LUBANG...Azwar
menunjukkan ke arah lubang besar di hadapan Terminal Bas Dyana yang tidak
pernah diselenggara oleh MDS sejak bertahun.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
SEMPORNA : Betapa jijik mata
memandang, berat lagi bahu memikul maruah
rakyat Semporna apabila melihat keadaan sekeliling pekan Semporna dari Barat ke
Timur dari Utara ke Selatan dan di semua sudut. Jika bukan jalan
berlubang-lubang sudah pasti terlihat longgokan sampah yang terbiar dan berbau
busuk.
Masalah jalan-jalan
berlubang di sana sini dan timbunan sampah bertaburan di merata tempat bukan
perkara baru, malah sudah bertahun-tahun lama, namun tidak dapat diselesaikan oleh
pihak berkuasa tempatan.
Dalam rutin kerja harian, krew
Sabahkini.Net sempat merakamkan gambar di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan
ramai pengunjung dan aduan pelancong kerana tidak tahan lagi dengan keadaan
pekan purba, Semporna.
Seorang penduduk Semporna,
Azwar Ali, memanggil krew Sabahkini.Net sambil menunjukkan ke arah jalan raya
yang berlubang di hadapan Terminal Bas
Dyana.
Katanya, kerosakan jalan
tersebut sudah hampir 3 tahun tidak pernah diselenggarakan oleh pihak Majlis
Daerah Semporna (MDS) ataupun syarikat
konsesi kerajaan iaitu Kekal Mewah dan Globinaco walaupun menyedari akan
masalah tersebut.
“Kami malu bah. Kami ini
orang Semporna, rasa malu sama itu para pelancong luar negeri yang datang ke mari.
Mereka juga selalu komplen pekan Semporna bau busuk macam tong tahi,” keluah
Azwar yang sudah jelak menulis surat aduan kepada empat wakil rakyat di
Semporna.
Dalam pada itu, beberapa
orang pekerja kedai berhampiran yang ditemui hanya menjelaskan perkara ini
bukan sekali dua kali dimaklumkan; bahkan sudah berkali kepada pihak yang
berkenaan tetapi tiada tindakan langsung.
Kata Azwar, selain
longgokan sampah dan jalan
berlubang-lubang yang menjijikkan mata memandang dan terdapat beberapa bangunan langsung tidak terurus dan
banyak bangunan lama ditumbuhi oleh pokok-pokok beringin (pohon ara) terutama
Bangunan USIA.
SAMPAH....Mana
sudah tanggungjawab MDS untuk memungut sampah di hadapan Giant Supermarket.
Pembangunan prasarana di kawasan luar bandar akan merupakan antara yang akan diberi keutamaan dalam Belanjawan 2012, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
ReplyDeleteKatanya penumpuan khususnya akan diberikan kepada wilayah pendalaman di Sabah dan Sarawak yang mana jumlah peruntukan bagi tujuan ini akan diputuskan setelah pihak kementerian mengadakan perbincangan.
ReplyDeleteMenurutnya kawasan luar bandar di negeri-negeri lain yang memerlukan peningkatan pembangunan prasarana juga turut akan diberi keutamaan.
ReplyDelete"Pastinya tumpuan belanjawaan perlu diberikan kepada kawasan luar bandar, terutama dari segi jaringan jalan, semua ini kita perlu mengambil kira. Lihat kes feri karam baru-baru ini, ia sungguh menyedihkan apabila negara kita sedang maju, namun ada rakyat yang terpaksa naik feri pergi ke satu tempat dengan dua, tiga jam," katanya.
"Sudah pasti pembangunan luar bandar akan diberi keutamaan mengikut kemampuan belanjawan kita kerana kita juga mensasarkan untuk mengurangkan defisit perbelanjaan. Kita akan berusaha dengan kemampuan kita dan lebih banyak peruntukan untuk kawasan dan pembangunan infrastruktur luar bandar," katanya.
ReplyDeleteBelanjawan 2014 dijangka dibentang di Parlimen pada Oktober ini.
ReplyDeleteDalam pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kawasan luar bandar akan terus dibangunkan untuk mengurangkan jurang perbezaan kawasan bandar dan luar bandar, di mana sebanyak RM4.5 bilion telah diperuntukkan ke arah pelbagai projek pembangunan prasarana luar bandar.
semporna harus dimajukan dan dibersihkan, amat memalukan pelancong melihat keadaan semporna yang begitu teruk
ReplyDeleteOh, halatuju hanya berlaku di kota kinabalu.. penduduk semporna malu sebab kurang pendedahan ...sedih.
ReplyDelete