Monday, 14 March 2011

MUTALIB M.D BIDAS AMNESTY INTERNATIONAL



Oleh: SURIATI MAHMUD

PENULIS kontroversi Sabah, Mutalib M.D membidas Amnesty International yang menggesa kerajaan Malaysia agar menghentikan amalan merotan pelarian dan pekerja asing yang disifatkan kumpulan itu sebagai 'amalan kejam' dan 'penyiksaan'.

“Mereka ini (PATI) sewajarnya ditembak mati seperti di China atau Russia kerana menceroboh kedaulatan negara ini. Hukuman sebat yang dikenakan terhadap 29,759 orang rakyat asing di antara 2005 hingga 2010 atas kesalahan imigresen adalah ‘terlalu ringan’ berbanding dengan ‘kemusnahan’ dan ‘malapetaka’ yang mereka lakukan di Sabah,” ujar Mutalib yang mendesak agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak tunduk kepada desakan Amnesty International sekalipun amalan sebat dilarang oleh undang-undang antarabangsa.

“Kita bukan menyiksa banduan imigresen sebaliknya melaksanakan mengikut undang-undang yang diputuskan di parlimen di Bawah Akta Imigresen dan kita minta Amnesty International jangan menyibuk dengan mencampuri urusan dalam negeri Malaysia,” tegas Mutalib yang mencadangkan agar Pusat Tahanan Sementara dibina di sebuah Pulau seperti Al-Catraz; sama ada di Pulau Mengalum atau Pulau Balambangan di Kudat.

Kata Mutalib, hukuman enam sebatan terhadap PATI yang telah dilaksanakan sejak 2005 tidak pun menyebabkan mereka serik kerana ramai ‘ahli’ UMNO yang menggunakan dokumen palsu telah ditangkap, disebat dan dihantar balik ke negara asal mereka, namun kembali lagi ke Sabah dan aktif kembali di dalam UMNO dengan menggunakan ‘Pasport’ dan ‘IC Palsu dan IC Projek’ melalui sindiket yang masih aktif.

“Jika Malaysia mengisytiharkan moratorium terhadap amalan ini, maka Akta Imigresen dan Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli dan merupakan perderhakaan terhadap Yang Di Pertuan Agong,” ujar Mutalib yang menyifatkan kesalahan jenayah pencerobohan negara wajar dikenakan hukuman berat, termasuk ‘mati mandatori’ bagi kesalahan berterusan kerana hukuman sebat dan denda gagal menghalang kebanjiran PATI dan gagal mengajar majikan mereka agar menghormati undang-undang negara ini.

Sekalipun Parlimen telah meluluskan 60 kesalahan yang boleh disebat, namun hukuman sebat ke atas PATI masih terlalu ringan dan gagal menginsafkan mereka kerana yang datang lebih ramai daripada yang dihantar pulang ke negara asal mereka kerana perairan negara bolos dan dibolosi oleh PATI dengan kerjasama agensi penguatkuasa sendiri.

PATI telah menjadi perniagaan yang paling menguntungkan di Sabah dan kata Mutalib, ada pihak yang mendapat habuan daripada penangkapan dan pelepasan PATI kerana sindiket berkenaan melibatkan Menteri Kabinet dan Ketua Pengarah jabatan tertentu.

“Tiba masanya saya akan dedahkan. Buat masa sekarang, mereka yang terlibat agar berhentilah dan jangan jadikan Sabah sebagai Pusat Pemerdagangan Orang dan Pusat Penyeludupan Manusia,” ujar Mutalib yang enggan menamakan Menteri Kabinet dan Ketua Jabatan yang terlibat.

10 comments:

  1. masalah PATI mmg amat sukar diselesaikan kerana bagaimana sekalipun mereka dihukum, mereka tetap akan datang ke Malaysia. kita kena cari langkah yang benar2 berkesan untuk tangani masalah ini.

    ReplyDelete
  2. PATI ini tidak serik2 menerima hukuman.Baik sungguh M'sia terutamanya di Sabah ni bg PATI ini menetap di Sabah dgn bebas. Semakin Sabahan mdesak kerajaan berbuat sesuatu bg menangani kes PATI mcm semakin ramai pla PATI di Sabah ini. kerajaan pusat & negeri harus memandang serius isu ini. Harap2 kes PATI ini dapat diselasaikn.

    ReplyDelete
  3. I didn't know they punish illegal immigrants through caning.

    ReplyDelete
  4. Government should do something on it.

    ReplyDelete
  5. pihak berkuasa atau rakyat tempatan yang bertanggungjawab membawa masuk PATI ke negara ini juga patut dikenakan hukuman rotan dan buang negara. tidak akan ada cara lain mengawal kemasukan PATI ke negara ini jika tidak melalui hukuman tegas dan berat.

    ReplyDelete
  6. penceroboh harus dihukum dengan keras..biar menjadi iktibar kepada bakal2 penceroboh (PATI).

    ReplyDelete
  7. hukuman yang dikenakan kepada PATI adalah terlalu ringan..kerajaan harus menetapkan hukuman yang lebih berat termasuk hukuman mati..biar bakal PATI dan PATI sedia ada tahu bahawa malaysia adalah negara berdaulat dan bukan tempat yang boleh dimasukki dan keluar sesuka hati seperti rumah sendiri..

    ReplyDelete
  8. mana2 pihak yang terlibat mengisukan IC kepada PATI, membawa masuk PATI dan sbgnya berkaitan PATI juga harus dikenakan hukuman yang berat seperti hukuman mati atau buang negara kerana mengkhianat..negara tidak perlukan pengkhianat..

    ReplyDelete
  9. PATI memang tidak serik, walaupun mereka telah dihukum, mereka akan memasuki negara ini kembali. harap masalah ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  10. Ini juga bagi memperingatkan mereka supaya tidak melakukan kesalahan lagi. Jika kita tidak buat demikian, tidak ada guna kita menghantar mereka pulang dengan begitu saja. Mereka akan masuk semula dengan hati yang senang. Jadi dengan rotan yang diperkenalkan. sekali mereka diketauhi maka rotan dikenakan, kedua kali mungkin mereka akan memikirkan jika masuk secara haram sudah pasti rotan akan dikenakan lagi. Jadi ini memberikan kesedaran kepada mereka PATI.

    ReplyDelete