Wednesday, 4 March 2015

BAS EXPRESS MANIS TERBABAS


OLEH: SHAIMON S JUMADI



SEMPORNA : Satu kemalangan berlaku membabitkan sebuah Bas Express  Manis yang  dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu telah terbabas pada tepat jam 12.00 tengah malam tadi yang kemudiannya melanggar tiang telepon dan sehingga menumbangkan sebuah pokok kelapa sawit berhampiran.


Bas Manis yang membawa penumpang lebih 50 orang itu  dikatakan dipandu laju oleh pemandunya  kerana hilang kawalan lalu terbabas, mujurlah  tiada penumpang yang cedera semasa kejadian berlaku.

Menurut seorang penumpang bas manis tersebut yang memberitahu kepada wartawan Sabahkini.Net, bas itu memang dipandu laju dan dikatakan cuba memotong kenderaan lain tetapi tak sempat; dihadapan ada kereta  dari arah bertentangan. 

Demi mengelakkan agar bakal tidak berlaku pertembungan dengan kenderaan lain dan untuk menyelamatkan para penumpang, bas berkenaan kemudian membelok masuk ke dalam ladang kelapa sawit dan terbabas di sana.

Kata  penumpang bas Manis, jalan menuju ke semporna dikatakan kerap kali berlaku kemalangan.


Hal ini kerana pemandunya langsung tidak berhemah  dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab ketika memandu bas; main hentam saja tanpa menyedari bas itu membawa ramai  penumpang.

No comments:

Post a Comment