ALBUM
....Duduk dari kiri mangsa Abd Suhaidi dan di sebelahnya Mohd Edie.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Tugas dan
peranan sebagai Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) bukan sekadar membanteras jenayah laut seperti pencerobohan lanun,
nelayan asing dan PATI; bahkan juga bertanggungjawab membantu atau menyelamat
bot-bot karam dan terkandas di peraian lautan berhampiran.
Pegawai Memerintah Kapal KD
Sri Tiga, Leftenan Komander Mohd Edie Mohd Khalil menjelaskan bahawa kapal yang
mempunyai anak kapal (krew) seramai 25 orang termasuk dua pegawai telah ditugaskan untuk mengawal
perairan pantai termasuk di sepanjang sungai Kinabatangan.
Katanya, semasa dalam
operasi di sungai Kinabatangan, pihaknya telah menerima panggilan yang mendakwa
bot mereka terkandas di perairan muara Sungai Kibatangan pada jam 4.00 petang;
lantas bergegas ke tempat insiden dan
berjaya menyelamatkan tujuh orang awak-awak rakyat tempatan yang berasal dari
Lahad Datu.
Salah seorang mangsa, Abd
Suhaidi Abd Wahab, 47, menceritakan bot mereka
yang mempunyai kuasa kuda 150 c.c. baru sahaja dibeli dari Seguntur dengan
harga RM50,000.
TERKANDAS....Gambar
Bot Yang Terkandas.
Kata Abd Suhaidi, mereka sedang
dalam pelayaran pulang ke Lahad Datu dan tidak semana-mena, sub batang kipas
terputus di lautan.
"Dalam keadaan cuaca
buruk dan ombak besar, kami yang kebingungan pasrah sahaja kepada Illahi. Mujurlah
kami membawa walkie talkie dan berjaya menghubungi Marin Polis dan Navy,"
kata Abd Suhadi yang mengakui Kapal KD Sri Tiga tiba kira-kira 30 minit
kemudian untuk menyelamatkan mereka sebelum bot ditunda ke Sandakan.
Abd Suhaidi mengucapkan
jutaan terima kasih kepada anggota TLDM, khususnya krew dan pegawai Kapal KD
Sri Tiga yang menyelamatkan nyawa mereka dalam insiden tersebut.
No comments:
Post a Comment