Monday, 10 January 2011

JUHAR DEDAH SIAPA HINA RAJA MELAYU?



Oleh: IBN ABDULLAH

MEMBACA akhbar tempatan bertarikh 9 Januari 2011, saya lebih memberi fokus kepada satu wawancara oleh pemberita akhbar tempatan yang mewawancara TYT Negeri Sabah yang baru, Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin.

Saya mengucapkan syabas di atas keberanian dan keikhlasan Juhar apabila diajukan dengan soalan tentang saat-saat yang tidak boleh beliau lupakan semasa menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat selama Sembilan tahun bermula 1990 sehingga 1999, di bawah pentadbiran era Tun Dr.Mahathir.

Juhar mengaku secara terbuka bahawa saat yang tidak boleh dilupakan beliau ialah apabila Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad mencadangkan satu pindaan ke atas perlembagaan Persekutuan bertujuan untuk menghapuskan immuniti Raja-Raja Melayu.

Juhar memuji Tun Dr. Mahathir atas sikapnya yang berani sehingga mampu menundukkan Raja-Raja Melayu serta menghilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu.

Kenyataan Juhar ini sudah cukup sebagai jawapan isu yang ditimbulkan adik beliau, Senator Datuk Armani Mahiruddin, yang sebelum ini membuat tohmahan kononnya pemimpin PKR menghina Raja-Raja Melayu dan cuba menghapuskan Ketuanan Melayu.

Persoalannya, siapa yang menghina dan siapa dia yang menjadi dalang ke atas penghapusan kuasa Raja-Raja Melayu sendiri, kalau bukan UMNO dan para pemimpinnya?

Janganlah pula selepas ini kita mendengar Tun Dr. Mahathir cuba menafikan peranannya dalam penghapusan kuasa Raja-Raja Melayu dan menganggap Juhar sebagai pembohong.

Mudah-mudahan itu tidak berlaku. Almaklumlah sekarang ini, semacam sudah menjadi satu trend yang membudaya di kalangan pemimpin UMNO yang menggunakan media dan orang ketiga untuk menafikan sesuatu perangai buruk yang mereka pernah lakukan.

No comments:

Post a Comment