Wednesday, 5 June 2013

SABAH LAYAK DAPAT HAK YANG LEBIH BAIK






Saudara Pengarang

SABAH dan Sarawak merupakan negara terkaya di Malaysia dari segi sumber alam, dengan lambakan rezab petroleum dan gas. Namun, kos penghidupan yang tinggi di Malaysia Timur tidak berpadanan dengan taraf hidup penduduk Sabah dan Sarawak. Mereka terpaksa berbelanja lebih semuanya; dari barang keperluan rumah hinggalah untuk membeli majalah kegemaran mereka.

Kos barangan yang lebih tinggi Sabah dan Sarawak kebanyakannya berpunca daripada Dasar Kabotaj Negara yang dilancarkan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 1980.

Dasar tersebut dilaksanakan bagi membantu perkembangan industri perkapalan tempatan dan menyekat penglibatan kapal perdagangan asing dalam penghantaran kargo domestik sahaja.

Dasar perlindungan sedemikian memutuskan bahawa hanya syarikat perkapalan milik Malaysia dengan kapal-kapal melambangkan Malaysia sahaja dapat menjalankan perdagangan dalam negeri antara dua pelabuhan di negara ini.

Dasar Kabotaj seperti ini juga dilaksanakan di lebih 50 buah negara di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, China, India, dan Australia. Namun, dasar tersebut juga telah dimansuhkan di negara-negara lain dalam jangka masa lebih daripada satu dekad yang lalu. Misalnya, Kesatuan Eropah pada 1 Januari 1993.

Sungguhpun banyak usaha telah dilakukan untuk menetapkan harga piawai bagi barang-barang utama seperti minyak dan tepung ke seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur, cukai yang dikenakan oleh kerajaan dan subsidi juga menyebabkan perbezaan dalam harga.

Jumlah tertentu di dalam mencari keuntungan dan manipulasi harga oleh peniaga-peniaga juga dianggap sebagai faktor penyumbang kepada kos barangan yang tinggi tersebut.

Selain penghantaran, faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kos di dalam rantaian bekalan yang terlibat di dalam pengangkutan barang pelabuhan termasuklah kos pelabuhan berkaitan, pembawaan (forwarding), kos trak, kos penyimpanan, dan kos perkhidmatan pengendalian terminal.

Namun, Dasar Kabotaj dikritik hebat secara berterusan atas kadar penghantaran sehingga meningkat 46% daripada jumlah keseluruhan kos pengangkutan, dan kadar penghantaran angkut yang menyumbang  5 hingga 7% daripada harga runcit barangan pengguna.

Dasar Kabotaj telah melalui beberapa peringkat liberalisasi sejak pelaksanaannya. Pada 3 Jun 2009, kerajaan membenarkan sejumlah kapal asing untuk membawa barangan melalui kontena melalui pelabuhan terpilih di Semenanjung dan Malaysia Timur tanpa perlu untuk memohon lesen perkapalan. Pelabuhan-pelabuhan termasuklah Teluk Sepangar, Bintulu, Klang, Kuching dan Tanjung Pelepas.

Sungguhpun desakan demi desakan dibuat oleh banyak pihak agar Dasar Kabotaj menjadi liberalisasi sepenuhnya atau dimansuhkan kerana kesannya terhadap kos hidup di Malaysia Timur, pihak berkuasa tetap dengan pendekatannya dengan menyekat atas alasan ianya dapat mendorong pertumbuhan industri perkapalan tempatan.

Pada takat itu, terdapat lebih 200 syarikat perkapalan dan 4,500 kapal yang mendapat manfaat daripada peluang-peluang  yang disediakan oleh dasar tersebut.

Pemilik kapal menentang pemansuhan yang dicadangkan kerana mereka menyalahkan kelemahan-kelemahan dalam rantaian bekalan tersebut bagi kos hidup yang tinggi, dan dimana penurunan kadar angkut pun tidak dapat membolehkan penurunan kos penggunaan.

Namun, penyokong-penyokong liberalisasi sepenuhnya berpendapat bahawa peningkatan dalam persaingan akan menjurus kepada harga yang lebih rendah buat pengeksport dan pengimport, menjadikan harga yang lebih kompetitif dan akan menguntungkan Malaysia Timur. Mahukan peluang membeli belah percuma sambil boleh menang hadiah-hadiah lumayan? Rebut peluangnya di sini.

Kumpulan pemodal juga menegaskan bahawa dasar kabotaj yang tidak diliberalisasi sepenuhnya masih akan mendorong kenaikan harga, memandangkan kapal-kapal lain terpaksa melewati Pelabuhan Klang atau hub pelabuhan pertama yang lain.

Selepas itu, belayar pula ke selatan Singapura, kemudian merentasi Laut China Selatan, dan meneruskan perjalanan sepanjang persisiran pantai barat Kalimantan untuk sampai ke Sabah di bahagian utaranya. Oleh sebab itu, adalah jelas bahawa liberalisasi lengkap dasar kabotaj diperlukan untuk menjadikan Sabah dan Sarawak berdaya saing di dalam ekonomi.

Salam Hormat,

SYED KAMALRUL SUFIAN (PNBB (Somalia),PPA,PPS)
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS)

39 comments:

  1. Penduduk Sabah digesa melengkapkan diri dengan ilmu dan keupayaan bagi mempertahankan hak ke atas negeri itu, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, belia harus berusaha membaiki diri untuk meningkatkan daya bersaing.

      Delete
  2. Beliau berkata penguasaan ilmu sangat penting terutama ketika wujudnya pihak tertentu yang menyuarakan hak mereka ke atas Sabah.

    ReplyDelete
  3. “Senjata yang terhebat yang ada pada manusia bukanlah terletak pada tubuh fizikal, sebaliknya terletak pada kekuatan minda yang boleh melahirkan individu yang hebat dari segi personaliti dan kewarasan berfikir.

    ReplyDelete
  4. “Minda yang kuat dan keperibadian yang tinggi akan melahirkan individu yang sukar dijajah,” katanya ketika berucap pada majlis Penyerahan Biasiswa Tun Said Keruak di kampus utama Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas.Salleh berkata biasiswa itu diwujudkan bagi memperkasa usaha memacu pembangunan anak bangsa, terutama pelbagai etnik di Sabah.

    ReplyDelete
  5. Salleh yang juga Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO), berkata kemampuan sesuatu masyarakat mengenali kekangan dalam hubungan antara etnik mampu melahirkan kekuatan yang akan digeruni oleh masyarakat dunia.

    ReplyDelete
  6. Beliau berkata walaupun terdapat pelbagai suku kaum di negara ini, terutama di Sabah, yang mempunyai pelbagai budaya dan kesenian yang berbeza, namun ia tetap daripada rumpun yang sama iaitu rumpun Melayu.

    ReplyDelete
  7. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan golongan kurang bernasib baik termasuk mereka yang dikategorikan dalam kumpulan miskin tegar sebagai fokus utama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadar kemiskinan harus diperbaiki agar taraf hidup masing-masing dapat diseimbankan.

      Delete
  8. Musa yang juga pengerusi BN negeri berkata sekiranya diberi mandat baharu, kerajaan BN akan mampu melaksanakan dasar tersebut berikutan prestasi ekonomi negeri yang kukuh.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan pusat, kerajaan negeri berada di landasan yang benar yang baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usaha kerajaan harus berada di landasan yang betul.

      Delete
  10. ini terbukti apabila kerajaan negeri berjaya meningkatkan kedudukan rizab kewangannya ke tahap yang memberansangkan hasil pengurusan kewangan yang teratur dan sistematik.

    ReplyDelete
  11. kerajaan juga akan berusaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk manfaat penduduk.

    ReplyDelete
  12. Untuk ke arah itu, usaha menarik lebih ramai lagi pelabur asing dan domestik menanam modal di negeri ini akan dipergiatka

    ReplyDelete
  13. lebih daripada 70 peratus penduduk Malaysia tinggal di kawasan bandar. Kerajaan BN telah memulakan malah akan melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan struktural besar bagi menangani corak populasi semasa.

    ReplyDelete
  14. Lebih banyak langkah akan diambil untuk memastikan pusat bandar dibangunkan secara sistematik dan terancang bagi mengekalkan kualiti hidup mereka yang tinggal di bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kestabilan ekonomi antrara bandar dan perkampungan harus diseimbangkan.

      Delete
  15. Manifesto Barisan Nasional yang dibentang Sabtu lepas telah dirangka dengan teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha bagi mendapatkan maklum balas daripada segenap lapisan rakyat di negara ini

    ReplyDelete
  16. manifesto itu bukanlah satu manifesto yang direka dalam masa sehari hanya untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

    ReplyDelete
  17. Najib menegaskan bahawa asas kepada manifesto yang disifatkan sebagai Aku Janji kami kepada rakyat itu adalah kestabilan serta keharmonian negara yang berpanjangan.

    ReplyDelete
  18. segala kejadian, pengalaman, kesilapan, dan kejayaan yang lalu diambil iktibar dan dijadikan pedoman dalam meneruskan amanah yang akan dijunjung serta dilunaskan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  19. betul --> "Sungguhpun banyak usaha telah dilakukan untuk menetapkan harga piawai bagi barang-barang utama seperti minyak dan tepung ke seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur, cukai yang dikenakan oleh kerajaan dan subsidi juga menyebabkan perbezaan dalam harga."

    ReplyDelete
  20. "Jumlah tertentu di dalam mencari keuntungan dan manipulasi harga oleh peniaga-peniaga juga dianggap sebagai faktor penyumbang kepada kos barangan yang tinggi tersebut." --> kerajaan seharusnya ada kawalan mengenai isu ini

    ReplyDelete
  21. Dasar Kabotaj dikritik hebat secara berterusan atas kadar penghantaran harus diperbincangkan oleh semua pihak yang terlibat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kabotaj harus dimansurkan agar kos barangan tidak membebankan rakyat.

      Delete
  22. we all aware that politicians and the people of Sabah and Sarawak have long opposed the cabotage policy

    ReplyDelete
  23. with the argument that it should be done to help bridge the economic gap between East and West Malaysia.

    ReplyDelete
  24. Sejak pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) tahun 2008, Sabah berjaya mencatat rekod pelaburan terkumpul sebanyak RM114 bilion sehingga akhir tahun 2012.

    ReplyDelete
  25. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, pelaburan yang diterajui oleh sektor swasta dijangka akan terus meningkat kerana Sabah adalah salah satu destinasi pelaburan yang menarik.

    ReplyDelete
  26. Katanya, ia sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan SDC kini dalam fasa kedua pelaksanaannya.

    ReplyDelete
  27. Rangka tindakan SDC mengambil kira dan menyenaraikan strategi-strategi yang digariskan dalam Pelan Induk Tindakan Bioteknologi Sabah.

    ReplyDelete
  28. Ini kerana, bioteknologi dilihat mempunyai potensi sebagai pemangkin pertumbuhan sumber ekonomi baru yang berupaya menjana kekayaan baru negeri ini.

    ReplyDelete
  29. Sehubungan itu, Agenda Halatuju Negeri Sabah turut menggariskan keperluan untuk memanfaatkan sains dan teknologi, terutamanya bioteknologi bagi pembangunan negeri,” katanya.

    ReplyDelete
  30. Menurutnya, dengan berpandukan agenda berkenaan, kerajaan melaksanakan beberapa inisiatif baru untuk memudahkan penyertaan dalam bioekonomi yang berintensifkan pengetahuan.

    ReplyDelete
  31. Musa berkata, inisiatif utama di bawah SDC termasuklah pelaksanaan projek Sabah Agro-Industrial Precinct (Saip), Kelompok Perindustrian Minyak Sawit (POIC), Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC), dan Kluster Bersepadu Industri Marin.

    ReplyDelete
  32. Ia selaras dengan terma perjanjian kerjasama antara Sedia dan BiotechCorp yang ditandatangani pada 30 Ogos 2012 yang antara lain bertujuan menarik pelaburan dalam SDC.

    ReplyDelete
  33. Usaha ini meliputi bioteknologi perindustrian, bioteknologi pertanian dan bioteknologi penjagaan kesihatan,” katanya.

    ReplyDelete
  34. Musa berkata, ia sekaligus membantu mengembangkan lagi aktiviti nilai ekonomi yang tinggi di Sabah.

    ReplyDelete