Oleh: MAIL MATHEW
BEKAS calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Kemabong, pada Pilihanraya Umum ke-12, Peter @ Phillip bin Lonok, 43, meninggal dunia jam 8 malam pada Khamis selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Keningau dalam keadaan koma setelah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Senagang, Tenom pada Rabu.
Jenazah mendiang Peter @ Phillip bin Lonok telah dibawa oleh kaum keluarganya ke Kg Kalibatang Lama untuk upacara pengkebumian.
Mendiang meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak (dua perempuan dan 3 lelaki) kesemuanya masih bersekolah, seorang daripadanya masih menuntut di IPTA Sarawak dalam jurusan perakaunan.
Pada rabu, kenderaan pacuan empat roda Nissan Frontier yang dipandu Barasul Rasam, 40, dan seorang penumpang Zahari Ansukul, 43, maut di tempat kejadian itu, manakala dua lagi penumpang, Peter Lonok dan Dulau Tunggaling, 43, mengalami kecederaan serius dan sempat dibawa ke hospital Keningau untuk rawatan lanjut.
Menurut laporan sebelum ini, difahamkan mereka dalam perjalanan menuju ke Tenom dari Keningau tetapi setelah tiba di KM25 Senagang, pemandu gagal mengawal kenderaan yang dipandunya dan melanggar sebuah lori dari arah yang bertentangan mengakibatkan kenderaan Nissan Frontier remuk.
My condolence to the family of Lonok.
ReplyDeletetakziah diucapkan kepada keluarga mendiang, semoga roh beliau dicucuri rahmat.
ReplyDeleteMy condolence to his family.
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga mendiang. semoga tabah menghadapi semua ini.
ReplyDeleteTakziah
ReplyDeleteMy Condolence to the family..wish his soul peace..
ReplyDeleteTakziah.. semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeleteDOakan belaiu untuk ditempatkan dikalangan yang beriman.
ReplyDeleteTakziah kepada Keluarga dan tabah menghadapi cubaan ini.
ReplyDeletetakziah kepada semua keluarga mangsa..
ReplyDeletetakziah pada kelurga mangsa:(
ReplyDeleteMarilah kita sama2 berdoa agar rohnya ditempatkan bersama orang2 beriman.
ReplyDelete