Saudara Pengarang.
SEBAGAI penduduk Labuan, kami ingin bertanya adakah Menteri Kerjaraya tahu betapa bahayanya projek melebarkan jalanraya dari Tamu hingga ke Kg Pohon Batu oleh Jabatan Kerja Raya Labuan yang kini sudah siap jika ada pemandu yang mabuk atau cuai?
Kami pun tidak tahu entah mana satu universiti yang menganugerahkan ijazah kepada Jurutera dan Pengarah JKR Labuan, yang bukan sahaja tidak tahu menjalankan tugas malah menjadikan jalanraya sebagai ‘Tanah Perkuburan’.
Kami mendesak agar Menteri Kerjaraya datang ke Labuan dan melihat sendiri jalan yang akan dilebarkan kerana pembahagi jalan itu amat kecil dan bila pemandu yang membawa kenderaan laju dan cuai akan melanggar kereta di sebelah jalan.
Jika pembahagi jalan itu dibina di tengah bandar tidak mengapa kerana semua kenderaan tidak boleh laju, tapi jalanraya yang sedang dilebarkan itu lurus dan di merentasi beberapa kampung sehingga berbahaya kepada semua penguna jalanraya di pulau ini.
Kami lihat bangunan JKR Labuan tersergam megah dan kakitangannya begitu ramai, tetapi semua projek besar atau kecil seperti tampal lubang jalaraya pun diserahkan kepada syarikat swasta, seolah-olah kerajaan tidak mampu membeli jentera berat.
Kami tahu JKR ada Pengarah, Timbalan Pengarah, Jurutera, Juruteknik, Pegawai Tadbir, Akauntan, Penyelia kerja, Pekerja am, Pemandu dan sebagainya; tetapi hampir kesemuanya makan gaji buta kerana berada di dalam pejabat, ‘relaks dan borak’ (R&B) sementara menunggu jam 4.30 petang untuk belajar bermain golf di hadapan Ibu Pejabat JKR Labuan.
Jika sebelum ini, semua kerja membaiki jalan atau projek naik taraf dilaksanakan oleh pekerja JKR sendiri, kini setelah semua kerja tampal lubang dan projek kecil diserahkan kepada syarikat swasta; maka tiba masanya JKR Labuan ‘Tutup Pejabat’.
Kami mohon agar Menteri Kerjaraya bersama Menteri Wilayah meluangkan sedikit masa untuk melawat Labuan secara tidak rasmi (rahsia) dan menyewa sebuah kereta dan pandu sendiri untuk ‘Go Round Labuan’; bermula dari pekan ke Kg.Kerupang, Jalan Sungai Benua sampai ke Bukit Timbalai, Jalan di Kelas Pemandu Belakang Hup Huat Mini Mark dan Jalan Sungai Keling kerana kesemua jalanraya tersebut terlalu berombak seperti menaiki perahu dari Labuan ke Sipitang.
Kontraktor yang membaiki kerosakan jalan di Labuan pun asyik R&B juga kerana hanya menggunakan sebuah lori tiga tan dan berapa warga Indonesia @ OM untuk menampal lubang, seolah-olah kerajaan tidak ada wang untuk mendapatkan kontraktor yang mahir untuk membuat kerja sekaligus.
Adakah Menteri Kerjaraya turun padang atau mereka pun sama juga duduk R&B di dalam bilik berhawa dingin bersenda gurau dengan setiausaha dan pegawai; hanya menunggu semboyan pilihanraya ditiupkan Perdana Menteri baru bahu melawat rakyat jelata yang menderita?
Kami tahu warga Labuan sudah matang untuk menilai sendiri parti atau calon mana yang akan dipilih pada PRU 13 akan datang kerana bukan sahaja Ahli Parlimennya ‘Mahal’, malah semuapun ‘Mahal’ untuk ditadbir urus setelah UMNO membawa budaya rasuah ke Labuan; sekaligus menggalakan jenayah judi haram, pelacuran, Ah Long sehingga kami malu kerana pelancong menggelar Labuan sebagai ‘Land of Vagina’.
Salam Hormat.
RICHARD BALA & CO.
No comments:
Post a Comment