Wednesday, 12 June 2013

DUNIA BELUM KEHABISAN BAHANAPI







IRING.....Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diringi Pengerusi Petronas, Tan Sri Sidek Hassan (kiri) dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas ketika menghadiri persidangan 'Asia Oil and Gas'.

KUALA LUMPUR : Dunia belum kehabisan minyak dan gas walaupun telah berpuluh tahun aktiviti penggerudian dan pengeluaran minyak dijalankan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Jika peserta industri melihat luar Asia dalam skala global, bekalan masih banyak untuk dikeluarkan, dan dunia masih membuat pencarian konvensional, katanya dalam ucapan keadaan industri di Persidangan Minyak dan Gas Asia ke-17 di sini kelmarin.

“Berikutan penemuan baharu, perkembangan teknologi dan pengalaman operasi, secara teknikalnya, sumber yang boleh diperoleh dianggarkan mencukupi untuk selama dua abad pada penggunaan semasa,” katanya.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, rizab dunia telah meningkat sejak 1990 di sebalik pertumbuhan pada penggunaan, dan setakat 2011, anggaran adalah kira-kira 1.5 trilion tong dengan 5.9 trilion tong lagi sumber boleh diperoleh yang masih belum ditemui, tambah beliau.

Shamsul Azhar berkata Iraq mempunyai rizab minyak terbukti kelima terbesar dunia pada 143 bilion tong.

Bagaimanapun, memandangkan tenaga adalah penyumbang utama kemakmuran ekonomi, pergantungan ke atas tenaga jangka pendek meningkatkan risiko gangguan bekalan dan pergolakan harga, kata beliau.

Katanya, pelbagai pelaburan huluan di blok penggerudian dan pembinaan jaringan paip baharu dan terminal regasifikasi menunjukkan strategi keselamatan tenaga.

“Serupa juga dengan Petronas, kami memulakan pencarian dan strategi pengeluaran agresif, mencuba pelbagai cara baharu, perairan yang lebih dalam dan lapangan yang lebih kompleks,” katanya sambil menambah untuk memastikan keselamatan tenaga, peserta industri perlu diberikan kebebasan untuk menentukan keberuntungan komersil pasaran sendiri.

“Dengan itu, peserta industri mempunyai fleksibiliti untuk menguruskan risiko mereka sendiri, berusaha untuk memberikan bekalan dan memenuhi permintaan pada harga yang ditentukan pasaran,” kata Shamsul Azhar.

Beliau juga menyeru semua syarikat minyak, penyedia perkhidmatan dan pembuat dasar bekerjasama untuk mencipta penyelesaian yang menggalakkan penggunaan teknologi dan menarik kecemerlangan operasi.

“Industri kita harus berterusan mencari wadah untuk beroperasi dengan bertanggungjawab dan mesra alam,” katanya.

11 comments:

  1. Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memperkenal versi baharu logo korporatnya, iaitu suatu langkah yang merupakan sebahagian daripada rancangan seluruh kumpulan untuk memperkukuhkan lagi potensi tampak ikon korporatnya.

    Logo korporat baharu itu, yang diperkenalkan pada Persidangan Minyak dan Gas Asia ke 17 2013, menyaksikan "wajah dan suasana" baharu dirangkumkan ke dalam logo 'titisan minyak' asal Petronas untuk mencerminkan ekspresi tampak kedudukan dan konsep baharu Petronas Group.

    ReplyDelete
  2. Petronas berkata selain menjadikan logo korporat itu lebih kontemporari, ia juga dibina berasaskan ekuiti dan warisan jenama Petronas sedia ada.

    "Pada dasarnya, logo baharu ini melambangkan pertumbuhan dan perkembangan jenama Petronas. Struktur asas terdiri daripada ciri titisan minyak dan simbol 'P' yang mencerminkan perniagaan terasnya dalam minyak dan gas, dan dinamisme syarikat itu.

    ReplyDelete
  3. "Di tengah-tengah titisan minyak itu ialah bulatan padu yang melambangkan kitaran lengkap atau rantaian nilai industri minyak dan gas," katanya.

    Sementara itu, warna hijau zamrud Petronas yang dikenali umum, melambangkan laut dan bumi, tempat asal minyak dan gas.

    ReplyDelete
  4. Logo baharu itu yang merupakan logo generasi ketiga Petronas menyaksikan keluk yang lebih lembut ditambah kepada titisan minyak yang menggambarkan aliran berterusan yang melambangkan usaha Petronas untuk mencapai kemajuan dan semangatnya dalam menghadapi cabaran memenuhi permintaan dan harapan pemilik kepentingannya.

    Logo asal Petronas dilancarkan pada 1974 ketika syarikat minyak nasional itu mula-mula ditubuhkan.

    ReplyDelete
  5. Persatuan Kontraktor Minyak dan Gas Sabah (SOGCA) dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) hari ini melancarkan satu program khas untuk meningkatkan lagi industri minyak dan gas Sabah.

    Presiden SOGCA Datuk Iskandar Malik berkata, menerusi Program Pembangunan Minyak dan Gas 1Malaysia, kedua-dua pihak berharap dapat menarik penyertaan yang lebih baik dalam pembangunan industri minyak dan gas negeri.

    ReplyDelete
  6. "Walaupun industri minyak dan gas tidak termasuk dalam manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13, kami percaya yang BN Sabah akan memasukkannya ke dalam manifesto mereka," kata beliau.

    ReplyDelete
  7. Iskandar berkata keperluan untuk mengetengahkan isu-isu yang dihadapi oleh ahli-ahli SOGCA di dalam negeri serta peserta industri minyak dan gas yang lain, telah menggerakkan persatuan untuk bekerja seiring dengan MTEM untuk melancarkan program itu.

    ReplyDelete
  8. "Kami begitu terharu dengan sokongan dan sumbangan berterusan kerajaan kepada industri minyak dan gas, terutama para pesertanya.

    "Tetapi, kami percaya, terdapatnya isu-isu yang perlu diambil kira bagi memastikan industri terus mendapat manfaat dan berkembang ke peringkat yang lebih tinggi untuk memberi manfaat kepada peserta Sabah.

    "Hari ini, Malaysia sedang bergerak ke arah menjadi negara maju, dan kita mempunyai kepakaran sendiri untuk mengendalikan industri berkembang pesat di dalam negara," tambah beliau.

    ReplyDelete
  9. Rizab minyak Sabah yang dianggarkan oleh Petronas ialah 2.3 bilion tong dan berdasarkan kepada kadar pengeluaran semasa, ia dijangka boleh kehabisan dalam tempoh 43 tahun.Rizab gas berjumlah kira-kira 12.1 trilion kaki padu yang boleh bertahan untuk tempoh 30 tahun.

    ReplyDelete
  10. Sementara itu, SOGCA menyarankan kerajaan untuk menimbangkan pelantikan sekurang-kurangnya tiga pengarah dari Sabah ke lembaga Petronas.

    Menurut Iskandar, SOGCA juga mahu kerajaan mempertimbangkan warga Sabah sebagai antara empat naib presiden eksekutif syarikat minyak negara.

    ReplyDelete
  11. masih ada byk lagi sumber bahan api belum diterokai.. bekalan masih lagi byk, bekalan minyak di negara kita jg masih lagi byk.. kita tak perlu mengenai bekalannya.

    ReplyDelete