Thursday, 8 September 2011

BERUBAHLAH WAHAI RAKYAT SABAH!


Oleh : FAIZAL OKADAU

RAKYAT bukanlah kuli penguasa dalam negara yang merdeka ini. Rakyat mempunyai hak dan tanggungjawab yang mesti disempurnakan oleh pemimpin dan rakyat. Masing-masing berperanan mengisi kemerdekaan dan berhak mendapat pembelaan dan maklumat yang benar daripada penguasa.

“Rakyat tidak harus terus diperbodohkan, diugut, dilemah dan diletakkan dalam kemiskinan. Kekayaan Sabah dengan hasil sawit dan balaknya, mesti dipulangkan kepada rakyat,” Ucap Anwar Ibrahim di majlis Aidilfitri di perkarangan Rumah Ketua Cabang PKR Kinabatangan, Mustapa Datu Tambuyong yang turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah dan Bekas Ketua Perhubungan PKR Sabah, Tamrin Jaini.

Mengulas isu tanah Sabah, Anwar melahirkan kekecewaan atas sikap penguasa yang menjadikan Sijil Anak Negeri sebagai alasan untuk menghalalkan tanah rakyat dirampas dan diserahkan kepada syarikat kroni.

“Orang kampung yang meneroka, tinggal zaman berzaman dan bergantung harap kepada hasil tanah, manalah tahu undang-undang dan mampu membiayai peguam untuk memastikan hak mereka. Itu tanggungjawab wakil rakyat untuk memastikan dan membela hak mereka. Wakil Rakyat mesti menjiwai denyut jantung rakyat,” jelas Anwar.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor khususnya, telah memberikan RM100 bagi anak yang baru lahir, masuk universiti RM1,000; meninggal dunia RM2,500; air percuma dan sebagainya demi memgembalikan hak rakyat.

“Tetapi Sabah bagi bagi air hujan percuma,” sindir Anwar disambut tepukan gemuruh lebih 500 tetamu yang hadir.

Anwar menyeru rakyat Sabah khususnya warga Kinabatangan untuk melakukan perubahan. Memastikan Pakatan Rakyat memimpin perubahan.

“Semua yang ada mesti berperanan, terang dan jelaskan beza pemerintahan Pakatan Rakyat dan BN. Buat diam-diam, apa yang diberi pemimpin BN, ambil, kerana itu hak rakyat. Apa kita nak malu dan takut kepada perompak tanah rakyat,” seru Anwar.

Kata Anwar, kita jangan jadi hamba penguasa dalam negara yang merdeka kerana kemiskinan harta kita tidak bererti kita miskin semangat untuk terus diperbodohkan; diugut dan bermacam-macam lagi penindasan. Ketuanan rakyat mesti dimartabatkan.

Anwar turut menyandarkan harapan kepada anak muda yang menjadi sebahagian besar tetamu dalam majlis tersebut untuk melakukan perubahan.

No comments:

Post a Comment