Monday, 17 June 2013

RAHMAN DAHLAN BOLEH SELASAI ISU TUARAN






Saudara Pengarang,

KITA bersyukur akhirnya seorang pemimpin kelahiran Daerah Tuaran serta putera kepada seorang bekas pemimpin terkenal daerah Tuaran telah dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia kali ini.

Sememangnya perlantikan Datuk Rahman Dahlan ke jawatan sebagai Menteri Kesejatraan bandar dan perumahan dan kerajaan Tempatan pusat, sesuatu yang sangat bertepatan, ini berdasarkan ketokohan pemimpin muda ini, sememangnya beliau seorang pemimpin muda yang dikagumi semua rakyat Tuaran.

Ketokohan beliau serta kewibawaan sememangnya terserah semenjak menjadi MP sejak penggal lalu, justeru itu kita tidak terkejut beliau dilantik ke kabinet kali ini. Oleh itu kita rakyat Tuaran sememangnya rasa berbangga dengan anak jati Tuaran ini mungkin bakal adalah Ketua Menteri Sabah pada masa depan.

Kepada Datuk Rahman Dahlan, diharapkan dengan perlantikan jawatan ini, agar dapat memberi perhatian serius terhadap Majlis Daerah Tuaran yang dipenuhi dengan berbagai isu, termasuk isu PPRT di Seri Rugarding dan Telipok Ria yang terletak di bawah seliaan MDT.

PPRT ini sepatutnya diberikan kepada rakyat yang tiada rumah, akan tetapi MDT telah mengkontrakkan rumah PPRT ini kepada seorang kontraktor kaya dari daerah itu; tanpa balas kasihan kepada penduduk yang sepatutnya layak.

Kita mohon agar Datuk Rahman dapat menyiasat, kerana kita percaya beliau seorang pemimpin yang jujur serta utamakan kepentingan rakyat, serta dilihat seorang yang bersih.

Kita juga berharap agar Datuk Rahman Dahlan dapat mengawasi MDT ini dalam membelanjakaan semua peruntukan dari kerajaan pusat, ini kerana kita selama ini melihat MDT ini bagaikan 'loose control' dalam menguruskan kewangannya, MDT ini bagaikan syurga kepada beberapa kerat Taukey dan kuncu-kuncu mereka, harap Datuk bertindak segera.



Harapan Rakyat,

PENDUDUK ASLI TUARAN.

26 comments:

  1. Selepas Sabah mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963, banyak perubahan ketara yang boleh di lihat daripada segi pembangunan dan taraf hidup rakyat.

    Kalau dulu ramai rakyat negeri ini berada di bawah paras kemiskinan, kini keadaan sudah jauh berubah dan jumlah mereka yang dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegar berkurangan dengan banyaknya.

    Berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kadar kemiskinan di Sabah menurun kepada 16 peratus, berbanding 23.0 peratus dalam tahun 2004. Kadar Kemiskinan Tegar pula mencatatkan penurunan kepada 3.7 peratus bagi tahun 2007 berbanding 6.5 peratus, tahun 2004.

    Kejayaan menurunkan kadar kemiskinan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri menangani permasalahan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah di kawasan luar bandar atau pedalaman.

    Tidak harianlah kerajaan Sabah menjangkakan masalah kemiskinan terutama kemiskinan tegar dapat diatasi menjelang 2020.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana Datuk melihat perbezaan kadar kemiskinan sebelum Sabah mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 dan selepas merdeka?

    Kalau kita lihat keadaan di negeri Sabah sebelum merdeka memang jelas kadar kemiskinan amat tinggi sekali khususnya di luar bandar. Ini disebabkan beberapa faktor

    Pertama ketiadaaan infrastruktur yang boleh menghubungkan satu kawasan ke kawasan lain di luar bandar. Yang kedua orang di luar bandar dulu menggunakan cara tradisional untuk mengusahakan tanah mereka.

    Tetapi keadaan sekarang jauh berbeza. Sekarang ini, banyak kawasan luar bandar yang mendapat kemudaahan asas yang begitu baik. Jalan raya atau jalan kampung ada di sana sini bukan sahaja menghubungkan kampung-kampung tetapi juga menyediakan kemudahan jalan sehingga ke kawasan tanah pertanian, sekaligus membantu meningkatkan ekonomi mereka.

    Misalnya di kawasan saya di Kudasang pada tahun 1985, ada penduduk kampung yang terpaksa berjalan kaki sehingga enam jam dari satu kampung yang ada jalan ke kampung terpencil yang tidak ada jalan raya tetapi sekarang kawasan ini sudah ada jalan raya. Selain itu, kerajaan juga memberi pelbagai bantuan kepada orang kampung termasuk khidmat nasihat mengenai cara mengusahakan tanah.

    Begitu juga dalam soal pendidikan, dulu terlalu sedikit kanak-kanak di luar bandar yang mendapat pendidikan tinggi atau mempunyai pengetahuan yang sesuai dan diperlukan untuk membolehkan mereka bersaing di pasaran kerja. Kini keadaaan sudah berubah. Hampir semua kawasan luar bandar mempunyai bangunan sekolah sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Banyak orang kita yang dapat belajar dan mendapat ilmu pengetahuan. Jelas sekali, terdapat kesedaran penduduk luar bandar tentang pentingnya pendidikan. Selain itu, penyediaan kemudahan bekalan elektrik dan air turut menyumbang keselesaan golongan miskin di Sabah

    ReplyDelete
  3. moga Tuaran akan terus membangun

    ReplyDelete
  4. Sabah menjadi daya tarikan popular pelaburan di kalangan para pelabur tempatan dan asing.

    Pengurusan kewangan dan juga pentadbiran yang baik oleh kerajaan negeri telah memberikan keyakinan terhadap para pelabur.

    ReplyDelete
  5. Sabah menduduki tempat ketiga selepas Selangor dan Johor dari segi nilai pelaburan di kalangan sektor pembuatan sepanjang 2012.

    Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Haji Mahiruddin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar kerajaan sempena pembukaan rasmi mesyuarat pertama penggal pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14 di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.

    ReplyDelete
  6. Menurut beliau sektor pembuatan yang menjadi antara sektor pemacu pertumbuhan ekonomi negeri, mensasarkan nilai pelaburan sebanyak RM5.44 bilion pada tahun ini.

    Tun Juhar berkata, bagi mencapai sasaran itu penyediaan kemudahan infrastruktur di kawasan-kawasan perindustrian akan terus dipertingkatkan dengan menumpukan pembangunan industri kluster seperti Kelompok Industri Minyak Sawit (POIC) di Lahad Datu dan Sandakan, Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dan kelompok bersepadu di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

    ReplyDelete
  7. Katanya, daripada jumlah sasaran pelaburan itu, sebanyak RM2.5 bilion dijangka dapat direalisasikan di SOGIP, RM1.0 bilion di KKIP, RM415 juta di POIC Lahad Datu, RM328 juta di POIC Sandakan dan sebanyak RM1.2 bilion dari pelbagai pelaburan dalam sektor pembuatan.

    ReplyDelete
  8. “Selain itu, minyak dan gas merupakan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar dan sektor ini dijangka akan terus berkembang lebih pesat lagi dengan penemuan kawasan-kawasan minyak yang baru di pesisiran perairan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  9. “Dijangka sektor ini boleh menarik pelaburan bernilai melebihi RM30 bilion. Projek-projek ‘upstream’ dan ‘downstream’ sektor ini akan terus diberikan tumpuan dan galakan yang serius,” katanya.

    ReplyDelete
  10. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar kerajaan sempena pembukaan rasmi mesyuarat pertama penggal pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14 di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.

    ReplyDelete
  11. Tun Juhar berkata, Sabah kini menjadi destinasi yang mampu menarik para pelabur tempatan dan juga luar negeri.

    ReplyDelete
  12. Beliau berkata rekod pengurusan kewangan negeri yang baik dan integriti yang mantap serta ‘good governance’ telah memberikan keyakinan yang tinggi kepada para pelabur.

    ReplyDelete
  13. “Kini negeri Sabah telah melonjak menduduki tempat ketiga selepas Selangor dan Johor dari segi nilai pelaburan dalam sektor pembuatan sepanjang tahun 2012,” katanya.

    ReplyDelete
  14. Dari segi pencapaian Koridor Pembangunan Sabah (SDC), Juhar berkata prestasi pencapaian SDC yang memasuki fasa kedua (2011-2015) adalah memberangsangkan dan telah mencatat momentum pertumbuhan yang memuaskan.

    ReplyDelete
  15. “Setakat ini, sebanyak 11 buah projek swasta berkeutamaan dan berimpak tinggi yang mendapat kelulusan peruntukan Kerajaan sebanyak RM1.7 bilion sedang dilaksanakan.

    ReplyDelete
  16. “Pada keseluruhannya, jumlah pelaburan bagi projek-projek SDC setakat penghujung 2012 adalah berjumlah RM14.5 bilion,” katanya.

    ReplyDelete
  17. Selain itu katanya, SDC juga akan meningkatkan usaha untuk memperbanyakkan aktiviti bernilai tambah melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat global dan pengukuhan industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

    ReplyDelete
  18. “Kerajaan Negeri akan mempergiatkan lagi usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta di negeri ini, di samping menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan modal insan yang berkemahiran tinggi khusus untuk pembangunan SDC

    ReplyDelete
  19. AHLI Parlimen Umno dari Kota Belud ini semangatnya begitu berkobar-kobar untuk membantu rakyat di kawasannya malah di seluruh Malaysia untuk memiliki kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

    ReplyDelete
  20. Kehebatan beliau menyusun ayat dan mematahkan hujah pembangkang menjadikannya antara ahli Parlimen yang diberi tumpuan di dalam Dewan Rakyat mahu pun di luar.

    ReplyDelete
  21. RAHMAN: Sepanjang lima tahun saya bergelar ahli Parlimen, sudah tentu harapan-harapan saya apabila memasuki Parlimen ini untuk menyelesaikan semua masalah.

    ReplyDelete
  22. Dan lima tahun saya menjadi ahli Parlimen di Kota Belud, sudah tentu banyak yang berlaku. Saya sudah membuat perkiraan, setakat tahun lepas, kerajaan Persekutuan dan negeri telah membelanjakan hampir RM800 juta di Kota Belud dan kalau kita ambil tahun ini lagi dengan adanya jelapang padi yang disebut sekali lagi oleh Yang Amat Berhorat Perdana Menteri dalam ucapan bajetnya, saya pasti jumlah itu akan meningkat naik kepada RM1 billion untuk penggal ketiga tahun ini.

    Ini adalah satu kejayaan yang baik kerana banyak isu utama, kekuatan Kota Belud itu telah diambil kira. Pelancongan, pertanian dan juga industri padi. Jadi kalau kita lihat dari segi kekangannya.(Petikan Sinar Harian 13 November 2012)

    ReplyDelete
  23. setuju dengan artikel diatas.. Datuk Rahman adalah antara pemimpin Sabah yang lantang bersuara disamping memiliki reputasi cemerlang dan bersih dari sebarang skandal rasuah..

    ReplyDelete
  24. tidak mustahil jika satu hari nanti Datuk Rahman juga berpeluang menduduki kerusi ketua menteri Sabah.. berdasarkan sumbangan2 beliau di Kota Belud, saya yakin semua rakyat juga menyenangi kepimpinan beliau..

    ReplyDelete
  25. sebagai rakyat Sabah, saya juga tumpang bangga apabila Datuk Rahman berjaya dilantik menganggotai kabinet persekutuan.. malah hanya diera Najib. barulah kita dapat melihat ramai pemimpin politik dari negeri ini diberikan kepercayaan memegang jawatan di peringkat persekutuan..

    ReplyDelete
  26. semoga dimasa2 akan datang, lebih ramai pemimpin dari Sabah diberikan jawatan2 penting dalam kabinet persekutuan..

    ReplyDelete