Wednesday 5 January 2011

ALTIMATUM BUAT KERAJAAN 1MALAYSIA?


BAHAYA... Annamalai menunjukkan peta tanahnya (biru) dan gudang peluru (merah bulat) yang menjadi punca tanahnya tidak dapat dibangunkan sejak berpuluh tahun lalu.

Oleh: MUTALIB M.D

“Beli tanah saya atau kerajaan jual kembali tanah yang mereka beli pada 1950-an kepada saya,” kata seorang pewaris, Annamalai a/a Muthupaliyappan yang memberi altimatum kepada Kementerian Pertahanan Malaysia yang telah secara curang dan malafide membina Gudang Peluru berdekatan dengan sisa tanah yang diambil alih oleh kerajaan untuk membina Kem Tentera Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah.


GUDANG... Bertanda X ialah Gudang Peluru dan A ialah tanah Keluarga Annamalai. Tanah Annamalai 'Berbahaya' kerana tidak wang untuk memberi rasuah, manakala dua taman perumahan yang terletak berdekatan Gudang Peluru ditakrifkan 'selamat'.


Annamalai yang sebelum ini telah menggunakan pelbagai cara untuk menjual tanahnya, namun pihak berkuasa tempatan ‘menyenarai hitam’ tanahnya sebagai Zon tidak selamat membuatkan bakal pembeli ‘kecut perut’ sekalipun kedudukan gudang peluru tersebut 250 meter daripada tanah keluarganya.

“Tanah kami yang bernilai RM11 juta kini berharga RM1Malaysia kerana tidak ada siapa yang mahu membeli disebabkan tidak selamat. Setelah bantahan demi bantahan dibuat sejak berpuluh tahun lalu, barulah pihak berkuasa menukarkan status kepada selamat tetapi tiada lagi orang mahu beli tanah tersebut selagi ada gudang peluru di situ,” ujar Annamalai yang kecewa kerana karenah birorasi menyebabkan pihaknya mengalami kerugian berjuta ringgit.

Dalam hal ini, kata Annamalai, sistem pentadbiran kerajaan yang korup menyebabkan pihaknya menjadi mangsa dan Kerajaan 1Malaysia hanya membiarkan sahaja isu ini berlarutan sehingga berpuluh tahun dan dalam masa yang sama 8 orang pegawai tentera ditahan SPRM atas pelbagai kesalahan rasuah, termasuk mereka yang meminta rasuah daripada keluarganya untuk menukarkan status ‘Bahaya’ kepada status ‘Selamat’.

Memandangkan Kerajaan Persekutuan berdolak dalik dan enggan menerima pelawaannya untuk menjual tanah milik keluarganya kerana tidak ada keperluan; maka Annamalai menawarkan untuk membeli Kem Tentera berkenaan mengikut harga pasaran agar Kementerian Pertahanan boleh membina kem tentera yang baru di tempat yang lebih sesuai.

“Semua penduduk sekitar kem ini sebenarnya menghantar nyawa ke kuburan sekalipun kawasan berdekatan gudang peluru telah ditakrifkan sebagai Zon Selamat tetapi siapa mahu tidur di atas peluru?,” ujar Annamalai yang kesal kerana gudang berkenaan bukan sahaja untuk menyimpan peluru pistol seperti yang didakwa, sebaliknya peluru berpandu, mortar dan bom yang membahayakan bagi kawasan sekitar dua kilometer daripada kem tentera berkenaan.

Annamalai juga bercadang untuk mendapatkan perintah Mandamus (Mandatory Order) daripada mahkamah dan memfailkan tuntutan gantirugi daripada kerajaan sejak Gudang Peluru berkenaan dibina tanpa tembok keselamatan dan tidak pernah mendapat persetujuan penduduk kampung.

Dasar Kerajaan yang mempertikaikan rayuannya melalui helah telur dengan ayam telah menyebabkan nyawa rakyat Malaysia seolah-olah tidak bernilai kerana ada penduduk tempatan yang menjadi mangsa peluru sesat dan kes berkenaan ditutup begitu sahaja oleh Kementerian Pertahanan.

“Ada baiknya kerajaan menggali lubang besar di tanah kami sebagai kuburan kerana kanak-kanak pun tahu bahawa Gudang Peluru amat berbahaya. Bila-bila masa sahaja boleh meletup dan ketika itu siapa yang harus dipersalahkan?” tanya Annamalai yang sedang menimbang pelawaan untuk menarik pelabur luar mendirikan Taman Nirwana (Petak Kuburan Komersial) setelah membina tembok atau Lapang Sasar dengan kerjasama pihak berminat.

Sejarah perjuangan Annamalai boleh dilihat melalui Blognya RAHSIA.


No comments:

Post a Comment