukan sahaja menjadi racun demokrasi, akan tetapi menjadi racun kepada rakyat.

    ReplyDelete
  13. Tiada apa-apa yang boleh dicontohi daripada pemimpin katak, melainkan mereka ini adalah tergolong pemimpin yang tidak amanah dalam perjuangan. Apapun alasan yang diberikan untuk menghalalkan pemimpin katak; tetap mereka itu terdiri golongan yang tidak amanah dalam perjuangan.

    ReplyDelete
  14. Rakyat bermula pada PRU-13, perlu menghapuskan pemimpin katak untuk selama-lamanya, agar menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja. Kalau bukan rakyat yang menentukan.. siapa lagi?

    ReplyDelete
  15. Hari ini, Presiden UPKO TanSri Bernard Dompok yakin tiada lagi wakil rakyat dari parti tersebut bertindak keluar parti dan menyokong pembangkang. Belia menggesa pihk berkenaan agar berhenti menyebarkan desas-desus berkaitan lompat parti ini.

    ReplyDelete
  16. Manakala Ketua Menteri Sabah DSP Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan taktik pembangkang yang cuba memberi bayangan seolah-olah BN negeri mula goyang dan berpecah berikutan tindakan beberapa pemimpin BN yang menyokng pembangkang. Belia menyifatkan pakatan pembangkang hanya "syok sendiri" dan apa yang diwar-warkan hanyalah propaganda semata.

    ReplyDelete
  17. He has hardly missed any occasion to profess his loyalty to the Party Keadilan Rakyat (PKR), and Anwar Ibrahim in particular.

    ReplyDelete
  18. Yong Teck Lee doesn’t have any other alternative but to support the PKR in Sabah after his bad outing in the Batu Sapi Parliamentary by-election where even Ansari of PKR did better then him.

    ReplyDelete
  19. The challenge for the opposition is how to strike an agreement among themselves so that there will be only one-to-one fights with the Barisan.

    ReplyDelete
  20. YTL dan Parti PKR, Dap dan Pas di Sabah sama-sama gila, berebut kerusi macam beruk

    ReplyDelete
  21. Bayangkan betapa ruginya Rakyat Sabah jika memilih parti Pembangkang dari Semenanjung dan 10 kali rugi jika memilih YTL sebagai Ketua Menteri.

    ReplyDelete
  22. Pembangkang di Sabah kelihatan berada diambang perpecahan terbesar dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan dua sekutu baru Pakatan Rakyat (PR) dalam peperangan mulut yang boleh menggagalkan impian mereka merampas negeri itu pada Pilihan Raya 2013.

    ReplyDelete
  23. engan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP di satu pihak, dan bekas orang kuat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin di pihak yang lain, kedua-dua puak secara terbuka berperang mulut dan salah menyalahkan, dengan setiap pihak menuduh yang lain tamak politik dan enggan bersatu menentang BN

    ReplyDelete
  24. Bekas ketua menteri Sabah itu juga menuduh kedua-dua lelaki tersebut memberikan hadiah mahal seperti udang galah, udang harimau dan sarang burung kepada pemimpin PR di ibu kota “semata-mata untuk terpilih sebagai calon”.

    ReplyDelete
  25. PR sudah terperangkap dengan janji mereka. Orang tempatan kononnya menyokong mereka kerana mereka ingin 'memberi autonomi' kepada Sabah. Saya tidak rasa ini akan berlaku.

    ReplyDelete
  26. Pemimpin pusat PR tetap akan mencorakkan keadaan di Sabah, dan sudah dari awal membuktikan mereka memang pemungkir janji.

    ReplyDelete
  27. Setelah pembangkang 'carried away' bahawa mereka boleh menjadi 'goverment in waiting' baru mereka wujudkan Pakatan Rakyat, tetapi hingga kini tidak didaftarkan sebagai single entity.

    ReplyDelete
  28. Tidak seperti BN yang boleh bertanding dibawah satu simbol dan mempunyai ideologi dan pendekatan yang sama tanpa mengira komponen.

    ReplyDelete
  29. Dalam PR, terlalu banyak agenda, hidden agenda, vague agenda, flip flop agenda dan incoherent agenda. Ini kerana mereka hanya 'pakat'(plot) dan bukan barisan(coalition).

    ReplyDelete
  30. apa yang penting, kerajaan dan pembangkang patut bersatu untuk membangunkan Sabah, inilah yang patut diutamakan dahulu...

    ReplyDelete
  31. kerajaan BN mempunyai peluang 5 tahun untuk membentuk Sabah semula, yakni mandat rakyat kepada kerajaan

    ReplyDelete
  32. sekiranya dalam masa 5 tahun ini, tiada perubahan atau kemajuan yang ketara bagi negeri ini, maka rakyat bolehlah mempertimbangkan untuk memilih parti baru pada PRU14 nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opposition should just perform well if they wan to win against BN. They still have 5 years to do the best they can to gain supporters.

      Delete
  33. sekurang-kurangnya, perubahan ini adalah untuk kepentingan rakyat Sabah juga di masa akan datang

    ReplyDelete
  34. diharap ada perdamaian dan perpaduan di dalam parti pemerintah dan dengan parti pembangkang....

    ReplyDelete
  35. The people are always behind BN supporting the party to continue bringing development into sabah.

    ReplyDelete
  36. Kerajaan BN sebagai parti yang diberi kepercayaan dan mandat oleh rakyat, akan terus memastikan agenda pembangunan serta aku janji pada PRU13 dipenuhi.Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata segala program pembangunan yang dirancang akan dilaksana selaras dengan aku janji dalam tempoh lima tahun akan datang.

    ReplyDelete
  37. Musa meohon kepada semua Ahli Yang Berhormat pembangkang khususnya, supaya dapat melihat kebaikan dan kemurnian hasrat kerajaan BN dalam melaksanakan pelbagai dasar pembangunan yang menjurus kepada mempertingkat kualiti hidup rakyat dan memacu pembangunan ekonomi negeri.

    ReplyDelete
  38. Musa memberi jaminan bahawa dengan mandat baharu yang diberikan rakyat Sabah kepada BN, semua program pembangunan yang dirancang sebelum ini akan dilaksana dan dipertingkat.

    ReplyDelete
  39. Kerajaan BN Sabah akan melipatgandakan lagi usaha dan bergerak lebih pantas bagi meneruskan pelaksanaan program pembangunan yang telah dirancang sesuai dengan Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan (GTP/ETP).Apa yang penting, selepas ini kita perlu terus turun padang, berikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  40. Wakil pembangkang lebih banyak mengelirukan Dewan dengan memutar belit fakta dan mengeksplotasi isu untuk kepentingan politik sempit mereka.Malah mereka seolah-olah tidak memahami atau pura-pura tidak tahu pelbagai usaha dan kejayaan kerajaan BN dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di seluruh negeri, termasuk di kawasan yang mereka menangi.

    ReplyDelete