Tuesday, 6 September 2011

KIBAR BENDERA FILIPINA DI AMBANG MERDEKA?



Saudara Pengarang,

GAMBAR pertama bertarikh 25 Ogos 2011 saya ambil di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu yang menunjukkan bagaimana perangai pemandu bas mini dan ‘penghormatan’ yang diberikan kepada ‘Jalur Gemilang’ yang keadaannya comot dan koyak rabak.

Manakala gambar kedua saya ambil pada 26 Ogos 2011 di Jalan Tuaran- Simpang Jalan Pasir yang menunjukkan pula penghormatan pemandu bas mini kepada bendera Filipina, dengan niat melakukan provokasi di saat kita berada di ambang kemerdekaan. Nampaknya keadaan bendera mereka kelihatan bersih pula.

Kini timbul beberapa persoalan. Bagaimana kita boleh mengambil tindakan terhadap 'penghinaan' yang di berikan ke atas Jalur Gemilang serta sentimen kewarganegaraan? Siapakah sebenarnya pemandu bas mini ini? apakah kerakyatan mereka? Bagaimana mereka boleh mendapat lesen pengangkutan penumpang?

Saya semakin risau kerana merasakan Sabah bukan negeri kita lagi!

Salam Hormat,

TAPIRUS INDICA

(NOTA: MENGIKUT siasatan Sabahkini.net bendera tersebut ialah bendera Wilayah Persekutuan Labuan, tetapi sengaja memaparkan tulisan asal untuk menunjukkan kurangnya pengetahuan tentang bendera di Malaysia dan semangat nasionalisme yang fanatik, apatah lagi ada trauma berhubung masalah PATI di Sabah)

No comments:

Post a Comment