Oleh: MEDIA SESB
STESEN Janakuasa Solar Hibrid Pulau Banggi yang bernilai lebih kurang RM 21 juta ini mula beroperasi (provisional taking over) pada bulan Disember 2008 bagi membekalkan elektrik 24 jam sehari kepada lebih kurang 500 pengguna di sekitar Pulau Banggi. Sebelum ini, bekalan elektrik adalah selama 12 jam sehari sahaja.
Projek Stesen Janakuasa Solar Hibrid yang berkeupayaan 225 kW (kiloWatt) ini terletak di Batu Layar, Pulau Banggi dan merupakan salah satu projek solar terbesar di Malaysia.
Projek yang dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan dilaksanakan oleh TNB Engineering Services Sdn Bhd (TNBES) kini sedang dalam proses kerja-kerja akhir sebelum diserah tugas sepenuhnya kepada SESB.
SESB juga telahpun bersedia dengan Standard Operational Procedure (SOP) dalam mengendalikan stesen janakuasa ini termasuklah menggunakan Peralatan Perlindungan Diri/Personal Protective Equipment (PPE) lengkap yang berkaitan (yang dibekalkan) semasa bertugas di stesen janakuasa.
Kejadian anggota kerja SESB menjalankan penyelenggaraan bateri (di Stesen Janakuasa Hibrid Pulau Banggi) tanpa memakai peralatan PPE amatlah dikesali dan pihak Pengurusan SESB amat mengambil berat mengenai perkara (keselamatan dan kesihatan pekerja) ini.
Dalam usaha mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja terutamanya mereka yang terlibat dalam penyelenggaran, SESB akan memantau dan memastikan setiap anggota kerjanya (termasuk kontraktor yang dilantik) memakai PPE (Peralatan Perlindungan Diri) yang lengkap sebelum kerja-kerja dijalankan.
SESB sentiasa menitikberatkan hal kesihatan dan keselamatan pekerjanya dan akan menjalankan aktiviti pemantauan dari masa ke semasa.
Stesen janakuasa ini terdiri daripada set janakuasa yang perlu dipantau dan dikendali setiap masa oleh warga kerja SESB bagi memastikan kesemua peralatan ini berfungsi dengan baik bagi mengelakkan gangguan bekalan di kawasan berkenaan manakala ‘solar panel’ dan bateri dipantau secara berkala.
Hasil siasatan kami juga mendapati bateri di stesen janakuasa berkenaan tidak pernah meletup tetapi hanya kerosakan kecil berlaku kepada salah sebuah bateri berkenaan dan ianya dibaiki dengan serta merta. Kesemua 250 biji bateri di stesen janakuasa berkenaan juga masih berfungsi dan dalam keadan baik sejak ianya mula beroperasi pada penghujung tahun 2008.
Pemantauan visual (visual inspection) terhadap keadaan bateri juga dibuat setiap bulan manakala penyelenggaraan fizikal (physical maintainence) bateri berkenaan dikendalikan oleh warga kerja yang kompeten sahaja dan dilaksanakan tiga (3) bulan sekali. Untuk makluman, jangka hayat bateri yang digunakan di stesen janakuasa berkenaan adalah lebih kurang 10 hingga 15 tahun.
SESB perlu lebih bertanggungjawab mengenai keselamatan penjana mereka.
ReplyDeletesetuju dengan Mohd Ishak, keselamatan perlulah menjadi keutamaan.
ReplyDeletePastikan faktor keselamatan diutamakan.
ReplyDeleteApapun, saya yakin SESB pasti melakukan yang terbaik demi kepentingan semua pihak.
ReplyDeleteMaklum balas yang dikuluarkan oleh SESB berkaitan dengan komplaint bahawa SESB tidak menyediakan alat2 keselamatan kepada pekerjanya semasa menjalankan tugas. Sudah jelas bahawa SESB menitikkan keselamatan pekerjanya.
ReplyDeleteJangan terus melenting bila kita melihat sesuatu tanpa mencari dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Jika hanya melihat tanpa bertanya, persoalan tidak akan terjawab.
ReplyDeletemmg keselamatan perlu diutamakan, tapi SESB juga kena pastikan adakah menggunakan solar hibrid benar2 selamat kepada orang ramai.
ReplyDeleteutamakan keselamat Solar Hibrid atau utamakan keselamatan penduduk kampung yang terdedah dengan keracunan plumbum??
ReplyDeleteSESB perlulah mengutamakan keselamatan para penguna terlebih dahulu. Jika pengguna tidak ada siapa, sudah tentu SESB akan rugi.Jadi SESB boleh fikrikanya sendiri.
ReplyDelete