Sunday, 13 March 2011

PAIRIN MENGHINA RAKYAT SABAH?



Oleh: MAIL MATHEW

TAKZIAH buat Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan keluarga di atas kembalinya ibu tersayang kelmarin. Rakyat Sabah simpati di atas musibah yang menimpa keluarga beliau. Namun simpati tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menegur sikap beliau melukakan hati rakan seperjuangan dan rakyat Sabah, walaupun ketika ini Pairin sekeluarga sedang berkabung.

Intipati kenyataan Pairin Kitingan ketika mengulas kenyataan Tan Sri Simon Sipaun bukan sahaja mengejutkan malah mengecewakan banyak pihak khususnya masyarakat KDM kerana kehadiran beliau kali ini bukan sebagai ‘jaguh’ politik Sabah sepertimana keunggulan beliau sekitar tahun 1985 ketika PBS mula terjun ke gelanggang politik namun kali ini rentak politik Pairin sudah berubah menjadi ‘Pak Turut’.

Malahan Pairin ketika ini ibarat burung tiong dalam sangkar yang dilatih tuannya berkata-kata terpaksa menuruti apa sahaja bentuk perkataan yang disuruh oleh tuannya setiap kali mengeluarkan perkataan.

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah berkata demikian dalam satu kenyataan di Tenom kelmarin ketika mengulas kenyataan Pairin yang menyifatkan kenyataan Tan Sri Simon Sipaun dalam seminar UBF baru-baru ini sebagai “There’s plus and minus” tetapi lebih banyak menidakkan kenyataan Sipaun.

Ekoran ulasan Pairin terhadap kenyataan Sipaun itu menimbulkan banyak kekeliruan malah tidak menyenangkan hati di kalangan pelbagai kaum di Sabah yang rata-rata menyifatkan kenyataan Pairin itu seolah-olah lepas tangan terhadap masalah yang menghantui rakyat Sabah sejak 47 tahun lalu.

Sedangkan rakyat Sabah tegas Jimmy, dahagakan keadilan dan keseimbangan hak asasi dan kuasa autonomi agar direalisasikan sepertimana kewujudan ‘perkongsian kuasa’ antara tiga negeri dalam wilayah Borneo Sabah dan Sarawak ketika pembetukan Malaysia bersama Malaya sekitar tahun 1963.

Kenyataan Pairin tegas Jimmy, membuatkan rakyat Sabah khususnya masyarakat KDM mula hilang keyakinan terhadap kewibawaan beliau sebagai seorang pemimpin agung yang disegani dengan harapan beliau mampu mempertahankan hak-hak rakyat Sabah sepertimana yang diasaskan didalam 20 Perkara daripada terus dicabuli.

Sebaliknya, Tan Sri Pairin tergamak menempelak kenyataan Sipaun yang mendapat sokongan banyak pihak dan menyifatkannya sebagai suatu kenyataan yang berterus terang dalam sesuatu isu yang mendepani rakyat Sabah yang memerlukan tindakan serius daripada kerajaan Persekutuan.

“Sama ada Pairin tidak sedar atau sengaja buat tak tahu keadaan Sabah sebelum merdeka, kita semua tidak pasti, tetapi Pairin tentu tahu dan sedar keadaan di Sabah ketika ini termasuk masalah pemegang kad pengenalan dan kerakyatan PATI sejumlah kira-kira 600,000 pemiliknya. Apakah Pairin masih lagi terpinga-pinga mengatakan kenyataan Sipaun itu tidak betul,” tegas Jimmy.

“Sudah tentulah rakyat Sabah sejumlah 3.1 juta tidak boleh ke Parlimen untuk melaporkan masalah PATI diSabah tetapi ia melalui pemimpin pemimpin Sabah tak kira pembangkang atau kerajaan terutama Pairin yang semestinya satu satunya sandaran utama untuk menyuarakan isu tersebut,” tambahnya lagi.

Dalam situasi Sabah yang semakin meruncing tegas Jimmy, Pairin harus akur malah sepatutnya bersyukur jika ada lagi suara-suara lantang daripada tokoh-tokoh lain seperti Sipaun yang sudi bangkit dengan berani membantu beliau dan pemimpin lain di Sabah untuk meminta Kerajaan Persekutuan serius memperbetulkan kepincangan pentadbiran di Sabah yang sudah jauh menyimpang daripada landasan sebenar.

“Kalau diamati kenyataan Pairin itu yang antara lain, kononnya sebarang kepincangan yang berlaku sekarang masih ada ruang untuk dibincang, tetapi Pairin sendiri tahu pelbagai masalah yang sudah dikemukakan kepada Persekutuan untuk dibincang terutamanya masalah kebanjiran PATI di Sabah dan juga pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada PATI tetapi dipandang sepi oleh Kuala Lumpur. Sampai bila masalah ini akan selesai?,” tanya Jimmy.

Apa yang menyedihkan lagi tambah Jimmy, Pairin sanggup bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menidakkan kenyataan Sipaun walaupun beliau (Pairin) sedar bahawa kenyataan Sipaun itu mempunyai asas dan kebenaran tetapi disebabkan Pairin mungkin terlalu banyak terhutang budi kepada Kerajaan Persekutuan menyebabkan beliau menolak ke tepi kenyataan Sipaun dan seterusnya membiarkan masalah yang menghantui rakyat Sabah berterusan.

“Kalau kita tidak mahu menyuarakannya sekarang, siapa lagi yang kita harapkan? Kalau bukan kita dan apakah kita membiarkan isu Sabah yang sudah menjangkau 47 tahun terus dimomok dengan pelbagai janji manis untuk rakyat Sabah? Jawapannya, tentunya tidak,” tambah beliau.

20 comments:

  1. Anyway, condolence to the Kitingan family.

    ReplyDelete
  2. My condolence to the kitingan family.

    ReplyDelete
  3. kenyataan sipaun tidaklah perlu dipoltikkan untuk mendapatkan perhatian dan sokongan rakyat..

    ReplyDelete
  4. masing2 ada pandangan dan pendapat sendiri..demikian juga dengan Jimmy dan sipaun..oleh itu, tidak perlu menunjuk2 siapa yang benar dan salah..

    ReplyDelete
  5. yang penting adalah penyelesaian kepada isu2 yang melanda sabah..namun jika para pemimpin tempatan saling menunjuk2 siapa yang benar dan siapa yang salah maka hubungan kerjasama tidak akan wujud..dan ini memberikan kelebihan kepada pihak kerajaan pusat..

    ReplyDelete
  6. apa yang sudah berlaku kini tinggal sejarah..yang harus dilakukan sekarang ada menuju ke depan..

    ReplyDelete
  7. diharap juga pihak berkenaan tidak akan menabur fitnah kepada mana2 pemimpin lain semata-mata kerana kemaruk untuk mendapatkan sokongan.

    ReplyDelete
  8. Pairin dan Sipaun mempunyai pandangan mereka sendiri mengenai Sabah. kita sendiri boleh menilainya kerna kita sendiri dpt lihat perubahan2 yang dialami Sabah dari dulu hingga kini. hal ini tak perlulah kita nak perbesarkan lagi.

    ReplyDelete
  9. setiap orang ada pandangan masing-masing. yang penting kita perlu menggunakan kebijaksanaan untuk menilai sesuatu pekara.

    ReplyDelete
  10. ini semua adalah ulasan dari seorang pembangkang. SAPP memang akan sentiasa mencari masalah, dan akan membuat masalah. Itulah kerja mereka. Jika kita kerajaan tidak ada masalah maka mereka akan mencari cara untuk menimbulkan masalah..Seperti sekarang ini.

    ReplyDelete
  11. Everyone got their own view. Nothing can change the fact. Keep going to solve the issues in Sabah. Priority the loacal.

    ReplyDelete
  12. Pairin menghina rakyat Sabah ka atau Sipaun yang menghina dan tidak menghormati keputusan rakyat Sabah dan pemimpin2 yang bertanggungjawab membentuk Malaysia?

    ReplyDelete
  13. Kita sendiri saja yang menilai perkara ini.

    ReplyDelete
  14. Takziah kepada keluarga Pairin.

    ReplyDelete
  15. Kenyataan Sipaun tidak sepatutnya diperbesarkan sehingga menimbulkan ketegangan. Lebih baik hal ini diberi perhatian dan dilihat dari sudut positif...

    ReplyDelete
  16. Apapun tujuan sipaun mengeluarkan kenyataan ini, terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri. Saya yakin rakyat cukup matang dalam membuat penilaian.

    ReplyDelete
  17. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku seterusnya.

    ReplyDelete
  18. Yang penting semua pihak harus berusaha utk pandang ke hadapan dan memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dan bukannya asyik pandang ke belakang utk mengeruhkan keadaan.

    ReplyDelete
  19. Apa yang paling penting adalah kita semua rakyat Sabah yang ingin lihat negeri kita maju.

    ReplyDelete
  20. I never thought that he's insulting us in the first place.

    ReplyDelete