Monday, 5 September 2011

30 ORANG PENEROKA PILIH PENJARA?



Oleh : FAIZAL OKADAU

SUDAH jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib 30 orang peneroka tanah di Sukau, Kinabatangan yang bakal dihumban ke penjara kerana engkar perintah mahkamah untuk keluar dari tanah mereka; yang kini menjadi hak milik Syarikat Campo, kepunyaan Datuk Nasir Yeo yang juga pemilik syarikat susu SIP.

30 orang keluarga peneroka ini tewas dalam pembicaraan dalam mempertahankan hak mereka dan diarah keluar pada tahun 2008. Mereka tetap berkeras kerana ini adalah tanah yang mereka terokai, ditanam dengan sawit dan bergantung hidup pada hasil kebun tersebut untuk menyara keluarga mereka.

“Tanah seluas 480 ekar milik 30 peneroka ini, telah kami pohon dan usahakan sejak tahun 1989. Geran tanah milik syarikat Campo itu bertarikh tahun 2000. Ini jelas menunjukkan mereka lebih terkemudian daripada kami,” jelas Khatib Kosoi yang mewakili 30 orang peneroka Sukau mempertahankan hak mereka.

“Kami bertegas tidak mahu keluar dari tanah kami ini kerana kami sedar kami teraniaya. Kami berhadapan dengan penguasa dan mereka yang cukup segalanya untuk menang dalam perbicaraan,” tambah Khatib lagi.

Mereka ini diarahkan hadir ke mahkamah Tinggi Sandakan pada 12 September ini atas tuduhan menghina mahkamah kerana enggan keluar dari tanah tersebut.

No comments:

Post a Comment