Thursday 10 March 2011

WAJARKAH SIMON SIPAUN MOHON MAAF?



Saudara Pengarang,

Selaku rakyat Sabah yang cintakan keamanan, kedamaian dan keharmonian hidup justeru senantiasa mengharapkan dukungan amalan demokrasi yang tulen terus menebal yang memberikan rakyat berkebebasan bersuara, sepertimana dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, rasanya terpanggil menyuarakan sepatah dua kata untuk percambahan minda dalam ertikata lain untuk menyumbang pendapat dalam memperbetulkan kekalutan isu Sabah yang ditimbulkan mantan Naib Pengerusi Suhakam, Tan Sri Simon Sipaun semasa seminar UBF baru-baru ini yang kelihatan semakin rumit bila isu itu tidak disenangi segelintir pemimpin UMNO Sabah.

Tentunya timbul pelbagai kekeliruan dan pra-sangka negatif terhadap seseorang pemimpin mahupun indidvidu biasa yang berhak bersuara, jika pendapat yang disuarakan itu tidak dilihat dari aspek kewajarannya; namun sebaliknya ia terdorong oleh pengaruh kepartian, sudah pastilah apa pun pendapat yang baik lantas disifatkannya sebagi ‘bias’.

Merujuk kenyataan Timbalan Pengerus Biro Perhubungan dan Pengaduan Awam UMNO Tawau, Datuk Mohammad Jeffrey Rosman yang tersiar di akhbar tempatan pada 8 Mac 2011 bertajuk, ‘Sipaun Didesak Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan’.

Kenyataan Datuk Mohammad Jeffrey bukan sahaja telah mengejutkan banyak pihak, terutama rakyat biasa yang kurang faham mengapa secara tiba-tiba Simon diminta memohon maaf dan menarik balik perkataannya; sedangkan Simon seorang tokoh dalam perkhidmatan awam dan hak asasi kemanusiaan, tidak mungkin tergamak berbuat sedemikian rupa.

Sedarkah Jeffrey, bahawa apa yang diungkapkan Simon itu tidak melangkaui batasan undang-undang pun.

Malahan Simon lebih dari sedar dan memahami implikasi undang-undang yang bakal dialaminya, jika apa yang diungkapnya itu benar-benar berbaur hasutan; sedangkan beliau sekadar merungkai situasi Sabah ketika sebelum dan selepas pembentukan Malaysia yang beliau anggap suatu situasi yang ‘tenang, harmoni dan penuh keselesaan hidup’ pada ketika itu.

Dalam pada itu, Simon dalam membuat perbandingan itu menyifatkan situasi Malaysia pada ketika ini mempunyai pelbagai masalah seperti kebanjiran PATI di Sabah yang kini mencecah kira-kira 600,000 orang; masalah pemberian Kad Pengenalan dan kerakyatan kepada PATI; pemberian pembangunan dan ekonomi yang tidak berimbang antara perkara yang menjadi kegusaran rakyat Sabah dan perlu ditangani oleh Kerajaan Pusat dengan sebaik mungkin.

Umum melihat bahawa perkara-perkara yang diungkapkan Simon mempunyai asas dan bukti yang jelas bahawa itulah isu penting yang telah menggugat keharmonian dan keselesaan hidup rakyat di Sabah; sebagai hakikat yang harus diterima semua pihak kerana telah menjadi ‘Open Secret’.

Mengenai dakwaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Azman Haji Ruslan kononnya kenyataan Simon seolah-olah tidak menghormati keputusan pemimpin terdahulu dalam pembetukan Malaysia, memang amat tidak wajar dibangkitkan kerana Simon tidak menyebut ia menyesal keputusan pemimpin terdahulu untuk menyertai pembentukan Malaysia.

Maksud yang lebih relevan dalam tafsiran kenyataan Simon itu, seharusnya dipandang bahawa kelalaian dan kelekaan pemimpin-pemimpin pusat menyebabkan pelbagai isu tenat tidak ditangani dengan serius, sehingga menjadi perkara kebimbangan dan kemarahan di kalangan rakyat Sabah pada ketika ini; jika dibandingkan keadaan Sabah sebelumnya, adalah tenang dan lebih baik.

Azman seorang Peguam muda meskipun tidak sempat mengikuti senario pembentukan Malaysia tetapi adalah lebih baik Azman lebih banyak membaca berkenaan sejarah Sabah daripada menuding jari secara tidak bersopan kepada seorang yang bergelar ‘Datuk atau Aki’ yang arif berkenaan dengan hal ehwal Sabah sejak 1960-an lagi.

Konklusinya, kemungkinan strategi sebegini sengaja dilakukan oleh UMNO untuk menutup mulut, mata dan telinga segenap lapisan rakyat Sabah supaya tidak menegur kelemahan mereka daripada disedari rakyat. Apakah itu demokrasi namanya? Negara Malaysia yang kita cintai ini adalah hak rakyatnya untuk bersuara demi menentukan masa depannya.

Sekian, Salam Hormat,

GONOD SUNDA

14 comments:

  1. setiap orang ada penilaian sendiri. harap keadaan tidak menjadi lebih rumit.

    ReplyDelete
  2. Mungkin terpulang dengan Sipuan sendiri, jika dia merasa diri dia benar dan tidak bersalah maka tidak perlulah minta maaf begitu juga sebaliknya. Setiap orang ada pendapat masing-masing.

    ReplyDelete
  3. Sipaun yang merupakan orang tua yang berpegalaman di negeri ini memberikan sedikit cabaran kepada kerajaan untuk lebih berusaha membantu Sabah. Menyelesaikan masalah di Sabah dan bersatu membangunkannya. Jadi mungkin tindakkan Sipaun ini kadangkala ada betul dan salahnya.

    ReplyDelete
  4. masing boleh menilai sendiri kenyataan Sipaun kerana kita sendiri nampak perubahan yang dialami Sabah sejak merdeka.

    ReplyDelete
  5. I think Simon does not have to apologize as this is called freedome of speech.

    ReplyDelete
  6. Semoga sabah akan terus, dan terus membangun. Buktikan bahawa kerajaan sekarang dapat melakukannya.

    ReplyDelete
  7. I don't think it is necessary.

    ReplyDelete
  8. Let him talk la, its not like he can do anything.

    ReplyDelete
  9. Instead of pointing fingers, he could have just come up with a solution to solve those problem that sabah is facing.

    ReplyDelete
  10. kalau ramai pihak yang menyokong kenyataan Sipaun selain ahli2 politik, bermakna beliau tidak bersalah dan tidak perlu memohon maaf..

    ReplyDelete
  11. jika bukan disebabkan terjemahan kenyataan itu dilakukan oleh ahli2 politik atau mengikut pandangan ahli2 politik, rasanya kenyataan beliau ini tidak akan mengundang kontroversi seperti ini.

    ReplyDelete
  12. I don't think he has stuttered anyone.

    ReplyDelete
  13. setiap orang ada pengalaman, pengetahuan dan pendapat sendiri berhubung dengan sesuatu isu...sama ada beliau benar atau tidak bukannya isu..

    ReplyDelete
  14. rasanya apa yang dikatakan oleh sipaun itu disalah ertikan dan dipolitikkan secara terburu-buru..

    ReplyDelete