Saturday, 17 September 2011

TAMPARULI BERBAU BUSUK DAN KOTOR



Saudara Pengarang,

SAYA berasa hairan kenapa ini Tandas Awam di Tamparuli yang terletak berdekatan dengan Gerai Makan di kawasan tamu tidak diperbaiki? Kali terakhir saya ke Pasar Gerai Tuaran Mee makan ialah sewaktu Hari Raya dan sehingga kini, sudah lebih dua minggu, tetapi masih lagi belum diperbaiki.

Kelmarin, saya sekali lagi singgah di Pasar Gerai Tuaran Mee untuk makan, namun sungguh mengecewakan kerana tandas berkenaan masih rosak. Dari makluman para peniaga tandas berkenaan telah lama terbengkalai.

Dengan bau busuk, kotor dan menjijikkan, telah menjengkelkan pelancong melawat daerah yang terkenal dengan Jambatan Tamparuli; sekaligus merendahkan nilai estetika dan norma Tamparuli sebagai daerah yang bertamaddun.

Tidak cukup dengan baru busuk dari tandas terbiar, Gerai Ikan juga berbau busuk dan kotor kerana titisan air ikan menitik di merata rata di jalan dan kawasan sekitarnya. Selepas habis jual ikan, siapa yang harus bersihkan jalan raya itu?

Siapakah yang bertanggungjawap dengan masalah ini? Pejabat Daerah atau Majlis Daerah Tamparuli atau Datuk Jahid Jahim sendiri yang mungkin tidak pernah turun padang untuk memantau kebersihan dan keceriaan Pekan Tamparuli?

Salam Hormat,

PENGGUNA TANDAS YANG TERKILAN

1 comment: