Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
YANG Dipertua Dewan Rakyat,
Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata ahli dewan yang tidak mengangkat sumpah
dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa
alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen.
"Mengikut perlembagaan,
artikel 59 (1) kalau Ahli Yang Berhormat yang tidak mengangkat sumpah dalam
tempoh enam bulan selepas persidangan pertama selepas pilihan raya, maka dia
akan disqualified (sebagai ahli parlimen)," katanya.
Beliau mengulas rancangan
yang disuarakan oleh NGO tertentu agar wakil Pakatan Rakyat memulaukan majlis
angkat sumpah sebagai ahli parlimen.
Pada 7 Jun, Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor mempertimbangkan untuk memulaukan sesi
pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.
Bagaimanapun, pada hari yang
sama Penasihat DAP Lim Kit Siang dilapor menegaskan tidak akan memulaukan
upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan
raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya.
Tiga hari kemudian,
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu membuat pendirian yang
sama dengan menolak gesaan memulaukan sidang Parlimen sambil menegaskan MP PAS
akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa.
Mengulas lanjut, Pandikar
berkata anggota dewan masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain selepas
majlis berkenaan, dengan alasan tertentu.
"Ya, boleh mengangkat
sumpah tetapi bagi mereka yang mempunyai alasan tidak boleh mengangkat sumpah
pada hari pertama.
"Kalau sengaja dengan
alasan memboikot tidak mahu mengangkat sumpah dalam temph enam bulan, maka
gugur kelayakan, menurut perlembagaan. Itu tafsiran saya," katanya.
Pandikar berkata sekiranya
ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak mengangkat sumpah, ia juga disifatkan
sebagai 'penghinaan' terhadap sistem di negara ini.
"Oleh kerana takut
dilucut selepas enam bulan dan dia failkan ada hari alternatif untuk angkat
sumpah, kenapa buat begitu. Kenapa?
"Kalau mereka mahu buat
begitu, barangkali saya sebagai speaker, saya juga mungkin boleh boikot waktu
mereka mengangkat sumpah pada hari berlainan.
"Kalau (MP) boleh
boikot sistem demokrasi, saya juga sebagai speaker barangkali mungkin saya
membuat pendirian saya akan boikot, pada hari mereka mengangkat sumpah.
"Jadi timbalan-timbalan
saya juga akan boikot. Tidakkah begitu jadinya?," katanya dengan nada
berseloroh sambil menambah tindakan tersebut dilihat sebagai satu penghinaan
terhadap parlimen dan Yang Dipertuan Agong.
Ahli-ahli Parlimen yang gagal mengangkat sumpah pada 24 Jun ini atas sebab memboikot tidak akan dibenarkan duduk di dalam Dewan Rakyat mengikuti pembukaan rasmi sidang Parlimen bagi penggal ke-13 yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada keesokannya.
ReplyDeleteBukan itu sahaja, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, mereka juga tidak akan dibenarkan terlibat dalam sesi perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat, 26 Jun.
ReplyDeleteBeliau berkata, keadaan itu terus berlarutan selagi mereka tidak mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan sekiranya dalam tempoh enam bulan masih gagal berbuat demikian, maka terlucutlah kelayakan sebagai wakil rakyat.
ReplyDeleteApa yang beliau katakan ini adalah berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 59(2) dan peraturan mesyuarat. Harus diingat mana-mana Ahli Parlimen yang mahu memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun ini perlu tahu kesan yang bakal mereka hadapi.
ReplyDeleteSesungguhnya kesan terhadap mereka yang mahu memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun ini amat besar. Mereka tidak boleh hadir majlis pembukaan. Mereka tidak boleh hadir pada sesi perbahasan titah ucapan dan jika gagal angkat sumpah dalam tempoh enam bulan, kelayakan sebagai Ahli Parlimen akan terlucut.
ReplyDeletePenasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen kerana mendakwa wujud penipuan dalam PRU-13 lalu.
ReplyDeletePandikar Amin berkata, sebagai Ahli Parlimen yang belum mengangkat sumpah, hanya satu sahaja hak yang mereka ada iaitu memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat sekiranya berlaku pemilihan.
ReplyDeleteBeliau berkata, peruntukan itu ada disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 59 (1), namun lain-lain prosiding di dalam Parlimen tidak dibenarkan sama sekali kerana kegagalan Ahli-ahli Parlimen terbabit mengangkat sumpah.
ReplyDeleteMenjawab satu soalan, beliau berkata, tidak dinafikan di dalam Peraturan Mesyuarat 14 (1) ada peruntukan yang membolehkan Ahli-ahli Parlimen baharu mengangkat sumpah.
ReplyDeleteSekiranya mereka ini cuba menggunakan peraturan tersebut atas nama demokrasi, memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen pada 24 Jun, saya ingin bertanya adakah demokrasi hanya terpakai kepada orang atau kumpulan tertentu sahaja?
ReplyDeleteAdakah beliau sebagai Yang Dipertua dan Timbalan-timbalan Yang Dipertua tidak ada hak untuk menggunakan hak demokrasi? Mengapa mereka boleh memboikot tetapi saya tidak dibenarkan memboikot mana-mana Ahli Parlimen terbabit untuk mengangkat sumpah?.
ReplyDeletePandikar Amin berkata, beliau dan timbalan-timbalannya juga ada hak untuk memboikot mana-mana Ahli Parlimen yang melakukan perkara tersebut daripada mengangkat sumpah pada hari yang mereka pilih.
ReplyDeleteBeliau perlu bertegas kerana tidak mahu Parlimen dipersenda dan dihina dengan sebegini rupa. Rancangan mereka untuk memboikot majlis angkat sumpah pada 24 Jun ini sebenarnya menghina institusi Parlimen.
ReplyDeleteWalau bagaimanapun beliau berkata, pengecualian diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai masalah kesihatan atau alasan-alasan munasabah dan bukannya atas sebab boikot.
ReplyDeletePensyarah Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani menyifatkan tindakan pembangkang yang memboikot taklimat tersebut sebagai tidak komited dengan amanah rakyat.
ReplyDeleteBeliau berkata tindakan itu menunjukan wakil rakyat pembangkang tidak bersedia untuk menjadi ahli parlimen.
ReplyDeleteSehubungan dengan itu Mohd Azizuddin mengingatkan agar pemimpin pembangkang mengambil serius amanah rakyat yang dipikulkan kepada mereka dan sewajarnya tidak mengabaikan taklimat Dewan Rakyat yang berlangsung
"Jadi mereka pun menang 89 kerusi, jadi kalau mereka hendak boikot atas dasar tidak puas hati dengan pilihan raya, jadi maknanya mereka tidak bersedia untuk menjadi ahli parlimen, jadi bagaimana amanah rakyat yang telah memilih mereka menjadi wakil rakyat?," katanya.
ReplyDeleteUntuk rekod, pembangkang sebelum ini menegaskan mereka mahu memboikot sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.
ReplyDeleteAntaranya, mereka mendesak supaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana didakwa bersekongkol dalam penipuan PRU13.
Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, kehadiran hari pertama pada sesi Parlimen adalah penting kerana mengikut peraturan mesyuarat, akan diadakan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
ReplyDeleteMalah beliau menyifatkan ahli parlimen yang tidak hadir pada hari pertama tanpa sebab munasabah dianggap sebagai penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat serta negara ini.
BERANIKAH PAKATAN MEMBATALKAN KEMENANGAN MEREKA DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA MENANG?
ReplyDeleteGegak gempita seluruh penyokong Pakatan Rakyat apabila Anwar Ibrahim dengan penuh bangganya mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan memboikot sebarang upacara di Dewan Rakyat, kecuali pada hari pertama sebagai menghormati DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Alasannya, Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang menurut mereka telah dimanipulasi semata-mata untuk memberikan kemenangan kepada UMNO dan Barisan Nasional.
BERANIKAH PAKATAN MEMBATALKAN KEMENANGAN MEREKA DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA MENANG?
ReplyDeleteAntara yang paling lantang menjilat kata-kata Anwar Ibrahim dan diberikan tanggungjawab untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim adalah benar dan Pakatan Rakyat menang besar adalah Rafizi Ramli. Rafizi Ramli telah mempopularkan UNDI POPULAR yang kemudiannya digunakan secara meluas oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk menyatakan, hak menubuhkan Kerajaan Persekutuan sepatutnya diserahkan kepada Pakatan Rakyat memandangkan mereka lebih popular daripada UMNO-BN.
BERANIKAH PAKATAN MEMBATALKAN KEMENANGAN MEREKA DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA MENANG?
ReplyDeletePakatan Rakyat secara keseluruhannya mendapat 52% UNDI POPULAR manakala Barisan Nasional pula hanya mendapat 48%. Undi Popular Pakatan Rakyat banyak disumbangkan daripada kerusi-kerusi bandaran yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP, manakala Barisan Nasional pula membolot undi-undi popular di kawasan luar bandar yang dimenangi oleh UMNO dan parti-parti berteraskan Bumiputera.
BERANIKAH PAKATAN MEMBATALKAN KEMENANGAN MEREKA DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA MENANG?
ReplyDeleteJumlah pengundi menjadi perkiraan wajib dalam menentukan undi popular. Dan oleh kerana DAP menang besar di kawasan-kawasan bermajoritikan pengundi Cina, 52% undi popular itu menjadi milik mereka. Bagaimanapun, kalau diambil kira daripada hak penubuhan Kerajaan Persekutuan, Barisan Nasional lebih berhak memandangkan penguasaan 133 kerusi Parlimen, jauh lebih mencukupi untuk tujuan berkenaan.
BERANIKAH PAKATAN MEMBATALKAN KEMENANGAN MEREKA DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA MENANG?
ReplyDeletePelbagai taktik telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan DAP. Mereka berhimpun dan cuba berarak di jalanraya bagi mencetuskan rusuhan, tetapi keberanian mereka tidak setara mana memandangkan PAS tidak menyertai perhimpunan berkenaan.
BERANIKAH PAKATAN MEMBATALKAN KEMENANGAN MEREKA DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA MENANG?
ReplyDeleteHanya ahli-ahli PAS yang mampu mencetuskan rusuhan di jalan-jalanraya sebagaimana yang dibuktikan sebelum ini. Manakala penyokong-penyokong PKR dan DAP pula sekadar menjadi anjing yang kuat menyalak tetapi tidak memiliki kekuatan dan keberanian untuk merealisasikan apa yang mereka laung-laungkan.
BERANIKAH PAKATAN MEMBATALKAN KEMENANGAN MEREKA DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA MENANG?
ReplyDeleteKetiadaan bukti dan fakta bagi menyokong segala tuduhan yang dilemparkan, membuatkan kepala penipu, Anwar Ibrahim terpaksa memikirkan jalan lain bagi mengalihkan perhatian. BOIKOT Sidang Dewan Rakyat adalah salah satu daripada kaedah terbaik untuk mengalihkan perbincangan tentang penipuan yang telah dikantoikan!
BERANIKAH PAKATAN MEMBATALKAN KEMENANGAN MEREKA DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA MENANG?
ReplyDeleteSesuatu yang amat menarik ialah, daripada pemboikotan yang dilakukan, adalah lebih baik sekiranya PKR membuktikan bahawa mereka bercakap benar dengan meminta Parlimen dan DUN setiap negeri membubarkan semua kemenangan yang telah kecapi. Adakan kembali pilihanraya di kesemua kerusi Parlimen dan DUN yang telah dimenangi oleh PKR serta DAP.
BERANIKAH PAKATAN MEMBATALKAN KEMENANGAN MEREKA DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA MENANG?
ReplyDeletePetisyen untuk kerusi-kerusi yang PKR dan DAP kalah semata-mata, hanya menunjukkan bahawa PKR dan DAP amat terdesak untuk menjadi Kerajaan Persekutuan dan mereka perlu bergantung harap kepada keputusan mahkamah di mana kebanyakan keputusan mahkamah seringkali berpihak kepada mereka kerana faktor HAKIM dan MAJISTRETnya! Beranikah Rafizi Ramli mengutarakan cadangan tersebut? Mahukan PKR dan DAP melaksanakan perkara berkenaan?
BERANIKAH PAKATAN MEMBATALKAN KEMENANGAN MEREKA DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA MENANG?
ReplyDeleteKalau setakat boikot taklimat Ahli Parlimen dan kemudian boikot sidang Dewan Rakyat, ianya bukanlah perkara besar pun. Selama ini pun, memang pemboikotan dijalankan sama ada secara berterus-terang mahupun secara terselindung. Berjalan keluar dari sidang Dewan Rakyat, tidak membawa agenda masyarakat dan rakyat yang diwakili, mahupun tidak hadir persidangan, sudah menjadi perkara biasa. Kerja-kerja politik yang berterusan di dalam sidang Dewan Rakyat juga boleh dianggap sebagai satu pemboikotan.
BERANIKAH PAKATAN MEMBATALKAN KEMENANGAN MEREKA DI SEMUA KERUSI YANG MEREKA MENANG?
ReplyDeleteJusteru, adalah lebih baik sekiranya, pemboikotan tersebut disusuli dengan desakan agar kemenangan mereka dibatalkan dan pilihanraya diadakan sekali lagi. Dan kalau itulah yang dilakukan, maka sewajarnya selepas itu, UMNO dan Barisan Nasional pula melakukan perkara yang sama.
Beranikah?
SETELAH gagal buat sekian kalinya untuk menumbangkan BN, Anwar tahu dia
ReplyDeletesedang tidak berapa dipedulikan. Maka itulah dia mencari jalan bagaimana
untuk mendapatkan publisiti percuma melalui media-media arus perdana.
Antara lain, merekayaksakan kebarangkalian bahawa pembangkang (termasuk
ReplyDeletedia sendiri) akan memboikot sidang parlimen yang akan bermula 24 Jun
depan.
Anwar dah frust tak dapat jadi Perdana
ReplyDeleteMenteri, takkan dia nak lepas jawatan Ketua Pembangkang (bertaraf
Menteri) di Parlimen pulak dengan memboikot sidang parlimen?
Banyak kemudahan jadi Ketua Pembangkang.
ReplyDeleteSoal parti Anwar ada kerusi yang jauh lebih kurang dari DAP, itu soal
lain, yang penting faedah lain yang datang dengan jawatan tersebut.
Nak ke Anwar bila dah elok-elok jadi somebody, langsung jadi nobody.
ReplyDeleteAnwar macam kita semua tahu, gilakan kemahsyuran dan populariti
sehingga dia memandai-mandai campurkan undi ketiga-tiga parti
pembangkang dan mendakwa dia menang undi popular. Jadi amatlah tidak
masuk akal sekali kalau Anwar boikot sidang parlimen 24 Jun nanti.
Kita tahu dia akan hadir sebab PAS dan DAP sudah umum akan hadir, hanya
ReplyDeletePKR sahaja yang masing cuba main wayang, wayang yang boleh dibaca
penyudahnya macam mana.
Kita perlu mengelak dari mempopularkan Anwar dengan menggunakan media
ReplyDeletearus perdana sebab perkara tersebut telah dikenalpasti sebaai punca
utama ykepada meningkatnya kerusi pembangkang dalam PRU13 yang lepas.