Thursday, 20 June 2013

PEMUDA UMNO SEPAKAT GANYANG AZIZ JAMMAN






ALBUM….Berdiri Saifullah, sementara duduk barisan hadapan  Pengerusi JKKK, Ketua Kampung dan hujung Pengerusi Cawangan UMNO Kg Bakong-Bakong.

Oleh: CHARLES P ANDIANG

SEMPORNA : Dua pemimpin masyarakat Kampung Bakong-Bakong Hujung dalam DUN Bugaya iaitu  Abdul Maneh Hj Hadiri  dan Abd Malim Turunan  masing-masing  memegang jawatan Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung  menyokong saranan lebih 200 cawangan Pemuda UMNO yang mahukan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna yang ada sekarang ditukar pada Mesyuarat Agung  tahunan.

Kata Malim, Ketua Pemuda UMNO Semporna yang ada sekarang iaitu Mohd Aziz Jamman  langsung tidak berfungsi sehingga ramai di kalangan pemuda-pemuda UMNO di sini kecewa kerana mereka tidak mendapat sebarang faedah.

“Kenapa kami mahu pucuk pimpinan  Ketua Pemuda UMNO Bahagian harus ditukar kepada orang lain antara salah satu sebab Aziz tidak pandai merancang untuk kemajuan ahli-ahlinya. Yang dia tahu hanya mencari kekayaan  bagi mendapat projek berjuta-juta untuk kepentingan dirinya sendiri,” kata Ketua Kampung Abd Malim.




"Kami mahu Ketua Pemuda UMNO yang lebih proaktif dan inovatif  serta berwawasan dan berpandangan jauh di samping dapat membantu para pemuda UMNO Semporna yang masih tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Amat hairan baru jadi Ketua Pemuda satu penggal, rumahnya tidak ubah sebuah Istana,” ujar Maneh.

Kata Malim  lagi, setakat ini sebanyak 300 cawangan Pemuda UMNO daripada pelbagai  cawangan 80 peratus  mahukan Kedua Pemuda Bahagian digantikan dengan orang lain kerana mereka sudah hilang kepercayaan  terhadap  Aziz untuk menerajui kepimpinan Pemuda UMNO Semporna dan orang yang paling layak untuk menggantikan Aziz ialah Mohd Saifullah Hisham.

Tambah Malim lagi, Saifullah seorang pemuda bukan sahaja berpendidikan tinggi dalam akademik, bahkan beliau juga merupakan seorang aktivis masyarakat Semporna yang berani menegur dan mengkritik para pemimpin BN secara membina demi kebaikan bersama.

Diharap impian para pemuda UMNO Semporna untuk memilih Saifullah sebagai Ketua Pemuda Bahagian Semporna pada Mesyuarat Agung Tahunan  Pemuda UMNO Bahagian pada Julai ini menjadi akan menjadi kenyataan.

"Yang penting semua perwakilan pemuda di peringkat akar umbi dan cawangan mempunyai kata sepakat memberikan mandat kepada Saifullah pada mesyuarat pemilihan Ketua Pemuda nanti,” rayu Abd Malim.

38 comments:

  1. KJ: AHLI UMNO PERLU SEIMBANG PRINSIP DEMOKRASI, PERPADUAN

    Anggota Umno diseru agar mengimbangi antara prinsip perpaduan dan demokrasi dalam pemilihan parti itu pada perhimpunan agung akan datang demi memelihara keutuhan dan kesejahteraan parti.

    ReplyDelete
  2. KJ: AHLI UMNO PERLU SEIMBANG PRINSIP DEMOKRASI, PERPADUAN

    Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata jika dua prinsip itu gagal diseimbangkan setiap anggota parti, Umno mungkin boleh terjerumus dalam perpecahan.

    ReplyDelete
  3. KJ: AHLI UMNO PERLU SEIMBANG PRINSIP DEMOKRASI, PERPADUAN

    "Bagi saya Umno merupakan parti paling demokratik dalam Malaysia kerana kita mempertandingkan setiap jawatan. Bukan seperti parti pembangkang di mana mereka lantik jawatan seperti Ketua Umum, Penasihat dan Mursyidul Am.

    ReplyDelete
  4. KJ: AHLI UMNO PERLU SEIMBANG PRINSIP DEMOKRASI, PERPADUAN

    "Tetapi pada masa sama prinsip demokrasi perlu diseimbangkan dengan prinsip perpaduan kerana keseimbangan terhadap dua prinsip ini akan membawa kesepakatan," katanya ketika ditemui pada Majlis Meraikan Pengundi Rembau di kediamannya di Gadong, di Rembau hari ini.

    ReplyDelete
  5. KJ: AHLI UMNO PERLU SEIMBANG PRINSIP DEMOKRASI, PERPADUAN

    Sambil mengambil contoh pemilihan parti pada 2008 lalu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang dipertandingkan pada waktu itu telah menyaksikan pertandingan tiga penjuru sehingga menyebabkan ia berpecah kepada tiga puak.

    ReplyDelete
  6. KJ: AHLI UMNO PERLU SEIMBANG PRINSIP DEMOKRASI, PERPADUAN

    Beliau yang menang dalam pertandingan itu dengan menewaskan dua lawannya iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo mengakui ia merupakan cabaran besar dalam menyatupadukan semula anggota sayap Pemuda Umno dan mengambil masa lama.

    ReplyDelete
  7. KJ: AHLI UMNO PERLU SEIMBANG PRINSIP DEMOKRASI, PERPADUAN

    "Tetapi itu tidak menjadi masalah dalam demokrasi namun ia membawa kesan kepada perpaduan dan perpaduan amat penting kepada parti untuk menjadi lebih kuat sekali gus memastikan kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

    ReplyDelete
  8. Ledakan semangat berlandaskan kepada perjuangan menentang Gagasan Malayan Union adalah detik awal perjuangan UMNO yang enggan membiarkan bangsa Melayu terus terjajah lantas parti siasah ini dilestarikan dengan manifestasi ke arah kemajuan rakyat keseluruhan.

    Sebagaimana asas dan tujuan penubuhannya yang berjuang untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara, UMNO bertanggungjawab mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

    ReplyDelete
  9. Apa yang pasti, usaha untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara selain terus menghormati prinsip kebangsaan beragama tetap menjadi pegangan biarpun telah lebih enam dasawarsa usia UMNO.

    “…hampir tujuh dekad berjuang sebagai organisasi politik yang menyejarah, mendaging dan mendarah dalam ikhtiar memartabatkan maruah serta mengangkat tinggi kedudukan orang-orang Melayu. Sungguh jauh kita berjalan. Sungguh banyak hitungan masa.

    “Walau dihadap segenap cabaran, walau dilempar segala fitnah, walau diterjah sedemikian banyak taktik jahat lagi kotor, digodam dan dihentam oleh pihak lawan, terbukti kita tidak pernah pudar semangat, tidak akan mengalah, dan, tidak akan mungkin padam cita-cita. Bahkan, derap demi derap, terus menyusun strategi, mengatur langkah demi langkah, mara ke hadapan, menjulang panji-panji bangsa, agama dan Negara.”

    Telah terbukti perjuangan UMNO bukan untuk kemerdekaan semata-mata malah lebih daripada itu pelbagai lapisan generasi telah merasai jasa dan baktinya kepada setiap individu di negara ini.

    ReplyDelete
  10. ika pada hari ini ada pihak yang mahu memperjuangkan keadilan dan hak bersuara maka sebenarnya, perjuangan UMNO telah meliputi pertalian tersebut sebagaimana yang terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya iaitu untuk mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

    Dengan kata lain, hak keadilan yang diberikan adalah berlandaskan undang-undang dan bukanlah perjuangan membuta tuli tanpa matlamat apatah lagi untuk menghancurkan negara sebagaimana adanya demonstrasi jalanan.

    Lebih dari itu, antara kandungan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menjamin kedudukan bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal dengan mengekalkan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu itu sendiri.

    Namun demikian, kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia dan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera tetap terpelihara.

    Sebenarnya, bukan hanya ahli-ahli UMNO tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya perlu untuk menerap dan memahami cogan kata parti iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dalam perjuangan dan menyemarakkannya dalam kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  11. Majlis Perundingan Melayu (MPM) berharap Barisan Nasional (BN) segera menggubal dan melaksana Dasar dan Pelan Reformasi Radikal BN supaya ‘tragedi’ PRU13 tidak akan berulang buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  12. Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya, Dr Hasan Mad berkata, MPM akan mengemukakan syor berkaitan Lima Dasar Utama yang akan menjadi kerangka kepada Dasar Kemakmuran dan Kesejahteraan Negara dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  13. “Perkara wajar dilaksanakan segera demi kemakmuran dan kesejahteraan serta keharmonian semua rakyatnya dalam mengharungi kehidupan di bumi bertuah ini.

    “Walaupun barisan kabinet untuk Penggal 2013-2018 telah diumumkan, MPM tetap bimbang dan lebih cenderung untuk melihat bagaimana BN yang diterajui Umno mentadbir negara,” katanya.

    ReplyDelete
  14. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, BN berjaya membentuk Kerajaan sekalipun hanya mampu menang mudah dan gagal perolehi majoriti dua per tiga sepertimana yang diidam-idamkan.

    Mengulas lanjut mengenai keputusan PRU13, Hasan berkata, kerisauan MPM meningkat sebaik melihat keputusan itu dan mendakwa wujud beberapa petanda yang tercetus dari pilihan raya itu.

    ReplyDelete
  15. “Dengan begitu gigih usaha BN yang diterajui Umno, membuat persiapan menghadapi PRU13 itu, keputusan yang diperolehi bukanlah sesuatu yang melegakan dada kita semua.

    “Lebih menggusarkan ialah wujudnya beberapa petanda buruk yang akan menjadikan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang jauh lebih mencabar dan boleh menjerumuskan negara ini kepada revolusi politik perkauman, kebencian, keganasan serta campurtangan pihak,” katanya

    ReplyDelete
  16. Ujar beliau, dalam kesibukan Kerajaan baru menjalankan tugas dan amanah sepertimana yang dimanifestasikan semasa PRU13, pucuk pimpinan BN yang diterajui Umno wajar menggubal segera Dasar dan Pelan Reformasi itu.

    ReplyDelete
  17. Langkah itu katanya, bukan sekadar menjadikan BN lebih diterima malah jauh lebih penting dari BN mendominasi senario politik negara terutamanya mampu memastikan amalan demokrasi dalam sistem politik terbaik di dunia.

    Sehubungan itu, katanya lagi, MPM menawarkan diri untuk bekerjasama bagi melihat agenda ini dengan lebih mendalam.

    ReplyDelete
  18. Umno Executive Secretary Abdul Rauf Yusoh has revealed that the party will be using a secure card scanner system to determine voter eligibility during internal elections later this year.
    It is thought that up to 150,000 members will play their part in deciding whether to award a further mandate to Umno President Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete
  19. At the last party election, in 2009, only 2,500 delegates were able to vote for office bearers, with even stricter conditions imposed on election candidates before they were permitted to stand.
    But like Malaysia, Umno under Najib has seen a raft of reforms implanted in order to provide more transparency and further the democratic processes of party governance.

    ReplyDelete
  20. The reforms, particularly on issues such as voter security may be seen as a slap in the face of parties like DAP where internal election processes have faced public and embarrassing scrutiny after the CEC election fiasco last December.

    That Umno is promising more transparency in its party elections than the supposedly 'Democratic' Action Party is a strong sign that the reforms led by Najib are making a positive impact.

    ReplyDelete
  21. "The election will be more complex and challenging because it is in line with the reforms which we decided upon three years ago," he said earlier this month.

    To that end, Abdul Rauf said that the party would go on a road show in which it could explain the benefits of the new system to its members.

    ReplyDelete
  22. "This is the first time that the system will include the divisional and branch level following the amendment to the Umno constitution on the party election process," he said.

    "The system is to ensure that members who are eligible can attend the meetings to elect the grassroots committee and supreme council members."

    ReplyDelete
  23. Abdul Rauf's announcement comes on the back of a fresh boost of support for Najib from Kedah Umno where a solid endorsement was given for the mooted 'no-contest' proposal of the party's top two spots.
    Tun Dr Mahathir Mohamad has also joined in, lending his influence to the same no-contest proposal.

    ReplyDelete
  24. Even if the proposal gains no ground, that so many Umno members and leaders are happy with the leadership provided by Datuk Seri Najib Razak and his Deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin suggests a good future for the pair and ultimately Malaysia.

    "We want Najib and Muhyiddin to soldier on as the Umno president and deputy president respectively without any contest. This will allow them to proceed with the party's transformation agenda," explained Kedah State Umno Liaison Committee Chairman Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

    "Kedah Umno also believes preparations for the next general election should start now and the no-contest move will allow our president and deputy to come out with better strategies for the party's future."

    ReplyDelete
  25. Merging all Indian parties into a single entity can improve their credibility and restore the community's faith in them, according to a social activist.

    ReplyDelete
  26. R. Nambiar, who is the president of Pakar Malayalee of Malaysia, said this was because having various Indian community-related parties and ideologies would only damage ethnic harmony.

    ReplyDelete
  27. As long as the entity's concern was to achieve unity, sacrifices must be done to throw away the old ideologies of each party and to come out with a single ideology, accepted by everyone

    ReplyDelete
  28. Assoc Prof Dr Sarjit Singh of the Department of Social Sciences and Development, Faculty of Human Ecology, Universiti Putra Malaysia, said minor political parties such as PPP, IPF, Makkal Sakthi and the Malaysian Indian United Party (MIUP) should merge with the MIC as it would be hard, as much as irrelevant, for minor parties to serve the needs of the Indian community as a whole.

    ReplyDelete
  29. He pointed out that the mandate given to the MIC, as one of the oldest political parties in Malaysia - established in August 1946, must be respected due to its struggle to end British colonial rule and also to serve the Indian community.

    ReplyDelete
  30. the acceptance of the community of the merger would remain a big question mark unless something better could be done about it.

    ReplyDelete
  31. He also said that the leaders needed to engage intellectuals and thinkers to help draw up strategic plans for both the long and short terms for the community.

    ReplyDelete
  32. Although the Indian votes were not seen to have a major impact in the last general election, he said, the merger would be a practical move to do better in the next general election.

    ReplyDelete
  33. The leaders should have a common understanding and mission because, for now, each party has different structures and functions

    ReplyDelete
  34. Keluhan ini perlu didengar tak kisalah betul atau tak kerana yang penting ialah apa yang patut diperbaiki harus diperbaiki.

    ReplyDelete
  35. Elak perpecahan UMNO berulang

    Dua jawatan tertinggi UMNO tidak perlu dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang bagi mengelakkan perpecahan yang berlaku pada 1987 sehingga tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46 berulang.

    Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah menegaskan, pertandingan tersebut dilihat tidak perlu dalam keadaan sekarang apatah lagi ketika orang Melayu sudah berpecah-belah.

    Katanya, kejayaan UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibantu Tan Sri Muhyiddin Yassin memenangi 88 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu berbanding 79 kerusi sebelumnya, membuktikan kemampuan mereka.

    "Jika Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan, sudah pasti akan wujud semangat berpuak-puak dalam parti selepas pemilihan nanti.

    "Cukuplah, kita tidak mahu orang Melayu semakin berpecah tetapi perlu bersatu di bawah payung kepimpinan UMNO sedia ada agar kita terus kuat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan sokongan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

    Beliau berkata, walaupun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden wajar dipertandingkan di bawah sistem demokrasi, tetapi orang ramai tidak begitu memahami fungsi amalan tersebut.

    Sementara itu, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad pula berpendapat, kepimpinan Najib dan Muhyiddin dilihat 'regu' terbaik untuk terus mengemudi UMNO dan juga kerajaan sekarang.

    Jelasnya, kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu telah berjaya membawa transformasi yang tidak pernah dilihat oleh rakyat Malaysia sebelum ini.

    "Bukan tidak mahu melihat pertandingan tetapi soalnya sekarang siapa yang mampu untuk menggantikan mereka berdua dalam keadaan suasana politik sekarang.

    "Saya berharap kedua-dua jawatan tertinggi UMNO itu tidak dipertandingkan dan seterusnya mengekalkan perpaduan orang Melayu yang ada sekarang," ujarnya.

    ReplyDelete
  36. Kesatuan itu amat penting jika mahukan sesebuah parti tetap utuh. Harap semuya pihak dalam apapun hal berusahalah menyelesaikannya dengan baik.

    ReplyDelete
  37. Pastikan ketua yang dipilih nanti layak jadi ketua demi kepentingan bersama.

    ReplyDelete