Saturday, 10 September 2011

LADANG KAMBING CEMAR ALAM SEKITAR



Saudara Pengarang,

SAYA memohon jasa baik minta pihak berkuasa memantau pencemaran bau busuk yang dihasilkan dari ladang kambing di Jalan Pasir Putih, Keningau. Ladang ini menghasilkan bau yang busuk, terutamanya pada musim hujan sehingga menjejaskan beberapa kawasan seperti Taman Jutaya, Kampung Taman Rakyat, Masjid Al-Taqwa, Taman Luagan sehingga Kampung Sondoton Baru. Mungkin ladang ini boleh dipindahkan di kawasan padang bandaran sebagai tarikan pelancong.

Salam Hormat,

HAERMAN R.

No comments:

Post a Comment