Monday, 14 March 2011

DANNY ANDIPAI KINI MUFLIS?



Oleh: PERISIK SABAHKINI.NET

MANTAN Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Umum 2008, Danny Andipai yang gagal dalam petisyen pilihanraya memohon pembatalan menang tanpa tanding calon Barisan Nasional (BN) (Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah-PBRS) Tan Sri Joseph Kurup di kawasan Parlimen 182 Pensiangan, khabarnya disahkan muflis.

Pada 9 April 2008, Danny memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya dengan menamakan Kurup sebagai responden pertama, manakala responden kedua, iaitu Pegawai Pengurus SPR, Bubudan OT Majalu.

Danny mendakwa Bubudan tidak mengendalikan pilihan raya itu mengikut Akta Pilihan Raya 1958 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981. Danny menyatakan telah menyerah borang pencalonan pada waktu yang ditetapkan, namun Pegawai Pengurus Pilihan Raya sibuk menghabiskan masa untuk calon lain menyebabkan beliau tidak berpeluang mengemukakan borang sehingga pencalonan ditutup pada jam 10.00 pagi.

Peguam Danny Andipai ialah Datuk Chau Chin Tang dan Ansari Abdullah. Peguam Alex Decena mewakili Kurup manakala Peguam Kanan Persekutuan Chandra Devi dan Suzanna Atan mewakili Bubudan.

Arthur Bonnie @ Bernie, 31, peguam kepada Presiden Parti Setia, Suhaidin Langkap menyatakan bahawa hanya saman muflis dijadikan alasan semasa peguam-peguam Kurup mengemukakan bantahan Danny dikatakan mempunyai saman muflis.

Bagaimanapun kemenangan Kurup kekal setelah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Mac 2009.

Satu sumber memberitahu Sabahkini.net mengatakan pada 7 Mac lalu, satu permohonan dibuat oleh peguam Tan Sri Joseph Kurup untuk menuntut pembayaran kos (legal fees) dari pihak yang kalah. Bagaimanapun pihak Pegawai Pemegang Amanah (Official Assignee) membantah permohonan tersebut, kerana yang dituntut adalah orang yang muflis.

Namun dalam satu pemilihan PKR P182 Pensiangan yang lalu, Danny Andipai kalah kepada Datuk Dr.Jeffrey Kitingan (yang kemudiannya meninggalkan PKR) dan menumpukan kepada badan NGO yang dinamakan United Borneo Front (UBF). Dr.Jeffrey dikatakan tidak lagi berminat dengan P.182 Pensiangan, tetapi mengalihkan kepada satu kawasan baru.

8 comments:

  1. da muflis tk pyh la nk tuntut apa2.

    ReplyDelete
  2. sukarnya bila dah muflis.

    ReplyDelete
  3. How did he go bankrupt?

    ReplyDelete
  4. kalau sudah muflis tu tidak payah la terlibat dengan politik. bayar kos guaman pun tidak mampu.. ataupun sengaja mahu lari dari membayar kos guaman??

    ReplyDelete
  5. memang sukar bila sudah muflis....sebaiknya tidak perlulah terlibat dengan politik lagi.

    ReplyDelete
  6. Terima sajalah dengan kekalahan yang ada.

    ReplyDelete
  7. Macam-mana seorang nak jadi ahli politik kalau dah muflis. Takut nanti mereka menggunakan politik untuk tujuan kewangan.

    ReplyDelete