Tuesday 11 January 2011

MINDSET SABAHAN KURANG PELAJARAN?



Saudara Pengarang,

SEBAGAI laman web yang berinformasi dan membangkitkan isu-isu penting yang terlepas pandang oleh rakyat Sabah saya rasa tiba masanya kita melakukan banyak perubahan untuk mengalahkan musuh utama kita iaitu MINDSET kita (Sabahan) sendiri.

Banyak masalah dan isu-isu ini dapat dikurangkan, dibendung, dengan adanya rasa tanggungjawab. Tidak semestinya pergerakan itu harus berpaksikan atau dianjurkan oleh sebuah parti atau golongan tertentu.

Sebagai contoh, isu kebersihan alam sekitar dan PATI. Jika benar orang Sabah betul-betul peka dan sayangkan negeri ini, isu ini tidak akan berlaku. Apatah lagi jika mereka berjaya mengepikan isu politik yang membendung mereka dan menjadi pemangkin segala masalah yang bertunjangkan perkauman dan fahaman parokial yang sempit.

Saya teringat kata-kata seorang pemuda Sabah berusia 20-an (pembaca Sabahkini.net dalam lingkungan 30-an hingga 70-an) bahawa beliau sudah penat melihat anak muda Sabah di Facebook, yang asyik join group dan fan page di Sabah.

Namun majority mereka hanya membuang masa dengan bercakap kosong. Cakap mereka bangga dengan Sabah, tapi apa yang dibanggakan? Saya pernah memberi pendapat saya dan lalu dikritik habis-habisan oleh mereka. Tidak menerima fakta sebenar. Standard orang Sabah, seperti orang Indonesia yang amat mudah diprovokasi.

Tidak keterlaluan jika saya berpendapat bahawa kita adalah ‘Mini Indonesia, Mini Filipina’. Suatu hari Sabah hanya tinggal nama dan hilang kuasa seperti Palestin yang makin hilang dan tidak wujud di ‘google maps’. Saya mendapat beberapa cacian makian dan yang sependapat dengan saya hanya segelintir namun hanya memberikan ‘private message’ di FB.

Inikah kita namakan bangga jadi rakyat Sabah? Takut untuk membantu negeri sendiri, bila diberi persoalan dibalas dengan cacian; ingin membangun sesama sendiri, ditolak sama sekali. Kesian, bila tidak menerima pandangan dan kritikan sungguh menunjukkan kita ‘Sabahan’ yang tidak berpelajaran.

Maaf kerana surat saya agak panjang dan kurang teratur.

Terima kasih,

HARITH MF

No comments:

Post a Comment