Saturday 1 January 2011

HARIMAU MALAYA TELAN SABAH DAN SARAWAK?



Saudara Pengarang,

SEKALUNG TAHNIAH kepada pasukan Malaysia kerana menjuarai Piala Suzuki 2010 setelah menantinya selama 14 tahun lama. Seluruh dunia mengatakan kemenangan itu dan ucap tahniah kepada 'Harimau Malaya'.

Namun saya agak kesal dan terkilan kerana semua menggunakan 'HARIMAU MALAYA' termasuk Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat; tidak sedikitpun peka dengan rintihan hati rakyat Sabah dan Sarawak yang bukan Malaya.

Soalnya adakah itu wajar digunakan ‘Harimau Malaya’? Sabah Dan Sarawak mahu letak di mana? Apa perasaan kami sedangkan Rakyat Sabah dan Sarawak pun sama-sama memberi sokongan.

Sudahlah bakat-bakat muda dari Sabah dan Sarawak dipinggirkan kerana ‘TIADA’ seorang pun dipilih menganggotai pasukan ‘MALAYSIA’ walhal orang kami pun ada bakat. Tidak jadi dalam kesebelasan utama pun tidak apa, yang penting ada seorang dua dipilih sebagai pemain simpanan.

Alangkah hebat dan indahnya jika diguna 'Harimau Malaysia' kerana jika mereka ghairah guna 'Harimau Malaya', apa guna kami di Sabah dan Sarawak ada dalam Malaysia?

Salam Hormat,

KUDA MUDA

No comments:

Post a Comment