TRANSFORMASI.....Inilah
rupa jalan Transformasi NKEA Kampung Kuala Biah ke SK Kampung Biah yang
dibanggakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Gambar
sisipan, Johny Alfred Angin.
Oleh : SYED KAMAL
SOOK : Pertubuhan Pribumi
Rakyat Sabah (PRIBUMIS) daerah Sook, merayu agar laluan penduduk Kampung Kuala
Biah menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Biah diturap segera demi keselesaan
pengguna terutama pelajar dan guru guru di sini.
Laluan sepanjang kira-kira dua
kilometer itu sekadar diletakkan batu kerikil menyebabkan keadaannya berdebu
ketika panas dan becak selepas hujan.
Tinjauan Johny Alfred Angin
yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PRIBUMIS semalam, mendapati laluan itu
menjadi laluan utama penduduk yang kebanyakannya menaiki motosikal untuk
menghantar anak ke sekolah dan ke pekan berdekatan untuk membeli keperluan
harian.
“Mereka sudah lama menetap
di sini sejak tahun 70an lagi, tetapi masih belum mendapat kemudahan yang
sempurna,” katanya.
Menurutnya, sekitar tahun
2006 penduduk menyangka jalan tersebut akan diturap kerana batu kerikil
diletakkan sepanjang jalan ketika itu, namun sangkaan penduduk meleset.
PRIBUMIS akan bertemu dengan
pihak yang berkenaan agar dapat membantu penduduk mendapatkan jalan berturap
dengan segera.
Sementara itu, Penghulu
Kampung Ulu Biah, William Nuar Kairar berkata, permohonan penduduk untuk
mendapatkan jalan berturap sudah pun diusulkan pihaknya kepada pihak yang
berkaitan dan perkara ini sudah dibawa ke mesyuarat bersama penghulu dengan
pegawai daerah sebelum ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment