Saturday, 3 September 2011

LAPORAN WIKILEAKS HANYA SAIWAR


SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak menjelaskan bahawa laporan Wikileaks mengenai komen beliau berkaitan kegagalan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008, adalah tidak benar.

"Saya tidak pernah mengesahkan atau menyokong anggota parlimen pembangkang atau Pakatan Rakyat. Pada masa itu, setahu saya, pembangkang cuba sedaya upaya untuk menawan hati anggota Parlimen dari Sabah tetapi mereka gagal untuk menarik mereka.

"Apa yang berlaku lebih pada ‘perang psikologi’ (Saiwar) yang dilakukan oleh pembangkang untuk tidak menstabilkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Salleh, bekas ketua Menteri Sabah kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Wanita Umno Kota Belud di Kampung Siasai di Kota Belud.

Jumaat lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa kabel Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sekumpulan ahli politik dari Sabah dan Sarawak merancang untuk keluar daripada BN pada 16 September, 2008, berikutan kedua-dua negeri itu dipinggirkan.

Satu entri dalam kabel itu, yang disiarkan oleh Wikileaks, menyatakan bekas Ketua Menteri itu memberitahu pegawai kedutaan itu bahawa lebih separuh daripada jumlah 25 anggota parlimen Sabah bersedia untuk meninggalkan BN.

Kabel itu mendakwa bahawa pegawai kedutaan itu mendapati ‘tidak ada sokongan’ untuk kepimpinan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di kalangan ahli politik senior yang mengadakan beberapa siri pertemuan di negeri ini dari 18 hingga 20 Jun tahun itu. (BERNAMA)

WIKILEAKS REPORT JUST A PSY-WAR

Sabah State Legislative Assembly Speaker Datuk Seri Salleh Said Keruak today clarified that what was posted or reported by Wilileaks over his purported comment in respect of the failed Pakatan Rakyat takeover bid on September 16, 2008, was not true.

"I never confirmed or endorsed the purported defection of MPs to the opposition or Pakatan Rakyat. At that time, as far as I can recall, the opposition tried hard to win over MPs from Sabah but they failed to woo them.

"What had happened was more of a ‘psy war’ adopted by the opposition to destabilise the Barisan Nasional (BN) government," said Salleh, a former Chief Minister, to Bernama after attending Wanita UMNO Kota Belud's Open house in Kg Siasai,Kota Belud.

Yesterday, online portal Malaysiakini was quoted as reporting that a leaked US embassy cable had lent credence to Pakatan Rakyat leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's claim that a group of Sabah and Sarawak politicians had planned to defect from the BN on Sept 16, 2008, over the marginalization of the two states.

An entry in the cable, posted by Wikileaks, quotes former Sabah Chief Minister as telling US Embassy officials that potentially more than half of the 25 Sabah MPs were ready to abandon the BN.

The cable claimed further that embassy officials found ‘no expressions of support’ for Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's leadership among the senior Sabah politicians they met in a series of meetings in the state from June 18-20 that year. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment