Monday, 17 June 2013

THREATS FROM WATER VILLAGES BEFORE MASSACRE






KOTA KINABALU: The Semporna Municipal Council faced threats from the water villages under its jurisdiction, including Kampung Sri Jaya where six police officers were killed during the incursion by Sulu militants in March.

“We faced criminal threats,” Semporna municipal council assistant executive officer Mustapha Elias Sulai told the royal commission of inquiry (RCI) on immigrants today.

Mustapha said that as of 2010, there were 33,983 people living in 18 such water villages.

Slightly more than half of the population, he said, comprised foreigners from the Philippines, while a number of them were from Indonesia.

The water villagesare made up of wooden houses built on stilts over water and the authorities have very little presence or control there.
Police entered Kampung Sri Jaya and Kampung Siminul during the beginning of the Sulu incursion, which was launched from the Philippines, and were ambushed, resulting in the death of six of their men.

Mustapha admitted that the local authorities had not taken any step to demolish the water villages but added that in light of the massacre, there were now plans to relocate the villages.

“They villages are also an eyesore and there are issues of diseases,” he said.

Also taking the stand was 48-year-old Said Daud, a Bajau who possessed IMM13, a document for refugees from the Philippines.

‘We’re angry about Sulu incursion’

Said who is a village chief in Kiam Sam, Labuan said a majority of his village comprised of Bajau and Sulu immigrants.

Asked about sentiments about the Sulu in his village, in relation to the recent incursion, Said, who came to Sabah from the Philippines in 1980, said his people were angry about it.

“We in Labuan do not support the incursion, we are angry with them.

“We have lived a good life here for a long time, our children go to school and some are even working for the government.

“We live a good life because of the Malaysian government, we will not support them (intruders),” he said.

A total of nine witnesses took the stand at the fifth RCI hearing in Kota Kinabalu today. So far 116 witnesses have testified since the hearing commenced in January. (BI)

19 comments:

  1. JANGAN BERLENGAH, TERUS SAJA ROBOHKAN RUMAH SETINGGAN KELAK AKAN TERUS MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA MERUJUK KEPADA KEJADIAN PENCEROBOHAN DARI ORANG C KIRAM


    Setelah sekian lama warga Filipina dan Indonesia bermaharajalela tinggal di beberapa bahagian Sabah terutama sekali perkampungan atas air seperti yang terdapat di pinggir Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna, pencerobohan dan kebiadapan yang dilakukan oleh lanun-lanun Sulu yang mendapat upah daripada golongan berkepentingan di Malaysia, telah memberikan LALUAN PALING MUDAH, PALING SELAMAT dan PALING WAJAR untuk menghapuskan KESEMUA perkampungan atas air di Sabah.

    Ini adalah kerana, sebahagian besar daripada penduduk kampung atas air atau lebih tepat lagi SETINGGAN ATAS AIR itu adalah warga Filipina dan Indonesia.

    Maklumat daripada pihak berkuasa pula menyatakan, penguatkuasaan terutama sekali yang membabitkan IMIGRESEN amat sukar dilakukan di perkampungan-perkampungan setinggan atas air itu. Bagaimanapun, kejadian di Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan enam orang pegawai serta anggota-anggota polis, menyebabkan pelbagai pihak memperhebatkan desakan agar perkampungan-perkampungan atas air itu dilupuskan terus.

    Ini adalah masanya untuk melakukan saringan dan menjalankan proses menghalau serta mengusir kesemua warga asing yang telah lama berada di Sabah. Dan inilah juga masanya untuk memilih warga asing yang benar-benar menjadi tenaga kerja untuk tugas-tugas rencam di Sabah berbanding membiarkan mereka datang, berkampung dan kemudian menuntut agar 'SABAH DIPULANGKAN KEPADA MEREKA' sepertimana yang dilakukan oleh lanun-lanun Sulu yang mengharapkan bantuan daripada Amerika Syarikat untuk tujuan berkenaan.

    ReplyDelete
  2. PATI DI SABAH MEMANG TAK SEDAR DIRI SENDIRI

    Jabatan Air Negeri Sabah bimbang akan keselamatan pekerjanya apabila mereka memasuki kawasan setinggan untuk memotong sambungan haram.

    Menurut ketua juruteranya bagi jabatan pengagihan dan kebocoran, Quirine @ Quirinos Jokinol, ini kerana ancaman pernah dibuat terhadap pekerja jabatan itu.

    "Keselamatan adalah satu isu, jadi kami lebih suka jika operasi dilakukan bersama dengan pihak polis dan majlis tempatan.

    "Berdasarkan pengalaman kami, anggota penguatkuasa kami menerima ancaman terhadap keselamatan mereka apabila mereka memasuki kawasan seumpama itu untuk memotong sambungan haram," katanya kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah.

    Beliau berkata, sebahagian besar masalah sambungan haram berlaku di kawasan setinggan di bandar-bandar pantai timur Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

    Sebelum ini, seorang pegawai majlis tempatan dari Kunak, yang terletak di antara Lahad Datu dan Semporna, berkata terdapat bahagian kawasan setinggan yang mereka tidak masuk kerana ancaman terhadap keselamatan diri mereka.

    Sementara itu, Quirine @ Quirinos berkata jabatan itu kerugian RM780,244 kerana perbuatan mencuri air melalui sambungan haram di Sabah dari tahun 2008 hingga 2012.

    Ini tidak termasuk "kos yang tidak perlu" seperti membaiki dan menggantikan paip akibat akibat sambungan haram.

    ReplyDelete
  3. Perkampungan Air adalah rumah perkampungan yang dibina di atas air, perkampungan seperti ini banyak terdapat di Sabah, namun perkampungan seperti ini sering mendapat masalah dari segi kekurangan kemudahan dan tidak tersusun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah tersebut harus dibina semula dengan kelengkapan yang lebih wajar dan sempurna.

      Delete
  4. Perkampungan seperti ini sebenarnya amat unik dan seharusnya dinaik taraf menjadi kampungan air yang tersusun. Penyelesaian terhadap masalah kampung air di Sabah juga boleh dilakukan dengan membina kembali struktur perkampungan itu dengan baik dan di urus dengan serius untuk membina satu masyarakat perkampungan air yang tersusun.

    ReplyDelete
  5. Rumah-rumah perkampungan air ini mungkin boleh di bina semula secara tersusun siap dengan bekalan air bersih dan bekalan letrik seperti rakyat lain. pastikan kawasan perkampungan air, ada sistem pembuangan sampah yang sistematik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan baik agar suasana yang lebih wajar dapat dibina.

      Delete
  6. dengan ini perkampungnan air boleh dijadikan produk pelancongan yang baik untuk Sabah dan negara. Jika sudah tersusun dan di majukan tempat ini dengan kemudahan penginapan yang baik dan selesa, perkampungan ini akan di kunjungi oleh pelancong-pelancong dalam dan luar negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan sekeliling harus dinaik tarafkan.

      Delete
  7. Rakyat di negara ini digesa agar tidak memperkecilkan kredibiliti Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuh bagi meneliti isu pendatang tanpa izin di Sabah.

    Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata rakyat sepatutnya memberi peluang kepada RCI melaksanakan tanggungjawabnya.

    Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang antara lain mempertahankan peningkatan bilangan pendatang di Sabah dan golongan itu layak diterima sebagai warganegara kerana telah berdekad tinggal di Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  8. Mengulas lanjut, Masidi berkata penduduk tempatan tidak senang dengan peningkatan penduduk di Sabah kerana “agak membimbangkan berbanding negeri lain”.

    Berdasarkan jawapan di Parlimen tahun lepas, penduduk Sabah yang berjumlah 651,304 pada 1970 meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Bagaimanapun bagi tempoh dua dekad selepas itu, populasi Sabah meningkat secara ketara kepada 1.5 juta dan dicatat pada 2,468,246 orang menjelang 2000.

    Masidi juga menegaskan tidak ada jalan pintas dalam mendapatkan taraf kewarganegaraan dan peruntukan undang-undang mesti dipatuhi sepenuhnya pada setiap masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prosedur permohonan harus diikuti.

      Delete
  9. Pihak berkuasa keselamatan akan mencadangkan kepada kerajaan untuk merobohkan penempatan atas air haram termasuk di 21 pulau berpenghuni di daerah ini bagi meningkatkan tahap keselamatan.

    Cadangan itu termasuk di Kampung Simunul dan Srijaya, lokasi pengganas menyerang hendap anggota keselamatan hingga menyebabkan enam anggota polis terkorban pada 2 Mac lalu.

    ReplyDelete
  10. Pengikut Jamalul Kiram III dipercayai bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu, kerana yakin lokasi itu paling selamat daripada pemantauan pihak berkuasa. Ini berikutan reputasi perkampungan atas air itu sebagai sarang jenayah hingga digelar ‘kampung samseng’ oleh penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  11. Imej negatif itu menyebabkan kumpulan pengganas memilih kampung terbabit sebagai lokasi persembunyian dan serangan, biarpun kedudukannya jauh dari perairan Filipina berbanding satu lagi lokasi serangan iaitu Kampung Tanduo di Lahad Datu yang dekat dengan perairan negara jiran itu.

    ReplyDelete
  12. Daripada maklumat penduduk tempatan, Kampung Simunul dikenali penduduk daerah itu sebagai sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram. Malah, kebanyakan penduduk sekitar tidak berani memasuki kampung itu kerana dibanjiri pendatang tanpa izin dari negara jiran hingga digelar Filipina mini.

    ReplyDelete
  13. Dr Mahathir menganggap perkampungan air ini telah merosakkan pemandangan selain daripada banyak isu keselamatan yang menyelubungi kawasan kampung air itu. Tindakan merobohkan perkampungan itu sememangnya tindakan yang mudah, tetapi itu merupakan tindakan yng tidak holistik dan pandangan orang suntuk pemikiran.

    ReplyDelete
  14. Isu keselamatan harus diberi perhatian.

    ReplyDelete
  15. Notis harus diberi jik abenar tindakan meroboh akan diambil.

    ReplyDelete