Oleh: NASPAZI
SESUNGGUHNYA cahaya matahari yang memancar semenjak ribuan juta tahun yang silam, adalah sama dengan matahari yang memancarkan sinarnya kini dan demikianlah seterusnya.
Justeru, dalam konteks bangsa manusia, hanya mata dari baka ke baka selanjutnya yang silih berganti melihatnya, sehinggalah ke dinding takdir dan titik akhir alam semesta dimusnahkan (dikiamatkan) sebagaimana yang Allah telah janjikan di dalam Al-Quran.
“...Sesungguhnya hari kiamat pasti datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman. Telah hampir hari kiamat dan bulan akan terbelah...”. (Al-Quran 40:59 - 54:1).
Tatkala seluruh warga Malaysia yang bernafas kini punah; sama ada dipunahkan oleh proses kematian biasa atau kerana angkara di’C4’kan, di samping pelbagai bentuk proses pembunuhan tragis sesama manusia warga Malaysia.
Apapun, yang pasti ialah, di kala baka lama Malaysia punah, maka baka baru akan lahir; sama ada lahir melalui perkahwinan atau melalui perzinaan; sama ada membesar dari sumber pendapatan yang halal atau pendapatan yang haram, semuanya adalah pilihan ibu bapa yang bertanggungjawab melahir dan mengisi perut keluarganya. Namun, antara sumber pendapatan yang haram adalah yang diperoleh melalui penipuan dan pembohongan.
Sehubungan dengannya, betapa Melayu UMNO adalah sarjana agung dalam berbohong sebagai penipu original tanpa harga diri. Buktinya, adalah manifesto Melayu UMNO dalam Pilihanraya Umum pada tahun 1994 di Sabah.
Ketika itu Melayu UMNO telah berjanji dan memberi jaminan bahawa, jika mereka menguasai Sabah, mereka akan menjadikan Sabah sebagai sebuah wilayah yang termaju atau paling membangun di Malaysia dalam tempoh 100 hari, lantaran Sabah merupakan wilayah yang paling kaya dengan sumber khazanah alam semula jadi di Malaysia.
Bagaimanapun, pada hakikatnya semua dakwaan mereka hanya auta belaka. Justeru, jika memang pembohong pada mulanya, maka pendustalah pada akhirnya. Buktinya adalah statistik 2010 yang dikeluarkan sendiri oleh Jabatan Perdana Menteri (Malaysia) dan Bank Dunia, ia dengan sendirinya mengesahkan bahawa, Sabah bukannya negeri yang termaju atau paling membangun di Malaysia, bahkan yang termiskin atau paling mundur di Malaysia.
Dengan ungkapan lain, sahlah bahawa Melayu UMNO itu adalah pengkhianat dan pembohong mega abadi sebagai pengamal budaya munafik tegar yang memang tiada maruah.
“...Empat tanda munafik, apabila diberi amanah khianat, apabila bercakap bohong, apabila berjanji mungkir dan apabila berdebat mengenepikan kebenaran...” (Hadis: Riwayat Ahmad).
Lantarannya, tidaklah begitu menghairankan atau memeranjatkan, sebab sejarah Melayu memang sarat dengan watak fitnah, penipu, pembohong, pengkhianat dan pendusta yang berakhir dengan tragedi pembunuhan tragis, sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam siri paradigma yang lepas.
Kini, koleksi fitnah dusta keparat bangsat dunia Melayu semakin bertambah, dengan terungkapnya perkataan (Melancap, Meliwat dan Lubang Dubur) di khalayak antarabangsa oleh Mahathir Mohamad, Najib Razak dan Saiful Bukhari, sehingga seluruh media Malaysia yang menjadi barua dan pencacai Melayu UMNO sudah menjadi lidah syaitan dengan menjadikan istilah Melancap, Meliwat dan Lubang Dubur sebagai amalan wirid dan zikir mereka saban hari.
Sungguh Melayu UMNO dan sekongkolannya tiada maruah dan muflis harga diri. Mereka lebih dari tahu bahawa, Malaysia dibentuk dalam konteks tiga buah negara yang merdeka dan berdaulat. Sebab itu, selepas Perjanjian 20 Perkara ditandatangani di London pada 9 Julai 1963, Sarawak telah mengisytiharkan kemerdekaannya pada 22 Julai 1963 dan disusuli oleh Sabah yang mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963.
Mengapakah Sabah dan Sarawak perlu mengisytiharkan terlebih dahulu kemerdekaannya dari British sebelum dikuatkuasakan gagasan komponen kenegaraan Malaysia pada 16 September 1963?
Jawapannya ialah, bagi mengesahkan kewujudan gagasan kenegaraan Malaysia yang dianggotai oleh beberapa komponen negara yang merdeka dan berdaulat. Dengan ungkapan lain, Malaysia adalah sebuah komponen negara yang dalam realiti terkini dibentuk oleh tiga buah negara yang merdeka dan berdaulat, iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak yang sewajarnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi!
Justeru, saya tegaskan dalam bentuk paradigma kenegaraan bahawa, Malaysia wajib dibaca dalam konteks satu ketua negara (Agong) dan tiga ketua kerajaan (Perdana Menteri) masing-masing, sebagaimana konsep komponen kenegaraan Great Britain yang terdiri dari empat komponen negara, iaitu Australia, British, Canada dan New Zealand.
Betapa empat komponen negara Great Britain dalam sudut antarabangsa hanya satu ketua negara iaitu (Ratu England), tetapi dipimpin oleh empat ketua kerajaan (Perdana Menteri) yang berlainan. Demikianlah sebenarnya maksud pengisytiharan kemerdekaan Sabah dan Sarawak dari British sebelum 16 September 1963.
Namun begitu, atas dasar kedurjanaan dan kesyaitanan Melayu UMNO, maka bukan sahaja mereka tidak membaca konsep gagasan kenegaraan Malaysia sebagai komponen negara, bahkan Melayu UMNO memaksakan propaganda terkutuk mereka bahawa, Sabah dan Sarawak kononnya ‘masuk Malaysia’.
Dengan kata lain, mereka menyamakan standard Sabah dan Sarawak dengan gugusan sebelas buah negeri yang membentuk Persekutuan Malaya, contohnya Melaka dan Pulau Pinang. Sebab itu, mereka beria-ia dan bermati-matian menganggap Perjanjian 20 Perkara yang menjadi tiang seri Pembentukan komponen negara Malaysia sebagai sudah lapuk, yang kebetulan dakwaan keparat tersebut, dilaung dan didendangkan bersama oleh boneka barua kuda tunggangan penjilat Melayu UMNO di Sabah dan Sarawak.
Justeru, Melayu UMNO dan boneka barua kuda tunggangannya yang muflis harga diri, mereka tanpa sekelumit perasaan malu tergamak meliwat Perjanjian 20 Perkara, sehingga Sabah dan Sarawak yang merupakan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat pada mulanya, namun kini hanya setaraf dengan Melaka dan Pulau Pinang pada akhirnya.
Yang demikian, seakan bermaksud bahawa, status Sabah dan Sarawak dalam gagasan komponen negara Malaysia hanya menjadi ‘Tanah Jajahan’ Persekutuan Malaya sebagai negeri yang ke 12 dan ke 13 untuk pengesahan penukaran namanya kepada Malaysia gamaknya.
Lantarannya, pasukan cendekiawan Sabah dan Sarawak bangkitlah segera dan serentak untuk tidak bacul kepada kedurjanaan Melayu UMNO dulu, kini dan selamanya. Seluruh cendekiawan Sabah dan Sarawak bangkitlah dengan berani untuk membaca gagasan kenegaraan Malaysia sebagai komponen negara.
Hanya tatkala gagasan kenegaraan Malaysia dibaca sebagai komponen negara, yang akan memungkinkan pasukan cendekiawan Sabah dan Sarawak faham bahawa, beberapa buah negara yang bergabung dan membentuk komponen negara, sebenarnya tidak wajar berlaku campur tangan dalam urusan pentadbiran kenegaraan antara komponen negara. Demikianlah konsep kuasa autonomi negara bersekutu sebenarnya.
Justeru, seandainya Perjanjian 20 Perkara dibaca dalam konteks gagasan Malaysia sebagai sebuah komponen negara. Nescaya pentadbiran Sabah dan Sarawak akan berdiri sebagai pentadbiran sebuah negara yang autonomi sepenuhnya. Oleh sebab itu, Sabah di zaman USNO telah ditadbir dengan ciri-ciri sebuah komponen negara Malaysia sebagaimana yang dikehendaki dalam Perjanjian 20 Perkara.
Lantarannya, Sabah pernah menubuhkan ‘Sabah Bank’ sendiri dan stesyen ‘Radio Televisyen Sabah’ sendiri yang kini hanya tinggal memori angkara kebangsatan Melayu UMNO yang telah menurunkan status Sabah dan Sarawak hanya sebagai negeri laksana Melaka dan Pulau Pinang.
Oleh itu, seluruh perkhidmatan di Sabah yang berunsur autonomi telah diserap ke dalam perkhidmatan awam Malaysia yang bersifat Malaya. Demikianlah yang berlaku kepada Jabatan Penyiaran Radio TV Sabah dan sebagainya.
Sedikit tentang stesyen televisyen Sabah, betapa pengwujudan sistem penyiaran Radio TV Sabah begitu sukar pada mulanya, namun atas kesungguhan Allahyarham Tun Datu Mustapha yang dimulakan pada 4 Mei 1964, akhirnya berjaya juga atas bantuan tenaga pakar kejuruteraan penyiaran tempatan mahupun komanwel.
Namun begitu, segala kesusahan dan kepayahan Allahyarham Tun Datu Mustapha tidak dihargai, sehingga dimusnahkan begitu sahaja oleh kerajaan boneka barua kuda tunggangan Melayu UMNO dengan cara menyerapkan staf stesyen televisyen Sabah ke dalam perkhidmatan RTM yang ditunjangi oleh Jabatan Penyiaran Malaysia, Malaya sebenarnya.
Demikianlah pencabulan demi pencabulan ke atas kedaulatan Perjanjian 20 Perkara oleh Melayu UMNO serta boneka barua kuda tunggangannya, sedangkan warga Borneo sebenarnya memiliki kuasa keramat undi untuk menghancurkan kebangsatan Melayu UMNO terhadapnya dalam arena demokrasi, namun hingga kini warga Borneo memilih untuk berputih mata melihat perkosaan Melayu UMNO ke atas haknya dalam komponen negara Malaysia.
Justeru, seluruh warga Borneo wajib berani mempertahankan kedaulatan Perjanjian 20 Perkara yang menjadi haknya, sebagaimana keberanian seorang pengawal markas tentera sebuah negara yang dinyatakan oleh Anthony de Mello:
“Seorang pengawal pintu markas tentera telah diamanahkan untuk tidak membenarkan sebarang kereta masuk ke dalam markas tanpa membawa pelekat khas. Suatu ketika, sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang menteri yang tidak membawa pelekat khas telah mengarahkan pemandunya untuk tidak menghiraukan pengawal berpangkat rendah yang menahan mereka. Namun, pengawal tersebut dengan berani berkata, “Maaf, cara begini baru bagi saya. Siapa yang saya tembak dulu? Penumpang atau pemandu?”.
Sesungguhnya parti United Malays National Organization (UMNO) yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar dan kuncunya pada 11 Mei 1946, telah mati dibunuh pada 4 Februari 1988 oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, atas sebab penipuan dan pendustaan jumlah anggota parti oleh Mamak Mahathir Kutty dan barua kuda tunggangannya.
Justeru, pengamal parti politik United Malays National Organization (UMNO BARU) yang ditubuhkan oleh Mamak Mahathir Kutty dan kuncunya pada 13 Februari 1988 bukan sahaja laksana syaitan yang bertopengkan manusia, bahkan mereka adalah manusia yang berlidahkan syaitan dalam berbohong khususnya yang berhubung dengan fitnah busuk tidak berbangkai mereka dalam kes Liwat ‘98 dan Liwat ’08, tanpa mempedulikan petunjuk Al-Quran sekalipun mereka mendakwa bahawa, misi mereka ke Sabah kononnya demi kewujudan kerajaan Sabah yang berteraskan Islam.
“..Saya pada mulanya tidak percaya pertuduhan ‘Liwat’ tetapi saya yakin apabila saya menemuduga teman Anwar. Mereka tidak hanya melakukan ‘Liwat’, tetapi dalam proses itu, dia di……saya tidak tahu bagaimana anda menyebutnya. Beliau telah ‘Melancapkan’ lelaki ini. Adakah saya perlu pergi mengelilingi bandar dan memberitahu dunia bahawa inilah apa yang Timbalan saya sedang buat? - I had disbelieved the ‘Homosexuality’ charges at first but was convinced when I personally interviewed Anwar’s partner. They had not only performed ‘Sodomy’, but during the process, he was… I don’t know how you call it… he was ‘Masturbating’ this man. Do I go around town and tell the world that this is what my deputy was doing..?” – Mahathir ‘98.
“..Saya tak tahu, mungkin dia menganggap saya di belakang budak ini, sebenarnya tidak ada konspirasi. Budak ini datang jumpa dengan saya kerana dia mengadu hal aaa.. bahawa dia telah ‘Diliwat’ oleh Datuk Seri Anwar. Saya aaaa.. mula-mula tidak berapa yakin aaa.. sama ada cerita ini benar atau tidak benar. Jadi saya serah pada dia, serah pada pihak polis, untuk menentukan apa-apa tindakan yang selanjutnya. Saya menerima kedatangan dia atas sifat saya sebagai seorang pemimpin, dia sebagai rakyat biasa yang ingin mengadu kepada saya. Saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini. Itu saya nak katakan..” – Najib Razak ‘08
“..Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.
Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang lelaki dan perempuan tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata’.
Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta..” (Al-Quran 24:11-13).
Yang demikian, seandainya arogan keparat Melayu UMNO yang begitu sinonim dengan kegemaran dan keghairahannya melafazkan perkataan liwat, lancap dan lubang dubur di khalayak dunia terus mencabul, memperkosa dan memijak-mijak martabat Perjanjian 20 Perkara yang menjadi intipati pembentukan komponen negara Malaysia, saya berharap agar suatu masa kelak; yang mungkin saya tidak ada lagi pada masa itu, seluruh warga Borneo sepakat membina sebuah negara Borneo tunggal yang bersatu dengan Sultan Brunei sebagai Ketua Negara, tetapi setiap wilayah Borneo dipimpin oleh seorang Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan, sebagaimana komponen negara Great Britain sekarang.
Borneo adalah pulau yang ketiga terbesar di dunia. Pulau Borneo seluas (736.000km2) atau (405,000km2) lebih besar dari Malaysia. Malaysia seluas (330,000km2), Malaya sahaja seluas (131,000km2). Manakala gabungan Sabah dan Sarawak pula seluas (198,000 km2). Tegasnya, gabungan Sabah dan Sarawak adalah 66,000 km2 lebih besar dari Malaya. Nama Borneo berasal dari pokok Borneol {bahasa Latin: Dryobalanops Camphora} yang banyak digunakan untuk tujuan pembuatan minyak wangi.
Peniaga dan saudagar Eropah menggelar Borneo sebagai pulau pengeluar borneol, yang merujuk kepada Pulau Borneo yang diperintah oleh kerajaan Brunei yang paling dominan ketika itu sebagai antara negara yang terkuat di rantau ini, sehingga setiap peniaga dan saudagar asing yang datang ke Pulau Borneo akan berurusan dengan Kerajaan Brunei, sehinggalah Pulau Borneo diduduki sepenuhnya oleh kolonial Belanda dan British melalui percaturan ‘games of power’ sesama mereka yang bermula di Eropah.
Namun begitu, ‘games of power’ di dalam arena politik masa kini, dalam konteks komponen negara Malaysia dimainkan oleh Melayu UMNO di medan pemikiran masyarakat melalui perang minda dengan instrumen negara, khususnya saluran media milik negara (media milik negara bukan milik Melayu UMNO) tetapi seolah milik Melayu UMNO sebagai alat kepada retorik dan propaganda bohong mega abadi mereka. Justeru, Borneo yang merdeka menjadi terjajah dalam komponen negara Malaysia, sehingga Perjanjian 20 Perkara yang menjadi talian hayat kepada kewujudan komponen negara Malaysia diperkosa sepenuhnya.
Sesungguhnya kedaulatan dan kuasa autonomi Borneo dalam komponen negara Malaysia, adalah hak mutlak warga Borneo berdasarkan kepada ‘Universal Declaration on Human Rights’ atau Hak Asasi Manusia (HAM) yang menyatakan bahawa, semua bangsa memiliki hak penentuan nasib sendiri. Atas dasar mana mereka bebas menentukan status politik mereka dan bebas melaksanakan pembangunan ekonomi dan budaya mereka.
“..All peoples have the right of self-determination. By virtue of that right they freely determine their political status and freely pursue their economic, social and cultural development..”.
Dalam satu majlis perbincangan yang melibatkan pegawai Malaya di Sabah sebagai ketua jabatan, saya pernah memberi pandangan bahawa, dalam satu organisasi sikap berat sebelah seorang ketua tidak sewajarnya berlaku, sebab semua staf ada peranan masing-masing dalam usaha mencapai misi dan visi organisasi, bagaikan tangan kanan untuk makan dan tangan kiri untuk beristinjak.
Dengan kata lain, saya hendak menyampaikan mesej yang jelas kepada mereka di Borneo (Sabah) bahawa, jawatan pegawai Malaya sebagai ketua jabatan di Borneo dalam Perjanjian 20 Perkara adalah haram, kerana mencabul, memperkosa dan meliwat persetujuan pembentukan Malaysia dalam Perkara 9 yang telah sama-sama dipersetujui dan ditandatangani oleh semua wakil pimpinan komponen negara yang terlibat pada 9 Julai 1963.
“Segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai British kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak dari Borneo Utara”.
Yang demikian, seluruh warga komponen negara Malaysia wajib sedar, faham dan amalkan bahawa, dalam negara demokrasi, tatkala Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, segala kuasa adalah milik mutlak rakyat sepenuhnya.
Adapun, orang atau mereka yang menjadi pengamal parti politik, pengamal politik Barisan Nasional (BN) contohnya serta pencacai-pencacai dan juak-juaknya di seluruh komponen negara Malaysia, di kala itu mereka semuanya adalah pengemis-pengemis hina dan peminta-peminta sedekah hodoh kepada ehsan kuasa keramat undi rakyat.
Dengan kata lain, betapa masa depan kerjaya seseorang pengamal politik, ehsan kuasa undi rakyat adalah hakim tunggal menang dan kalah puak yang bernafsu hendak mengemudi hala tuju rakyat dan negara dalam tempoh lima tahun berikutnya. Namun begitu, realiti politik Melayu UMNO sejak sekian dekad dan setiap kali pilihanraya, bukan kebenaran yang penting bagi mereka, tetapi kemenangan hatta yang terkotor dan terharam sekalipun.
Justeru, seribu satu taktik keparat bangsat yang mereka akan pergunakan dan halalkan dalam usaha mereka memutar minda rakyat termasuklah duit dan umpan pembangunan, gertak dan ugut kemunduran, cerca dan fitnah lawan politik melalui media berlidah kesyaitanan dan akhirnya ‘Takkan hilang fitnah Melayu di dunia’.:
No comments:
Post a Comment