Sunday, 9 June 2013

DAP KETUA PEMBANGKANG SABAH?







Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

GOD of the Gambler, Datuk Lajim Haji Ukin mungkin terpaksa berputih mata sekali lagi kerana terdengar desas desus Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong akan mengumumkan sendiri siapa Ketua 'Menteri' Pembangkang di DUN Sabah setelah terdapat pertelingkahan di kalangan PKR dan sekutunya APS dan PPPS.

Lajim yang kini berada di luar negara kecewa dengan berita berkenaan setelah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan beliau akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pembangkang di Sabah sekalipun 'Parti'nya PPPS yang menyewa lambang PKR hanya memenangi satu kerusi; setaraf dengan APS pimpinan Bumburing.

Dengan kedudukan PKR yang mempunyai kerusi terbanyak di Sabah iaitu tujuh kerusi (termasuk yang dipinjam Lajim dan Bumburing) dan diikuti rapat oleh DAP dengan empat kerusi; dan STAR hanya mendapat satu kerusi tunggal; maka kelebihan ada pada PKR untuk menamakan calon Ketua 'Menteri' Pembangkang.

Memandangkan STAR tidak menyertai Pakatan Rakyat, maka Ketuanya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya untuk tidak merebut jawatan tersebut.

"Kasi sama Lajimlah," kata Dr Jeffrey yang ingin menumpukan usaha membangunkan kembali Bingkor yang pernah diwakilinya ketika dalam PBS.

Jika DAP diberi peluang menamakan calon, sudah pasti calon paling senior ialah Hiew King Chiew; tetapi hubungannya dengan Jimmy Wong tidak begitu baik, maka kemungkinan besar  ADUN Kepayan, Dr Edwin @ Jack Bosi yang akan dilantik; apatah lagi ADUN Likas, Junz Wong Hong Jun serta ADUN Sri Tanjung,  Chan Foong Hin masih terlalu muda.

Dalam keadaan DAP merancang untuk menambah kerusi pada PRU-14 di Sabah, tidak mungkin mereka membenarkan ADUN Api-Api, Christina Liew Chin Jin memegang teraju arah sokongan masyarakat Cina di bansar menjadi Ketua Mentari Pembangkang. Begitu juga dengan ADUN Inanam, Dr Roland Chia Ming Shen yang sudah pasti akan mengubah haluan sokongan masyarakat Cina kepada PKR.

Sebelum ini Paparazzi meramalkan Jelani akan dilantik sebagai Ketua Menteri Pembangkang, namun penentangannya terhadap perlantikan Lajim membuatkan Anwar terpaksa menerima cadangan Jimmy Wong bagi memastikan Pakatan Rakyat bertambah kukuh di DUN Sabah.

Untuk Rekod, PKR diwakili Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan (MATUNGGONG); Ukoh @ Jeremmy Bin Malajad @ Malazad (KADAMAIAN); Roland Chia Ming Shen (INANAM);  Christina Liew Chin Jin (API-API); Terrence Siambun (MOYOG); Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred (TAMPARULI-APS) dan Lajim Bin Hj Ukin (KLIAS-PPPS).

Manakala DAP pula diwakili oleh Junz Wong Hong Jun (LIKAS); Hiew King Cheu (LUYANG); Dr Edwin @ Jack Bosi (KAPAYAN) dan CHAN FOONG HIN (SRI TANJONG)

37 comments:

  1. Setiausaha Lajim menyatakan bahawa Lajim Ukin hanya diperdaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  2. Kerana kegagalan Lajim ukin untuk membawa beberapa ADUN UMNO seperti Bung Mokhtar , Datuk Osu Sukam , Datuk Hajiji , Datuk Karim Bujang dan Datuk Datu Amir Kahar untuk bersama-sama Anwar Ibrahim di dalam PAKATANRAKYAT.

    ReplyDelete
  3. Anwar Ibrahim yang menjanjikan jutaan ringgit kepada Datuk Lajim Ukin , yang kononya akan memberikan wang tersebut kepada Lajim Ukin agar dapat membeli ke-empat-empat orang ADUN tersebut hanya lah janji manis yang Anwar taburkan kepada Lajim.

    ReplyDelete
  4. Secara jelas dan nyatanya bahawa , "THE MASTER OF CORRUPTION " adalah berpunca daripada Anwar Ibrahim sendiri. Selama hari ini , isu yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim hanyalah Korupsi Parti UMNO dengan memakan duit rakyat.

    ReplyDelete
  5. Sedangkan apa yang berlaku pada tahun Anwar diangkat oleh Tun Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri , siapa pula yang KORUPSI untuk menjatuhkan Arwah Tun Ghafar Baba? ANWAR IBRAHIM TOLONG JAWAB !!!

    ReplyDelete
  6. Jangan bagi jawapan kerana itu semua ikut telunjuk Tun Mahathir , jangan bagi perkiraan palsu dengan menyatakan Tun Mahathir yang suruh , itu semua alasan yang dah basi.

    ReplyDelete
  7. ‘Orang kuat’ pembangkang di Sabah termasuk bekas Ahli Parlimen, Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wlfred Bumburing masing-masing tewas dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen dimenangi mereka atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 2008.

    ReplyDelete
  8. Lajim yang bertanding atas tiket PKR selepas meninggalkan BN tahun lalu tewas kepada Ketua Wanita UMNO Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun, manakala Bumburing yang turut menggunakan lambang PKR kalah kepada calon BN yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau.

    ReplyDelete
  9. Bagaimanapun, Lajim merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang sebelum ini disandang Azizah apabila menewaskan calon muka baru BN, Isnin Aliasnih hanya dengan kelebihan 179 undi.

    ReplyDelete
  10. Sementara itu, bekas Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee turut gagal dalam usahanya memenangi kerusi DUN Likas apabila tewas teruk dengan hanya memperoleh 1,487 undi.

    ReplyDelete
  11. Jika mahu mengharapkan kepada pentadbiran mereka ternyata tidak apa yang boleh dijadikan sebagai bukti kerana di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor mereka berdepan dengan pelbagai isu bersama rakyat.

    ReplyDelete
  12. Jika melihat kepada kedudukan Pas hari ini maka perpecahan terang-terangan berlaku lantaran perbezaan pendapat dikalangan golongan ulama dan kepimpinannya sementara PKR lebih diselimuti dengan masalah moral pemimpinnya selain DAP yang sekarang kacau-bilau dan dikecam hebat kerana pemilihan Jawatan Kuasa Pusat (CEC) dikatakan tidak telus

    ReplyDelete
  13. Justeru semakin dekat dengan hari melakukan petisyen pembangkang seperti tidak ada cara lain lagi hingga terpaksa mencipta fitnah dan melambakkan pembohongan besar bagi mengelirukan rakyat agar menolak Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  14. Dr. Wan Norashikin Wan Nordin menganggap bahawa pakatan dalam parti-parti pembangkang tidak matang sebagaimana kesepakatan mereka yang baru mencapai usia lima tahun.

    ReplyDelete
  15. Mereka ini tidak ada kekuatan untuk dijadikan taruhan dalam PRU apatah lagi dalam berdepan dengan BN yang sememangnya mempunyai rekod pentadbiran cemerlang kepada negara dan di peringkat antarabangsa sendiri, katanya.

    ReplyDelete
  16. Tambahnya, pelbagai keburukan dan kesilapan yang berlaku dalam DAP, PKR dan Pas yang membentuk satu pakatan tidak dapat disangkal oleh mereka lantas mereka akan membuat tuduhan dan mewujudkan isu lain untuk mengalihkan perhatian khalayak kepada mereka.

    ReplyDelete
  17. Misalnya, kita boleh lihat bagaimana nilai kepimpinan dalam pentadbiran pakatan pembangkang sendiri yang tidak bersih malah pemilihan jawatankuasa pusat DAP sendiri pun tercemar tetapi mereka sepakat pula menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih,” katanya.

    ReplyDelete
  18. Misalnya, kita boleh lihat bagaimana nilai kepimpinan dalam pentadbiran pakatan pembangkang sendiri yang tidak bersih malah pemilihan jawatankuasa pusat DAP sendiri pun tercemar tetapi mereka sepakat pula menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersih,” katanya.

    ReplyDelete
  19. Terbaru, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menempelak pemasangan banner bermotif fitnah dan memburuk-burukkan BN di mata penganut agama Kristian di Malaysia yang pastinya memecahbelahkan perpaduan dan mengganggu-gugat keharmonian antara agama yang selama ini terpelihara dengan baik oleh BN.

    ReplyDelete
  20. Mereka ini akan mencari bermacam-macam helah untuk meraih sokongan dan mengelirukan pemikiran rakyat. Perkara memburukkan pihak lain sudah menjadi kebiasaan bagi mereka sehinggakan dalam kempen PRU ini pun mereka bersikap sedemikian.

    ReplyDelete
  21. Sebelum ini pun mereka dah cuba meniupkan api perkauman dengan pelbagai cara termasuklah kononnya 300,000 orang India tidak mempunyai kad pengenalanan dan sijil kelahiran yang sah sedangkan ia adalah pembohongan.

    ReplyDelete
  22. Pembangkang pandai berjanji tapi untuk menunaikannya tidak dilaksanakan, dan cara mereka bagi mendapatkan populariti adalah dengan melakukan tuduhan dan fitnah yang mana ia dianggap lebih berkesan jika dibandingkan memberi penerangan kerana mereka tidak mempunyai keupayaan menunaikan impian rakyat.

    ReplyDelete
  23. Orang dah tahu pembohongan mereka dan mereka tidak dipercayai lantaran permainan politik yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  24. Sememangnya dari segi angka DAP hanya sesuai bertanding kira-kira satu perempat kerusi parlimen

    ReplyDelete
  25. Namun perlu di ingat bahawa DAP bersama dengan gabungan komponen parti-parti yang bukan Barisan Nasional termasuk di Sabah dan Sarawak dilihat tidak mustahil untuk memenangi jumlah kerusi parlimen yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

    ReplyDelete
  26. Walaupun seperti yang disebut oleh Presiden PAS, DAP akan bertanding 50 kerusi sementara PAS dan PKR mungkin masing-masing bertanding dalam lingkungan 80 kerusi setiap satu parti

    ReplyDelete
  27. Ini sama sekali tidak bererti bahawa bilangan kerusi yang banyak akan mencerminkan kemenangan yang besar.

    ReplyDelete
  28. Para pemerhati politik lebih cenderung menganggarkan bahawa antara parti yang di jangka mencatat kemengangan besar ialah DAP.

    ReplyDelete
  29. Kalau DAP boleh memenangi 90% daripada kerusi yang ditandingi dan PAS serta PKR dijangka memenangi jauh di bawah paras 50%, sudah tentu DAP akan terus menjadi parti peneraju dalam gagasan Pakatan Rakyat

    ReplyDelete
  30. Daripada apa yang berlaku sekarang contoh seperti di Selangor, DAP menduduki tempat kedua dari segi bilangan kerusi.

    ReplyDelete
  31. PKR tempat teratas dan PAS dengan 8 kerusi sahaja duduk di tempat terbawah. Seperti yang dilaporkan, DAP dilihat menerajui Kerajaan Selangor hingga dikatakan Menteri Besar Selangor sering berada dibawah telunjuk DAP.

    ReplyDelete
  32. Penyertaan PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah di anggap sebagai rakan kongsi setara oleh DAP.

    ReplyDelete
  33. Di Kedah pula, DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja. Tetapi hampir semua isu Islam yang telah diputuskan oleh Menteri Besar dan Exco tidak dapat dijalankan kerana ditentang hebat oleh wakil tunggal DAP itu. Ini dilakukan dengan bantuan moral dan campurtangan langsung oleh pimpinan DAP pusat.

    ReplyDelete
  34. Di peringkat nasional pula, sehingga ini tidak ada satu pun isu-isu besar melibatkan Islam dan Melayu yang ingin dijuarai oleh PAS dapat dilaksanakan

    ReplyDelete
  35. PAS kalah bersabung dalam isu Kalimah Allah, Negara Islam, Hudud dan isu murtad. Suara PAS hampir diketepikan langsung dalam merangka dasar dan halatuju Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Buku Jingga dalamana isu Negara Islam, Hudud dan kemartabatan bangsa Melayu tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam buku tersebut.

    ReplyDelete
  36. Saya berpendapat tidak ada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat secara berasingan dapat menubuhkan kerajaan termasuk PAS dan PKR.

    ReplyDelete
  37. ksian Lajim, kena tipu lagi oleh Anwar

    ReplyDelete