Tuesday, 11 June 2013

TRAGEDI LAHAD DATU ERATKAN MALAYSIA-FILIPINA








KUALA LUMPUR : Tragedi Lahad Datu menjadi peringatan kepada Malaysia dan Fipilina untuk bekerja lebih rapat antara satu sama lain, kata Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya.

Katanya, pencerobohan ke atas Sabah tidak membawa impak negatif terhadap hubungan kedua-dua negara atau menjejaskan proses damai di Mindanao.

"Proses damai Mindanao diteruskan meskipun insiden tersebut ia menuju ke arah penyelesaian yang berjaya dalam tempoh beberapa minggu.

"Untuk ini, Filipina berterima kasih terhadap kemahiran dan keadilan Malaysia sebagai pemudah cara," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-115 pengisytiharan Kemerdekaan Filipina di pejabatnya, Isnin.

Menteri Kesejanteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan hadir mewakili kerajaan Malaysia ke majlis resepsi itu.

Malaya berkata seramai 38 individu Filipina individu menghadapi tuduhan di Filipina kini, selepas mereka disyaki mempunyai kaitan dengan pencerobohan dan ditahan ketika cuba menyeberang ke Tawi Tawi.

Namun, apabila ditanya mengenai pendakwaan terhadap Jamaluddin Kiram yang mengisytiharkan dirinya 'Sultan' beliau berkata: "Saya tidak mempunyai kata putus,".

Malaya menganggap kerjasama Malaysia dan Filipina kekal bertahan dengan ujian sedemikian dan kedua-dua negara perlu meningkatkan penglibatan dalam bidang perniagaan, ekonomi, sosial dan budaya, pada masa depan.

"Marilah kita meningkatkan hubungan dua hala serta kerjasama dalam Asean," tambahnya.

Sementara itu, menurut satu kenyataan dari kedutaan itu, kira-kira 2,000 warga Filipina berarak di sepanjang Jalan Bukit Bintang semalam, menandakan sambutan ulang tahun ke-115 Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina yang jatuh pada 12 Jun.

"Kuala Lumpur menyertai bandar-bandar seperti New York dan San Francisco yang mempunyai komuniti Filipina berarak untuk memperingati sambutan ulang tahun dan ini merupakan kali kedua perakaran tersebut dianjurkan rakyat Filipina di Malaysia," menurut kenyataan itu. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Rumah penduduk di gugusan Tanjung Labian dekat sini yang terjejas dalam insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina, baru-baru ini, akan dibina semula dengan pembiayaan sepenuhnya oleh kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

    Perdana Menteri berkata pembinaan semula itu akan dibuat di tapak asal.

    ReplyDelete
  2. "Rumah-rumah yang akan dibina ini nanti jauh lebih baik dari rumah asal," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pejabat pusat pemerintahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di sini.

    Bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di Felda Sahabat, Najib berkata 100 polis bantuan dan 400 askar wataniah juga akan ditempatkan di kawasan berkenaan.

    ReplyDelete
  3. Di samping itu, beliau menjamin kegiatan ekonomi di daerah itu akan berjalan seperti yang dirancang, khususnya industri pelancongan dan Gugusan Perindustrian Minyak Sawit (POIC).

    "Segala tanggapan di segi keselamatan tidak terjamin sama ada realiti ataupun persepsi, kita telah tangani termasuk memulihkan industi pelancongan yang telah menerima kesan daripada insiden yang telah berlaku.

    ReplyDelete
  4. "Namun ada tanda-tanda ianya dapat dipulihkan dalam sedikit masa lagi. Setakat ini tidak ada laporan yang pelaburan terjejas untuk POIC dan pembangunan POIC akan berjalan seperti yang dirancangkan," katanya.

    Berikutan pencerobohan Febuari lepas, Operasi Daulat membabitkan operasi tentera dan polis dalam mempertahankan kedaulatan negara dilancarkan 5 Mac lalu apabila militan mula membunuh dua anggota polis dalam serangan hendap pada 1 Mac.

    ReplyDelete
  5. Nearly 80 per cent of the houses in the Tanjung Labian Zone of Felda Sahabat have been repaired following the intrusion of armed Sulu terrorists last February.

    The repair work was carried out by the Ministry of Rural and Regional Development.

    ReplyDelete
  6. There were 77 houses that were totally destroyed due to the clashes between security forces and the terrorists and these will be replaced in stages with help from the National Security Council said the director general of the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek.

    He was speaking at a press conference yesterday after having the first meeting with five of the village heads, community leaders and representatives from seven villages.

    ReplyDelete
  7. The residents, among others, voiced their concern on security and houses that were destroyed as a result of the intrusion.

    “Based on our visit, we find the level of security to be assuring and life for people in Tanjung Labian has returned to normal. Everyone has gone back to what they were doing before the intrusion.

    ReplyDelete
  8. “From the feedback we have received, the people are confident with the security and have high confidence in the ability of our security forces,” he said.

    He said ESSCOM also planned to conduct various programmes to reach out to the community of Tanjung Labian.

    ReplyDelete
  9. sabah masih tidak aman selagi anwar masih bebas berpolitik.. malah misi beliau kali ini adalah untuk menghasut rakyat sabah agar merusuh menumbangkan kerajaan..

    ReplyDelete
  10. pelbagai strategi dilakukan anwar,, dari merasuh pemimpin2 BN untuk melompat, sehinggalah kepada pencerobohan lahad datu.. dan kini beliau masih bebas kehulu kehilir meracuni fikiran rakyat untuk turun kejalan raya..

    ReplyDelete
  11. jika kebebasan anwar tidak disekat, selagi itulah sabah berada dalam keadaan bahaya.. malah negara Malaysia juga sedang diancam bahaya hanya kerana anwar gagal menjadi perdana menteri..

    ReplyDelete
  12. kerjasama antara Malaysia dan filipina agak baik dan ia memastikan keselamtan di rantau ini.

    ReplyDelete