Sunday, 16 June 2013

SAMPAI BILA KITA HARUS BERSABAR?






Oleh : SABAHAN.FM

BEGINILAH keadaan mangsa samun di Sipitang, Sabah; Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk Sapok, Pelakat Sipitang. Betapa kejamnya penyamun itu yang langsung tidak berperi kemanusiaan. Sampai bila kita harus bersabar membiarkan kejadian seperti ini menimpa anak negeri Sabah?

Mengikut kronologi kes, ketika kejadian mangsa sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk, Sapok, Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menikam mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak dua kali di bahagian leher dan tengkuk.

Ketika masa kejadian, cuaca agak gelap dan mangsa tidak nampak saspek dengan jelas. Mangsa hanya syak saspek terlibat berbangsa Bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yang digunakan.

Saspek telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1,000. Masa kejadian dipercayai pada 12 Jun 2013 lebih kurang jam 11 malam.






Lebih kurang jam 8.00 pagi, seorang awam, Kadir Bin Aisha yang lalu di kawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.

Kadir datang meninjau dan mendapati mangsa telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan berlumuran darah. Penama kemudian terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.

Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut. Ini yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal.

9 comments:

  1. kejam memang kejam.. namun zaman sekarang, jenayah boleh berlaku dimana2 sahaja dan pada bila2 masa.. selain memohon dari pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan, sebagai orang awam, utamakan juga ciri2 keselamatan samada di luar mahupun di dalam rumah..

    ReplyDelete
  2. membenteras jenayah tidak hanya bergantung kepada pihak berkuasa sahaja. semua pihak haruslah berkerjasama barulah jenayah boleh dibendung.

    ReplyDelete
  3. perlu ada satu perancangan dan pembangunan strategi oleh pihak berkuasa bagi memantau aktiviti di kawasan luar bandar serta memperkukuh penguatkuasaan undang-undang berkaitan kesalahan yang boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan masyarakat serta mengancam keselamatan negara

    ReplyDelete
  4. Pasukan Petugas Khas Persekutuan (S/L)

    Langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan (S/L) untuk mengusir Pendatang Tanpa Izin?

    a. Langkah pertama ialah mengenalpasti mereka yang dikategori dalam kumpulan PTI. Tindakan penangkapan dan penghantaran pulang akan dibuat ke atas mereka berterusan.

    b. Selain pengawasan sempadan darat oleh PDRM, Jabatan Imigresen dan sebagainya, langkah-langkah pengawasan oleh TLDM dan Polis Marin di perairan negara telah dipertingkatkan. PTI yang cuba menceroboh melalui jalan laut terus diusir ke negara asal masing-masing.

    c. Pihak berkuasa tidak menghadapi masalah untuk menempatkan PTI sebelum dihantar pulang setelah siapnya Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Menggatal Kota Kinabalu yang boleh menempatkan seramai 2,000 orang. PTS Sandakan dan Tawau juga sedang di dalam proses pembesaran dan boleh memuatkan seramai 800 orang setiap satu PTS pada setiap masa.

    ReplyDelete
  5. HANTAR PTI BALIK KE NEGERA MEREKA. JIKA YNAG TELAH MELAKUKAN KESALAHAN JENAYAH HARUSLAH DIHUKUM

    Apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan mereka yang telah dihantar pulang tidak masuk semula ke negara ini.

    a. Usaha-usaha pengawasan diperairan Pantai Sabah dan W.P Labuan telah ditingkatkan dari masa ke semasa oleh pihak TLDM dan Polis Marin. Tindakan di darat pula dijalankan oleh PDRM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Buruh dengan diselaraskan oleh ppk (S/L).

    b. Walau bagaimanapun, bukanlah merupakan satu perkara yang mudah untuk mewujudkan kawalan yang menyeluruh ke atas Pantai Sabah dan W.P Labuan yang panjangnya melebihi 1500 kilometer dengan tenaga serta peralatan yang terhad. Kedudukan pulau-pulau di Selatan Filipina dan di Kalimantan Timur, Indonesia yang terlalu hampir dengan Pantai Sabah menyukarkan pengawalan terhadap kemasukan Pendatang dari kedua-dua negara tersebut. Oleh yang demikian, pihak berkuasa akan terus mengusir pendatang yang cuba menyusup ke negeri ini disamping mengusir Pendatang Tanpa Izin yang telah berada di negeri ini.

    c. Hukuman lebih berat telah dikuatkuasakan ke atas PTI yang masuk semula selepas dihantar pulang dengan hukuman rotan tidak melebihi 6 sebatan.

    d. Sejak tahun 1990 sehingga Disember 1998 seramai 110,823 PTI telah dihantar pulang ke negara asal mereka

    ReplyDelete
  6. jenayah kini makin menjadi, ini membimbangkan

    ReplyDelete
  7. Seksyen 55B.
    Mengambil pekerja satu atau lebih orang selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki suatu Pas yang sah.

    Hukuman:

    Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.
    Pada masa yang sama mengambil pekerja lebih dari 5 orang dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.

    ReplyDelete
  8. Seksyen 56(1)(d)

    Dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan Akta.

    Hukuman:
    Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000. Sekiranya lebih daripada 5 orang boleh dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.

    ReplyDelete
  9. Seksyen 55E
    Mana-mana orang yang membenarkan mana-mana Pendatang Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang ianya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut.

    Hukuman:
    Denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap Pendatang Tanpa Izin. Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

    ReplyDelete