Wednesday 12 January 2011

‘LOST WORLD KAPIT’ KINI DI HUJUNG JARI


(Sila Klik Imej untuk lebih jelas)

Oleh: MUTALIB M.D

MUNGKIN tidak seorangpun daripada 96 murid dan 12 guru di Sekolah Kebangsaan Lepong Gaat, Kapit Sarawak bermimpi untuk mendapatkan bekalan elektrik 24 jam kerana sejak sekian lama generasi sebelum mereka tidak tahu apa itu elektrik dan hanya menikmati kemudahan yang dijana oleh tenaga elektrik diesel bagi tempoh tertentu.

Sekolah Kebangsaan Lepong Gaat ini diberi jolokan sebagai ‘Lost World Kapit’ kerana pengunjung terpaksa melalui 7 jam perjalanan mencabar dengan bot ekspress dari Sibu ke Nanga Gaat dan 30 minit perjalanan menaiki bot panjang ke tapak sekolah yang terletak di tebing Sungai Gaat.

Sekolah yang mempunyai 15 buah rumah guru, bangunan bilik darjah, asrama, dewan makan, pejabat pentadbiran, bangunan pra sekolah dan bilik janakuasa menjadi ‘Dunia Kecil’ bagi pelajar tahun 1 hingga 6.

Selama ini mereka mendapat bekalan elektrik daripada janakuasa diesel untuk menjana keperluan elektrik antara 10 hingga 14.5 jam sehari dan terpaksa berpanas atau bergelap bagi tempoh antara 9.5 jam hingga 14 jam sehari.

Keprihatinan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadikan Sekolah daif di luar bandar ini sebagai projek perintis tekonologi hijau dengan kerjasama Jabatan Kerjaraya Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengubah ‘360 darjah’ kehidupan warga Lepong Gaat sejak 13 November 2010.

Kini mereka boleh tersenyum girang menikmati bekalan elektrik 24 jam sehari dalam tempoh 13 hari sahaja daripada tempoh Sistem Teknologi Hijau dibina di sekolah berkenaan; hasil kerja keras dan penuh professional ETI Sdn.Bhd, Erapolitan Sdn. Bhd dan Medellsonh Sdn.Bhd dengan pemantauan rigid JKR dan UNIMAS.

Projek mengubah teknologi konvensional janakuasa diesel kepada teknologi Tenaga Hijau melibatkan pemasangan 25 unit bateri Lithium Polimer bagi setiap blok bangunan termasuk penggantian lampu jimat tenaga.

Kajian JKR dan UNIMAS mendapati Sekolah Kebangsaan Lepong Gaat dapat menjimatkan 50 peratus penggunaan tenaga iaitu 7,000 watt setelah semua lampu pendaflour ditukar kepada lampu teknologi hijau yang jimat tenaga iaitu T5 28W, 18W dan LED 20W mampu menjimatkan RM100,000 setahun.

Paling penting, Sistem Penjanaan Genset Hibrid berpotensi mengurangkan kos pembangunan dan operasi kepada tahap yang terendah serta kos putaran hayat (Lowest Life Cycle cost) yang paling rendah bagi menjana bekalan elektrik 24 jam dan mematuhi profail kepenggunaan tenaga elektrik sekolah berkenaan.

Kejayaan ini akan merintis jalan bagi 350 buah sekolah di pedalaman Sarawak yang menggunakan janakuasa diesel dengan kos operasi RM180 juta setahun, termasuk kos pengangkutan, minyak dan penyelenggaraan untuk menjimatkan kos mereka dna dalam masa yang sama memperoleh bekalan elektrik 24 jam sehari.

Keupayaan bateri Lithium Polymer menerima dan menyimpan tenaga sehingga penuh dalam tempoh 3 jam sahaja melalui sambungan terus dengan panel solar dan mampu mengeluarkan tenaga yang tersimpan 100 peratus kapasiti mesra alam membuka tirai baru penjanaan bekalan elektrik alternatif.

Kejayaan ini hanyalah ‘mimpi dalam mimpi bagi sekolah di pedalaman Sabah kerana belum ada pihak yang berani merintis kejayaan Sekolah Kebangsaan Lepong Gaat sekalipun Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raimie Unggi dan Mantan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah telah memulakan langkah bergaya di Kampung Sumambu Tenom dan Pulau Timbang, Sandakan.

Memandangkan sistem pendidikan di Sabah terletak di bawah Kementerian Pelajaran yang sama dengan Sekolah Kebangsaan Lepong Gaat dan diketuai menteri yang sama iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin; tidak tahu apa yang menjadi batu penghalang kepada Ketua Menteri Sabah dan 25 Ahli Parlimen di Sabah mengikuti pencak gagah Raimie dan Edmund di persada krisis bekalan tenaga elektrik yang meruncing di Sabah?


2 comments:

  1. Mutalib M.D must be living in the town and never bother to go to the interior to see for himself what the Ministry of Education have done for the people in the interior of Sabah since 2007 .
    The first 12 schools for solar hybrid using genset have been installed and used since 2007 and for the next year another 66 schools enjoy this facility . there are another 60 schools already installed with this solar hybrid for 2010/2011 .
    The Government have been giving free solar stand-alone systems to the people in the interior since 1998 , so there is no question that Sabah is left behind .
    Please get your facts right and not belittle the Government or the people that put their heart and soul in getting the project ready for the rakyat .

    ReplyDelete
  2. THANK YOU for your comment. Our focus is on environmental issue especial all school using lead acid battery which cause danger to health and banned by Basel Convention. Our Chief always visit kampong and listen the same music with you joe.

    ReplyDelete