KUALA LUMPUR: Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam membuat laporan polis berhubung tindakan
seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Ketua aktivis PPIM Datuk
Nadzim Johan membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini
pada jam 10.54 pagi diiringi 10 badan bukan kerajaan (NGO) lain.
Beliau berkata, PPIM
mewakili 100 NG0 dan antara NGO yang hadir semalam ialah Persatuan Veteran
Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia
(PERMAS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) Malaysia, Kelab
Wartawan Muda Malaysia (KWMM) dan Kelab Ikatan Ukhuwah Malaysia.
Dalam akaun facebooknya
seorang wanita yang menamakan dirinya Melissa Gooi didakwa menghina Tuanku
Abdul Halim.
“Kebelakangan ini, budaya
mengkritik tanpa batasan makin menjadi-jadi dan tidak sepatutnya berlaku kerana
mereka yang menghina sangat kurang ajar.
Ini merupakan racun yang
akan merebak kepada seluruh masyarakat jika tidak ditangani,” katanya kepada
pemberita selepas membuat laporan itu.
Nadzim berkata perbuatan itu
merupakan satu penghinaan kepada negara serta mencemarkan institusi diraja.
“Kita minta polis dan
Kementerian Dalam Negeri menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan tegas
kepada mereka yang bertanggungjawab,” katanya.
Beliau menyarankan agar
kerajaan mencari kaedah tertentu untuk menyekat perbuatan yang boleh
menjejaskan imej negara. (Bernama)
Wakil Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, akaun FB ini jelas bertindak kurang ajar dan menjadikan Tuanku Yang Dipertuan Agong sebagai bahan jenaka selain menuduh Tuanku telah ‘dirasuah’ dan mendakwa duit rasuah tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun di Switzerland.
ReplyDeleteSehubungan dengan itu, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mendesak pihak berkuasa khususnya pihak Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera terhadap mereka yang berkenaan.
ReplyDeleteKita tahu asas kepada sikap kurang ajar ini bermula pada kempen Pilihan Raya Umum ke13 lalu, yang diterajui oleh kumpulan Red Bean Army yang bersama DAP yang sering memainkan isu perkauman, dan kini kita lihat segelintir orang jelas sangat kurang ajar dan tidak menghormati institusi Raja di Malaysia, katanya.
ReplyDeleteUjarnya, PDRM dan SKMM perlulah memainkan peranan penting kerana dalam jangka masa panjang, setiap sentimen yang berbaur perkauman ini adalah untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan dan institusi beraja di dalam negara ini.
ReplyDeleteJangan sekadar melihat insfrastuktur pembangunan internet semata-mata, sebaliknya SKMM juga kena melihat pengisian dalam intenet itu amat penting dalam kita membina negara kita.
ReplyDeletePerbuatan biadab segelintir rakyat negara ini menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah secara terbuka, perlu dibalas dengan tindakan undang-undang tegas bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan yang telah dilakukan.Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, perbuatan seperti itu tidak boleh dibiarkan lagi malah perlu dikenakan tindakan yang setimpal dengan kesalahan tersebut.
ReplyDelete"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan tegas seperti mendakwa serta mendenda mereka yang menyalahgunakan laman sosial dengan berkelakuan biadab seperti menghina Yang di-Pertuan Agong kelmarin.
ReplyDelete"SKMM perlu mengeluarkan satu garis panduan kepada pengguna laman sosial agar mereka tidak sesuka hati menghina atau mengkritik orang lain secara terbuka," katanya.
Beliau mengulas tindakan sekumpulan pengguna Facebook yang dipercayai menghina titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, sempena ulang tahun keputeraan rasmi baginda yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
ReplyDeleteTambah beliau, perbuatan tersebut hanya sanggup dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab serta tidak mempunyai didikan sempurna kerana perkara itu boleh menjejaskan nama baik negara.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan berkata, rakyat Malaysia yang berada di negara ini perlu menghormati Perlembagaan yang telah ditetapkan.
ReplyDelete"Perbuatan yang berbaur hasutan tersebut perlu segera dihentikan agar negara tidak berhadapan dengan masalah perkauman lebih kritikal pada masa depan.
"Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat untuk tidak mengulangi perkara yang boleh membahayakan keamanan negara," jelasnya.
Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Islam (Pembela), Dr. Yusri Mohamad berpendapat, pihak terbabit perlu dikenakan hukuman setimpal setara dengan sikap keterlaluan yang ditunjukkan mereka dalam mempersendakan ucapan Yang di-Pertuan Agong.
ReplyDeleteKatanya, tindakan itu jelas menunjukkan sesetengah pihak berani mempermainkan Perlembagaan negara dan tidak menghormati institusi raja di negara ini.
"Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong tanpa memperlekehkan ucapannya bagi mengelak tindakan yang boleh mengancam kestabilan institusi beraja dan perkara tersebut juga mencerminkan kurangnya semangat patriotik dalam kalangan masyarakat hari ini.
ReplyDelete"Saya rasa, ungkapan maaf daripada mereka pun belum memadai," katanya.
Individu yang menghina dan melemparkan tohmahan terhadap institusi Raja akan berdepan tindakan undang-undang tanpa sebarang tolak ansur.
ReplyDeleteMenteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti identiti sebenar pemilik akaun Facebook, Melissa Gooi berdasarkan alamat IP sebelum tindakan pendakwaan dilakukan.
ReplyDeleteKenyataan menghina Raja perkara serius dan perlu diambil tindakan tegas supaya rakyat mengambil iktibar terhadap perkara ini. Perkara sama jika dilakukan di Thailand, hukuman berat mengikut undang-undang juga akan dikenakan.
ReplyDeleteJusteru, siasatan terperinci dipergiatkan supaya tertuduh segera didakwa, katanya.
Katanya, SKMM perlu menggunakan segala peruntukan undang-undang bagi memastikan tindakan menghina institusi berkenaan tidak berulang.
ReplyDeleteSudah tiba masanya pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap individu, yang menghina institusi Diraja terutama Yang di-Pertuan Agong menerusi laman sosial seperti Facebook, katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Sebanyak 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis
ReplyDeleteberhubung tindakan sekumpulan individu yang menghina Yang di-Pertuan
Agong dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini.
Antara NGO terbabit
ReplyDeleteadalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Veteran
Tentera Melayu (PVTM) dan Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM).
Ketua Aktivis PPIM,
ReplyDeleteDatuk Nadzim Johan berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis
bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas
menangkap individu terlibat yang secara jelas telah menghina Yang di-Pertuan Agong dan mempertikaikan kedudukan institusi diraja.
Apa
yang disiarkan di dalam blog mengenai perbualan beberapa individu
mempersendakan ucapan Seri Paduka sempena Hari Keputeraan baginda,
adalah sebagai amat biadab.
Ini bukan lagi masa
ReplyDeleteuntuk menasihati atau memberi amaran tetapi tindakan tegas perlu diambil
seperti menahan mereka yang berani mempersendakan raja kita!!