Oleh: ROZIE JUMAT
PARTI pembangkang yang berpengkalan dari Semenanjung diminta agar tidak membawa budaya yang tidak bersesuaian dengan masyarakat di sini dan memperalatkan masyarakat luar bandar.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup, berkata, penduduk di Sabah terutamanya di kawasan luar bandar adalah orang yang simple sekali, mengamalkan budaya menghormati antara satu dengan yang lain tanpa masalah.
Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan mengingatkan pembangkang agar tidak mengajar rakyat Sabah dengan budaya dari Semenanjung yang bertentangan dengan tata susila adat budaya masyarakat di Keningau.
“Kalau mahu buat demonstrasi, mahu buat kekacauan, jangan buat di sini,” kata Kurup mengulas tunjuk perasaan berlaku di hadapan Pejabat Daerah Kecil Sook baru-baru ini, tambahan pula tunjuk perasaan itu didalangi oleh seorang pemimpin parti pembangkang yang berasal dari Semenanjung dan mengetuai salah satu parti pembangkang Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu dua orang ketua kampung yang terlibat dalam perarakan itu memohon kemaafan kepada Pejabat Daerah Kecil Sook di atas tindakan mereka menyertai perarakan itu.
Dua orang ketua kampung (dirahsiakan) itu memberitahu, kehadiran mereka itu hanya bertujuan untuk mengambil gambar dan menyedari tindakan mereka berarak secara beramai-ramai itu menganggu ketenteraman awam apabila melihat kehadiran polis.
Menurut salah seorang Ketua Anak Negeri (KAN) di daerah Kecil Sook, Aik Bandurung, pada hari berkenan dijadualkan perbicaraan No. Kes: 05/2011) di Mahkamah Anak Negeri Daerah Sook. Bagaimanapun penasihat undang-undang Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan mengarahkan perbicaraan itu dibatalkan.
Aik yang ditemui di Pejabat Tanah dan Ukur Keningau berkata, perarakan secara besar besaran sambil membawa sepanduk itu menganggu ketenteramam awam dan kakitangan pejabat Daerah Kecil Sook.
“Jika mereka datang untuk membuat sokongan moral sekalipun, bilik mahkamah tidak mampu memuatkan mereka kerana hanya plaintif yang biasanya dipanggil,” kata Aik.
Polis kemudiannya telah mengarahkan 3 orang iaitu Dahlan @ Ulin B. Abdulah @ Amil (Ketua Kampung, Kg. Alab Lanas, Ukim @ Juhadi Bin Morindal @ Marindal (Pengerusi Badan Bertindak Penuntutan Tanah Adat di Gabungan 5 kampung (Kg. Simbuan, Kg. Wawasan. Kg. Mokotog, Kg. Dumbun dan Kg. Pulutan) dan Hisammuddin Bin Sulaiman (Presiden TABA–Bela Tanah Rakyat Sabah) untuk memberikan kenyataan di Balai Polis Keningau.
Yes, Sabahans are friendly, harmonious people. We do not need to use violence to solve problems.
ReplyDeleteWe should solve problems using legal methods.
ReplyDeletejangan bawa pengaruh buruk orang semenanjung ke sabah..
ReplyDeletesebagai rakyat sabah, jangan mudah terpengaruh dengan apa yang diamalkan di semenanjung..
ReplyDeletedan sabah bukan tempat untuk membuat kekecohan untuk kepentingan sesetengah pihak.
ReplyDeleteBukan saja Sabah, semua tempat di bumi ini tak sepatutnya dijadikan tempat utk timbulkan kekacauan.
ReplyDeleteKeamanan dan keharmonian di Sabah harus dikekalkan dan pastikan tidak ada pihak yang merosakkannya.
ReplyDeleteKalau boleh, walau mcm mana sekalipun teruk masalah yang timbul selesaikan dengan cara baik. :)
ReplyDeleteJangan biarkan emosi melangkau batas logika manusia. Jadi sentiasalah berwaspada.
ReplyDeleteJusteru, janganlah kita terbawa-bawa budaya luar ke negeri kita yang sememangnya sangat harmoni ini.
ReplyDeletependuduk Sabah mempunyai budaya dan akhlak yang mulia. jgnlah kita nak pengaruhi dan cemarkan budaya ini.
ReplyDeletesebaiknya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kekecohan perlu dielakkan.
ReplyDeleteBenar, semua budaya yang dilakukan sekarang adalah dari semenanjung. Sebelum ini tidak pernah rakyat Sabah melakukan perkara sebegini. Harap Pembangkang tidak akan mengajar kita perkara yang bukan-bukan..
ReplyDeleteHarap rakyat kita tidak mudah tertipu dengan budaya yang dibawa oleh pihak luar. Kita mahukan keamaan dinegeri kita ini. Jadi kekalkanlah semua ini hingga kemasa hadapan.
ReplyDeletesebab itu parti yang menggunakan pendekatan demonstrasi jalanan sebagai jalan penyelesaian patut diusir dari negeri ini.
ReplyDeletesaya harap rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan politik yang memerlukan mereka melakukan kekecohan di negeri ini. itu bukanlah langkah penyelesaian yang terbaik, tetapi semata2 untuk memperjuangkan kepentingan politik pihak tertentu.
ReplyDeleteBetul, demonstrasi bukan budaya kita. Jangan membawa pengaruh negatif ke Sabah.
ReplyDeleteTrue!Semenanjung is affecting us now.
ReplyDelete